Sunday, 2 September 2012

Islam kamu... Automatik atau Manual?

-bismillah-


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sudah 19 tahun aku menghirup oxygen yang Allah bekalkan percuma, memastikan kontinuiti sistem pernafasan dapat berfungsi dengan baik. Dan setiap sedutan nafas adalah nafas sebagai seorang Muslim yang ditakrifkan secara 'automatik' sejak dilahirkan lagi.
Automatik?
Automatik?
Definitely.
Kita mendapat Islam secara percuma. Mewarisinya dari kedua ibu bapa kita sedangkan berjuta manusia lain bergelut dengan jiwa mereka sendiri dalam membenarkan hal-hal perihal keimanan kepada Allah s.w.t. Hidup mereka di'taburi' duri-duri ancaman dan tekanan apabila ingin melafazkan penyaksian kepada Tuhan setelah sinar hidayah mengisi rongga hati mereka atas tiket 'manual' untuk memeluk Islam.
Berbanding mereka, kita agak beruntung apabila tidak berhadapan dengan masalah sedemikian rupa.
Namun, rupanya tiket percuma ini bukanlah jaminan praktisan syumul sebagai seorang Islam. Ramai yang mendapat tiket ini masih lagi keliru dengan identiti dan entiti muslim mereka, masih ramai lagi yang ibadah mereka terumbang-ambing.
Mungkinkah kerana tiket 'automatik' ini yang menghalang jiwa kita men'devote' sepenuh cinta pada Allah?
Di mana bibir yang tak pernah kering meratib zikir padaNya tanda kesyukuran dan mata yang tak pernah kontang air mata keinsafan?
"........Dan sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba' : 13)
Mungkinkah kerananya juga yang menyekat sensitiviti kita apabila terangan musuh Islam melancarkan misi kehancuran serta oppresi berterusan terhadap umat Islam sedang kita lena mengulit mimpi dalam lena yang panjang tanpa nokhtah?

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda SAW: 
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” 
Jawab Rasulullah SAW, 
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
Apakah itu al-Wahn?Rasulullah SAW bersabda,Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Mungkinkah ini juga yang membarahkan gejala maksiat yang meladeni umat Islam tidak kira di barat, timur, utara dan selatan sehingga persepsi buruk tentang Islam 'menjelajah' minda al-kaafirun? 
"........Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai." ( al-A'raf : 179)

Jangan salah faham. Bukan saya maksudkan semua begitu. Mungkin saya hidup dalam atmosfera masyarakat yang begitu.

Umpamanya, saya pernah ke suatu program yang melibatkan pelbagai bangsa dan etnik. Sesuatu yang membuatkan saya kagum apabila mengenali X, seorang remaja berbangsa Cina. Dia menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mengenali Islam dalam perspektif yang lebih menyeluruh. Dia sering menguarkan pelbagai soalan perbandingan agama kepada saya dan juga rakan-rakan Islam yang lain. Adakalanya, kami sendiri terpaku dengan soalan-soalan yang diajukan. Ilmu kami masih cetek untuk memberikan jawapan yang meyakinkan kepadanya.
Saya yakin, dia sedang mendapatkan tiket 'manual' kepada Islam. Dan saya berdoa agar suatu hari, dia akan memeluk Islam walau bukan sedikit cuma tribulasi yang akan menguji kekentalan tekadnya itu.
Menyedihkan apabila ramai remaja Islam yang keislamannya secara 'automatik' kurang menunjukkan peribadi murni sebagai seorang Muslim. Ramai yang merokok, tidak menutup aurat, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Ya. Saya tahu diri ini bukanlah orang yang selayaknya menilai siapa mereka. Moga Allah memaafkan kesilapan saya. Cuma itulah apa yang saya perhatikan.

Mungkin ada yang akan berkata, implementasi sebagai seorang Islam bergantung kepada diri masing-masing. 
Dan saya tidak akan dapat nafikan. Cumanya, saya ingin membuka horizon pemikiran kita apabila kita mengenali Islam dalam metodologi yang berbeda.
Analoginya.
Perbandingan kita mendapat sesuatu secara percuma dan perlu bersusah payah untuk memperoleh sesuatu. Sudah tentu, kita akan lebih menghargai sesuatu yang kita dapat melalui usaha dan susah payah. Namun, tidak dinafikan juga, ada sahaja yang menghargai sesuatu apabila mendapatnya percuma.

Kholasah qaul, marilah bersama bermuhasabah. 
Adakah kita sudah menjalani kehidupan sebagai seorang yang benar-benar bersyahadah padaNya dengan sebenar-benar penyaksian?

Moga apabila kita sendiri sudah melazimi hidup sebagai seorang muslim, maka ramai lagi yang akan mendapat tiket 'manual' untuk kembali semula kepada islam. Ya, kembali semula. Welcome back to Islam!
Bukankah pada asalnya kita semua adalah Muslim? (:
Allah (a.w) berfirman: 
Dan saat Tuhanmu mengeluarkan anak cucu Adam dari tulang-tulang belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi atas Nafs (anfus) mereka : 'Bukankah Aku Tuhan kamu ?' ; Mereka berkata : 'Betul ! kami menyaksikan.' ; Hal ini agar kamu tidak dapat berkata dihari kiamat : 'Sungguh kami lalai dari perjanjian ini. (Al A'raf : 172)

by -Dr 1993-


No comments:

Post a Comment