Thursday 19 February 2015

INTERLINK: BEDAH MOVIE 1



       Tanggal 7 Januari , dunia dikejutkan degan peristiwa Charlie Hebdo yang secara tidak langsung mencalar nama Islam di mata dunia sekali lagi. Semenjak peristiwa pengeboman bangunan WTC di Amerika Syarikat , Islam sering disinonimkan dengan ‘terrorist’. Hal ini, telah menyebabkan munculnya istilah ISLAMOPHOBIA terutamanya di negara-negara barat.

       Oleh yang demikian, pihak INTERLINK telah terpanggil untuk mengadakan sesi ‘Bedah Movie’ yang bertemakan freedom of speech dan islamophobia . Hadaf utamanya adalah untuk mengajak warga Domers tertumanya pihak syabab untuk lebih cakna akan isu semasa yang berlaku di dunia ini serta melatih mereka untuk menjadi mahasiswa yang mampu berfikiran kritis dalam menganalisis sesuatu isu.

·          Tajuk Movie: 99 CAHAYA DI BUMI EROPAH
·           Lokasi: Rumah Mu’min Adznan( syabab sahaja)
·          Tarikh: 18 Januari 2015( selepas isyak)
·           Resolusi:

-       Freedom of speech wajar tetapi perlu ada had terutamanya berkaitan isu sensitiviti(etc agama,perkauman) bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam komuniti. ~syamir~
-       Wujudnya “universal law” [peace, love, a place in society] dalam norma kehidupan dan masyarakat majmuk khususnya perlulah mengiktiraf dan menjadikan batu asas dalam pebincangan perbezaan yang lainnya. ~paan najman~
-       Kita perlu bijak menangani situasi dan jangan terlalu reaktif dalam bertindak. Kita akan menjadi fitnah dalam agama.~mu’min~
-    Komunikasi  menjadi kunci utama dan dialog menjadi budaya supaya akhirnya masyarakat muslim menjadi apart of the bigger society.~Fify~



Tahniah diucapkan terhadap team pelaksana kerana berjaya menjayakan program ini. Semoga program-program sebegini terus mekar dalam organisasi batch kita. Sesungguhnya mahasiswa dan intelektual tak dapat dipisahkan.........