Sunday 21 December 2014

"KALAU SUKA KENA USAHA"







Diskalamer : jika dibaca dengan kuat (bukan menjerit) maknanya bukan dibaca di dalam hati, penulis rasa lebih menarik dan insha Allah pembaca tidak akan tertidur semasa membaca.

         
           Penulis terbaca 'quote' tajuk entri di atas sewaktu penulis sedang melayari 'web tumblr' di 'iPhone' berwarna penulis. Penulis mula tersenyum-senyum sendiri bila teringat zaman semasa penulis kecil-kecil dahulu.


           Pernah suatu masa, penulis sangat sukakan seorang pelajar di dalam kelas yang sama dengan penulis. Sewaktu itu penulis baru berusia 12 tahun. Darjah 6 macam tu. Tiap-tiap hari penulis akan cuba mencari helah untuk lalu di barisan mejanya. Tolong cikgu edar buku, keluar masuk tandas dan yang paling kelakar sekali sapu sampah dalam kelas walaupun bukan 'turn' penulis. Berusaha sangat penulis agar orang yang penulis suka itu menyedari kehadiran penulis. Atau mungkin suka balik kepada penulis.


           Tambahan pula, orang yang penulis suka adalah pelajar nombor satu dalam kelas penulis. Sangat pandai. Lagilah penulis suka. *batuk kering*


           Waktu itu, macam-macam yang penulis buat. Sampai satu masa penulis sanggup usaha sedaya upaya untuk mendapat tempat kedua di dalam kelas sebab, semasa penulis darjah 6 dulu-dulu, kedudukan di dalam kelas mengikut kedudukan dalam peperiksaan. Jadi, kalau penulis dapat nombor 2 ? :)


           Pada masa yang sama, ada seorang pelajar di dalam kelas penulis yang suka kepada penulis. Penulis pun tidak tahu kenapa dia selalu kacau penulis dalam kelas. Kadang-kadang tu sampai menangis-nangis penulis dalam kelas. Bila ditanya oleh guru kelas, kenapa dia buat penulis macam tu, katanya sebab dia suka kepada penulis. Pelik !


           "Kalau suka kenapa buat macam tu?" 
Penulis dalam nada teresak-esak selalu tanya soalan yang sama kepada pelajar yang selalu kacau penulis ni.


Jawapannya tidak pernah berubah.

         
          "Sebab aku suka sangat kat kau" 
dengan dahi yang berkerut-kerut dan nada yang garang dia beritahu penulis. 


Agak seram pengalaman 'first confession' penulis.


           Memandangkan orang yang suka kepada penulis ini sama-sama dengan penulis di sekolah agama sahaja. Penulis selalu memberi alasan kepada En. Abah & Puan Umi penulis untuk tidak ke sekolah. Cuma datang ke sekolah kebangsaan sahaja. Tetapi mestilah tidak dibenarkan.


          Sampai suatu masa sebelum penulis habis sekolah darjah 6, penulis bertanya semula kepada pelajar yang selalu kacau penulis dalam kelas. Kenapa dia selalu tarik uniform sekolah penulis, selak kaki penulis sewaktu berjalan, halang perjalanan penulis, tarik beg penulis dan ambil buku penulis ! Akhirnya dia beritahu penulis semasa itu.


                    "Kalau suka mak aku kata kena usaha"


Jadi apa kaitan tajuk post ini dengan cerita penulis ?
Kalau penulis tanya kawan-kawan, suka syurga tak ?
Mesti semua jawapan semua suka. Siapa yang bencikan nikmat Allah yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata dan tidak terbayang oleh mana-mana bayangan ini


Sebab itu kita usaha untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T sebab siapa yang berada dalam keredhaan Allah sahaja yang akan dapat nikmat syurga.


                          Mula faham dengan apa yang penulis cuba sampaikan?


            Dalam dunia yang sementara ini, tidak kisahlah di mana kita berada, dalam keadaan apa pun. Segala yang kita lakukan pasti ada pendorong dan yang akan melemahkan kita. Bila penulis tanya kawan-kawan penulis, kawan-kawan pembaca juga, kenapa nak jadi doktor ? Jawapannya, pasti kerana dasarnya suka.


            Tidak kisahlah apa alasannya, perbuatan terhasil untuk kita capai perkara yang kita sukai itulah namanya usaha.


Penulis suka kepada kawan sekelas penulis sebab dia pandai. Selalu dapat no. 1. Tetapi pelajar yang suka kepada penulis itu pula, suka kepada penulis sebab dia suka penulis. Tiada alasan. Tetapi kedua-duanya ada usaha yang dilakukan.


Oleh itu, kawan-kawan sekalian, penulis faham dan yakin, setiap satu dari kita tidak sama. Masing-masing punya cara 'method' yang berbeza untuk mengubah perasaan suka kepada perbuatan. 


"Tidak kisah bagaimana tetapi usaha tetap kena ada"


              "Suka bila dengar pesakit-pesakit panggil kita dengan panggilan doktor. Suka bila mereka minta tolong kita dengan kelebihan ilmu yang kita ada. Suka bila kita bermanfaat kepada orang sekeliling kita"


              Jadi kalau betul suka, tambahkan ilmu am dalam bidang masing-masing (nasihat untuk penulis terutamanya. *batuk kering*), ambil bahagian dalam kelas, 'revise' material sebelum klinik, layan pesakit dengan sebaik mungkin, faham dalam paling penting sekali niat kerana Allah S.W.T.
                                      

                                               Ini baru betul-betul usaha.


Usaha-usaha kita inilah yang akan menghasilkan sama ada kejayaan atau kegagalan. Bergantung kepada bagaimana usaha kita. Masing-masing sudah besar untuk klasifikasikan usaha yang akan mencapai kejayaan atau usaha yang akan membawa kehancuran.


Penulis tidak tahu apa yang menjadi pendorong kawan-kawan DOME penulis untuk belajar di Jordan. Dan penulis juga tidak tahu apa yang melemahkan kawan-kawan penulis untuk belajar di Jordan. Tapi, apa yang penulis tahu, kalian tahu apa faktor-faktor pendorong dan yang melemahkan itu.


           "Berusaha untuk kekal berada di Jordan menghabiskan 'Degree' kita di sini, selama 5 tahun dan 6 tahun bukan suatu perkara yang mudah. 
                  Kadang-kadang kita kan jatuh, saat itu ingatlah semula segala usaha-usaha kita masa mula-mula dahulu"


Nasihat penulis kepada yang tiada rasa betul-betul suka atau suka biasa-biasa je kepada bidang medik/pergigian ini, doa betul-betul kepada yang Maha Memegang hati-hati manusia. Doa supaya Allah hadirkan rasa suka supaya usaha kita akan jadi usaha yang ikhlas untuk mencapai kejayaan di sini terutamanya. Bila suka segalanya akan lebih indah dan mudah. 
'Isn't it? '


Kalau masih tiada perasaan suka...
Hmm, nasihat penulis, mungkin kita boleh tukar quote dekat atas tu kepada
"Kalau dah pilih kenalah usaha"


Penulis bukanlah seorang yang pandai menulis, tetapi entah kenapa penulis rasa penulis nak beritahu kawan-kawan penulis tentang kebenaran 'quote' ini. Sebab macam yang penulis maksudkan di atas,

"kalau suka segalanya lebih mudah"



In Sha Allah. Akhir kalam, terimalah pantun penulis. 'Housemate' penulis yang tolong penulis ingatkan semula pantun kita kecik-kecik dulu ni.

                
                                               Buah cempedak di luar pagar, 
                                               Ambil galah tolong jolokkan,
                                               Penulis budak baru belajar,
                                               Kalau salah tolong tunjukkan.


p/s : maaf di atas kata-kata yang tersinggung mana-mana pihak. Dan, jangan cari siapa penulis sebab penulis segan.


                                                                                                                               Yang menulis,
                                                                                                                                Penulis.




    



Friday 12 December 2014

DOMERS DI MERCU

      
       Alhamdulillah, syukur atas segala nikmatnya. Atas kurnia helaan nafas, atas nikmat ukhwah, atas nikmat ilmu, atas nikmat kejayaan dan kegagalan. Sebagaimana dalam firmannya:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7).


     
       Pada tanggal 24,25,31 Oktober dan 1 November, PERMAI telah menganjurkan buat julung kalinya SUPERB iaitu pertandingan antara ‘batch’ dalam acara-acara sukan dan kebudayaan. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal, drama, tarian, bola tampar, badminton, olahraga,bola keranjang, ping pong, rugby, bola jaring dan perbarisan. Untuk itu, ramai ahli Domers yang berbakat besar telah menonjolkan kepakaran mereka dalam acara masing-masing.  Berikut merupakan keputusan pertandingan yang telah dijalankan:
      
       1)JOHAN
·         Bola keranjang(L)- Acap Yahya,Acap Hakim,Yusri,Hassan, Ijoi, Kudin
·         Drama(L) – Nahar, Arif solihin, Kudin, Harith, Akmal Karim
·         Bola Jaring (P) – Maisarah, aini,  laila, farhana rakbi, arina, aini, jasmin
      1500m (P) - Huda hamedin

       2)    NAIB JOHAN
·         Rugby team A –muazzan, arif, alif amir, topek janor, along doli,aiman
·         Badminton single(L) – Amirul Izwan
·         Tarian(L) – Farid,Icap, taufiq aris,ikmal hakim, hafifi,amar afbiat
·         1500m(L)  - Alif azfar

       3) KETIGA DAN KEEMPAT
·         Badminton double (L)- along doli
·         Ping pong singe(L) – along doli
·         Futsal (L) – Wafi saker, ikmal, alif amir, alif azfar, syameer nasri, paan torres, nurdin bale,syafiq
·         Rugby team B – paan najman, daus, mine, amir mus, mu’min adznan
·         4x100 (L) – mat yo

                                                              -tarian(L)-
                                                             -drama (L)-


                                                          -bola keranjang (L)-
                                                                -rugby (L)-

    Tahniah kepada semua perwira  Domers yang hebat-hebat belaka. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk kalian terus maju pada masa hadapan. Memetik kata-kata Alif Azfar. “Ukhawah tetap no 1, tapi medal bukan no 2”. 

    Sesungguhnya banyak benda yang dapat kita belajar sepanjang superb ini dijalankan antaranya dapat merapatkan jurang pelajar medik dan agama. Disamping itu, kita juga dapat menyihatkan badan dan secara tak langsung mencerdaskan minda. Diharap selepas ini, warga Domers dapat melibatkan lagi dalam aktiviti-aktiviti sebegini.
   
    Sebelum tinta bernoktah, ingin penulis menggarap kata-kata Salim A.Fillah dalam bukunya dalam dekapan ukhwah:

“ Dalam dekapan ukhwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarnya dibumi. Sungguh di syurga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.Mari membangunnya di sini, dalam dekapan ukhwah

Moga-moga kenangan-kenangan indah kita di SUPERB  mampu merapatkan lagi ukhwah yang telah kita bina selama ini. Salam ukhwah untuk semua!!!!!




Friday 21 November 2014




GLUCOSE GRAND DINNER KALI KE-3

12 Oktober 2014 bersamaan 18 Zulhijjah 1435



"Ukhwah means friendship , relationship , bond . Whereas fillah means just for the sake of Allah. "


Tahniah kepada AJK2 GDD yang merupakan dari kalangan ahli DOME sendiri yang telah bertungkus lumus menjayakan Grand Dinner DOME pada kali ini.


Tidak lupa juga kepada ahli-ahli DOME yang sudi mengorbankan masa mereka untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi mengeratkan ukhwah antara sahabat yang dikasihi .


Kita semua sedia maklum, kebanyakkan DOMERS masing-masing telah menjejakkan kaki di dalam dunia clinical yang penuh cabaran dan dugaan.
Ukhwah sesama mereka juga semakin hari semakin mendapat halangan dek kekangan masa dan tempat untuk bersua.


Dentists DOME telah dibagikan kepada 10 groups, manakala Medic DOME pula terbahagi kepada 3 rotations. Hal ni menyebabkan waktu clinic di antara setiap group berbeza.


Hati mana yang tidak pilu sekiranya kita tidak dapat berjumpa dengan seseorang yang sayangi.
Bukankah begitu DOMERS sekalian ?


" Rindukan kawan intai-intaikan,
Sayangkan sahabat nasihat-nasihatkan "


Semoga dengan adanya grand dinner pada setiap tahun , bukan hanya sebagai tempat berukhwah, tetapi kita juga berperanan untuk menjadikan dinner ini tempat yang akan dinaungi oleh malaikat-malaikat juga. :)


Kita hidup bukan setakat suka ria sahaja yang dicari, tetapi yang kita perlu cari sebenar-benarnya ialah redha Allah yang tidak terkira nilainya. Kadang-kadang kita tidak sedar,
Kita telah hanyut dalam dunia kita sendiri. Kononnya apa yang kita buat sudah cukup sempurna, tetapi realitinya masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki . !
Dan di sinilah fungsi seorang sahabat sejati yang dapat membawa sahabatnya di jalan yang benar. ^^


F.L.A.S.H.B.A.C.K I old sweet memories :)

 by : snam






















Tuesday 15 April 2014



TRAVEL


“Why do you go away? So that you can come back. So that you can see the place you came from with new eyes and extra colors. And the people there see you differently, too. Coming back to where you started is not the same as never leaving.”

Certainly travel is more than the seeing of sights. It is a change that goes on, deep and permanent in the ideas of living. The use of traveling is to regulate imagination by reality, and instead of thinking how things may be, to see them as they are. Most of us (Domers) travelled abroad to learn more about other cultures, for a change of scenery, and to take pictures that we can share with friends and family. It gives a feeling of freedom, like there's always more to see and explore. It helps people get out of the small box of their lives and know more about our vast world and the wonderful people it contains.Travelling around during the holiday is a must thing to do for most of us. So in this post we're going to share some of our travel photos during the last semester break. Enjoy !





































- DOME -