Wednesday, 24 October 2012

[cerpen] Aku dan Jarum II

-bismillah-

Aku dan Jarum II

sambungan Aku dan Jarum 1 :DD haruslah baca first version dulu ^^v


dah nak winter, jangan lupa tanggal sunglasses. selamat winter :)
Hospital Kajang, Hari Pembedahan, 07:55

Doktor: Okeh dah siap pasang jarum permanent.

*aku memandang tangan kiri yang sudah siap dicucuk dengan jarum permanent.
Kepanjangan jarum dibawah kulit jelas kelihatan dari posisi pembaringan aku ini.
Tangan bagaikan sudah lumpuh (ayat hiperbola).
Apa yang aku mampu buat hanya menangis tanpa suara.
Macam drama.
Air mata jatuh meleret ke pelipis* 


Aku: sakit.....

Doktor: sikit aje. Urm, boleh masuk ke dalam dah ke?

*doktor sedikit melaung, bertanya dengan pembantu perubatan yang ada dekat dalam salah satu bilik pembedahan. Kedengaran suara lelaki berkata OK, menjawab soalan doktor kacak ini sebentar tadi. Pandangan doktor beralih kepada aku.*
D: Ok, dah boleh masuk.

*ujarnya sambil tersenyum (aku tak ingat dia senyum ke tak sebenarnya)*
Aku diusung lagi dengan stretcher beroda, kali ini ke dalam bilik pembedahan.
Sedikit teruja sebab inilah kali pertama aku menjejakkan kaki (walaupun atas stretcher?) ke bilik pembedahan.
Dari posisi baring ni, aku dapat lihat lampu putih gergasi melekap ke siling. 'Wahhhh.. Canggih jugak hospital kajang ni...!' Desisku di dalam hati (tak payah nak desis sangatlah).
Dikeliling aku, ada doktor2, nurse dan insyiur perubatan.

Di saat inilah aku ditanya oleh doktor yang bakal menjalankan pembedahan ke atasku. 
Ada dua orang doktor; seorang lelaki melayu (tak pasti doktor kacak yang masukkan jarum permanent tu atau doktor lain), dan lagi seorang, doktor perempuan, cina.

Doktor Cina: okay, hari ni awak akan menjalankan pembedahan. Awak ada selsema tak pagi ni?

A: ada. *jawab dengan tenang*

Doktor melayu: betul ni ada selsema? *tanya doktor melayu ni dengan nada risau*
A: betul lah. Selsema je pagi tadi.

DC: alamak! tak boleh nak jalankan pembedahan lah kalau macam ni. You better tell me the truth, you selsema ke pagi ni?

A: -.- *lol. ni lah pertama kali orang tak percaya aku selsema* betul la. Saya selsema.

DC: we better call doktor alia (main sebut je nama tau). Or else, kita tak boleh buat pembedahan. 

*doktor cina tu bercakap dengan doktor melayu tu. Doktor melayu tadi mengangguk, membenarkan tindakan menelefon doktor alia.*

DM: hello doctor alia, this patient yang nak buat surgeri pagi ni, she has flu. Are we going to do the surgery or not? Can you please come here?

Beberapa minit lepas tu, doktor alia tadi datang, masuk ke dalam bilik pembedahan.

"You tau i dah berapa hari oncall and today you kacau my time to rest!" doktor alia terus je meletup dengan kata2.

"We're so sorry doctor. But this patient...." doktor cina tadi tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihat doktor alia buat tak layan dan approach aku yang terlantar di atas strecther.

"You selsema ke?" tanyanya sopan. Eh. Dia memakai mask, menutup wajahnya. Aku tak pasti doktor alia ni kena buat penyah infeksi atau tidak

"A'ah. Selsema." aku menjawab sepatah.

"Selsema setiap pagi atau tiba2 je pagi ni selsema?" tanya doktor alia lagi. Soalan yang belum pernah diajukan oleh doktor cina dan melayu tadi.

"Saya memang selalu selsema setiap pagi." jujur. Tapi entah kenapa sampai Jordan dah tak selsema dah setiap pagi. Aku pun musykil juga. Kuasa Allah.

"Selsema pagi2, lepas tu dah tengah hari sikit hilang you punya selsema kan?" doktor alia meminta kepastian.

Aku hanya mengangguk. Entah kenapa sedikit mengantuk mendengar soalan2 tentang selsema ni. Haha. Main je. Mungkin disebabkan ubat tidur yang aku makan pagi tadi.

Doktor alia berpaling dari memandangku. Persoalan sudah terjawab. Dia memandang doktor cina. Berdebar.

"You tahu beza tak selsema ni dengan selsema lain? Dekat universiti tak ajar?! You tak tahu ke i penat. Dari semalam tak tidur." tanpa segan silu doktor2 muda ni dimarahi oleh doktor alia. 

"The surgery is on." nadanya beku. Doktor alia terus keluar dari bilik pembedahan.

Serentak dengan itu, aku dibangunkan dari pembaringan oleh nurse senior (umur dalam 30-an) yang bertugas. Aku sedikit blur. Tali2 baju yang diikat kemas oleh nurse CUCMS tadi dibuka oleh nurse senior tadi. Aku cuak betul. "Eh kenapa ni!"

Nurse senior tu tak berkata apa pun, membiarkan aku dalam dunia ke-blur-an yang teramat. Selesai membuka tali2 tersebut, aku dibaringkan kembali. Kali ni, benda yang macam alat bantuan pernafasan tu dilekapkan pada muka aku. Senior nurse tu suruh aku sedut nafas. Aku pun mengikut dengan akur. 
Waktu tu lah, nurse senior tu usap kepala aku dan berkata, "mengucap, ingat Allah. Allah,, Allah,, Allah.."
Aku mengucap dan menurut di dalam hati. Allah,, Allah,, Allah.. Sayu pula bila ingat balik. Macam betul2 nak mati.. Aku tahan sungguh mata dari tertutup sebab nak rasai surgeri secara 'live'. Tapi tiba2 je pandangan mata aku, gelap. Allahuakbar.

Mungkin waktu ni lah doktor tu mintak scalpel dan pisau. Tapi surgeri aku ni perlukan semua tu ke?

*****
Aku membuka mata. Mata yang sudah lama terpejam. Aku lihat siling putih di atasku turun ke hujung kaki. Kelihatan mama bangun dari duduknya di kerusi dan mendapatkan aku. Aku menangis sayu. Terasa sakit. Baru rasa sakit. Mungkin kesan anesthesia sudah habis. Mama menyeka air mata yang mengalir di pipi. Aku bertambah sayu.

"Mama, sakit..." lirihku perlahan.

Mama mengusap ubun2ku lalu berkata, "Kakak jangan lah nangis..."

"Sakit sangat.." air mataku semakin deras bersungai di pipi.

"Kakak jangan la macam ni.." mama masih memujuk. Entah kenapa tiba2 lepas tu aku tertidur. Mungkin sebab sakit sangat. Jadi tidur lah.
****
Aku terjaga lagi. Membuka mata buat kali kedua. Kali ini, nurse, mama dan ayah menyapa pandangn. Nurse membantu aku untuk bangun. Bangun2 je aku keluarkan segala kapas yang berada di dalam oral cavity ku. Dengan spontannya aku muntah darah. Oh mai! Ya Allah... Mana ada kesan sampingan ni dalam kertas yang doktor anesthetist tu tunjuk!

Habis semua kain dan cadar tilam terkena darah. Nurse yang membantu aku tadi berkejar mendapatkan baldi. Kemudian aku basuh mulutku dengan air masak. Baru aku sedar kini jarum permanent dah disambungkan dengan kawan baik dia, air yang dalam pek tu lepas disangkut tinggi dekat batang besi yang ada roda tu. IV?

Tiba2 aku teringat sesuatu. "Atok mana ma?" Syukur masih boleh bercakap. Tekak masih kering. Kesan sampingan anasthesia.

"Atok kat bawah. Tak larat nak panjat tangga." ujar mama.

"Ohh." Aku teringat sesuatu. Aku cakap dekat ayah yang aku belum solat lagi. 

Lepas tu ayah tolong aku turun dari katil. Tiba2 nurse datang escort aku ke tandas berdekatan. Dengan bawa besi beroda tu. Aku ke wash room dan menuju ke toilet. Sayu. Kali ni tak dapat nak usha diri sendiri dekat cermin dan buat rambut. Rasa macam nak nangis. Ok sambung balik. Aku masuk dalam tandas. Nurse dan air bantuan di luar. Pintu tandas tak dikunci pun.

Sudah... Macam mana nak bersihkan lepas dah buang air kecil ni... Tangan kiri dah kena 'gari'. Nurse macam mana nak bersuci? Takkan lah nak tanya macam tu kot. 
Kalau bukan sebab darurat, memang tak lah aku bersuci dengan my precious tangan kanan!

Hmm, mungkin bukan penerangan tentang anesthesia je yang diperlukan, tapi juga cara atau kaifiat untuk beribadah waktu sakit yang perlu di konsult kepada pesakit2 di hospital. 

Alhamdulillah aku tahu juga sikit2 caranya. Tapi kalau mokcik2 pokcik2 yang terrrrr-lupa macam mana? Atau anak-anak muda kita yang sakit2 dan lembut hatinya dengan Islam? Kita kena consult. Tapi sekarang yang islamik pun hospital2 swasta. Baju nurse yang tak ketat pun kat hospital swasta. 
Hmm.. Nanti kita jadi doktor kita ubah sama2 nak?
:D

Selesai buang air, aku ambil wuduk dengan bantuan nurse. Nurse pegangkan paip getah. Aku basuh mulut, sapu muka, basuh tangan kanan, tangan kiri, sapu sebahagian kepala, then basuh kaki.. Kemudian kembali ke katil. Aku menunaikan solat zuhur sambil duduk.

Habis break tengah hari, ayah kembali ke kantor. Tinggal aku sendirian dalam kesakitan ditinggalkan... Haha main je. Aku baring je lepas pembedahan. Makcik2 sebelah katil aku bertanya akan keadaanku. Aku hanya tersenyum. Tudung masih bersarung di kepala. Tadi waktu pergi washroom tak pakai tudung! Macam mana boleh lupa ni.. Geram2. Aku tertidur. Moga Allah ingatkan aku selalu. Tak nak lupa lagi!

Azan asar mengetuk gegendang telingaku. Aku bangun dari baring, melihat tangan kiri yang dipasang jarum permanent, naik ke getah plastik lutsinar yang bersambung dengan pek air. Dari tadi tangan kiriku diam. Sakit betul bila air masuk. Darah dari tangan bercampur dengan air. Aku memejam mata perit. Memori tingkatan 3 menyapa minda.

~~~ "Hari ni ada suntikan. Form 3 budak perempuan je yang kena. Beratur luar kelas sekarang."

Jantungku berlari pantas. Injection? No!!

Habis kena inject, aku menangis dekat bilik jahit sekolah. Ada lah seorang dua yang pujuk. ~~~

Oh! Nak solat asar! Aku memanggil nurse CUCMS yang baik pagi tadi. Mahu mengambil wuduk ni. Di waktu inilah aku melakukan kesilapan.

A: nurse, ambilkan baldi boleh?

N: ok. Sekejap ya.

A: bantu saya ambil wuduk?

N: ok. *dah ready dengan air dalam botol air mineral*

A: *basuh muka. Lepas tu tangan. Baldi digunakan untuk menadah air musta3mal, air yang dah digunakan untuk berwuduk tadi. Nurse tu tiba2 cedok balik air musta3mal tu.*
Eh, bukan pakai air ni dah x suci ke...

N: *nurse tadi blur. Dan mungkin berkecil hati denganku. Dia pergi ke washroom untuk menadah air bersih dalam botol air mineral dan kembali kepadaku. Aku meneruskan wudukku yang tertangguh.* Boleh jalan tak?

A: *angguk*

N: Lain kali pergi washroom lah ambil wuduk ya.

A: *ternganga seketika. Tapi sedar memang salah aku pun. Minta maaf ye nurse. Please…* :3

Menjelang petang, ayah kembali melawat. Baru habis kerja lah tu. Ayah bertanya akan keadaan anak kesayangannya ini. Aku hanya senyum melihat ayah sambil berkata ok. Ayah belikan jajan tak silap. Tapi aku masih tak dapat nak telan apa2 makanan. Jajan dipandang sepi je. Lepas habis waktu melawat, ayah pulang ke rumah.

Seusai solat isyak, aku menghabiskan sisa2 hari yang panjang dengan berbaring di atas katil. Merenung siling. Malam ni aku menutup port aku dengan langsir. Mahukan sedikit privacy. Hmm.. Keluhku di dalam hati. Jarum permanent masih melekat di tangan kiri dengan sambungan exclusive ke air yang bergantung pada tiang besi. Sakit masih terasa. Earphone disumbat. Surah as saff bermain di telinga. Bismikallahumma a7ya...

*****
Hari ketiga di hospital, hari pertama selepas pembedahan tamat.

Srett... Srett...

Kaki melangkah sambil tangan kanan turut mengheret kaki 'ketiga' yang beroda ke washroom. 

Sampai di depan cermin, aku menatap wajah yang tak seperti selalu. Oh. Pipi kiri bengkak. Besar sangat. Nak nganga mulut pun sakit. Nak gosok gigi sikit2 je boleh. Merungut dalam hati sebab tahu ada yang mendengar. Kita nak Dia tahu kita selalu rasa Dia ada dengan bercakap dalam hati dengan Dia, walaupun Dia dah tahu dulu sebelum kita cerita. Dia tak marah kita mengadu kan?

:')

Air sinki ditadah dengan tangan kanan yang merdeka. Mulut dibersihkan. Kemudian satu persatu rukun wudu' disempurnakan. Usai berwudu', tangan kanan kembali menyorong kaki 'ketiga' ke katil wad, sedang tangan kiri dilumpuhkan dari pergerakan. Lampu wad wanita tingkat empat ini masih malap, menghormati wanita2 yang istimewa di sini tidur. Langkah kaki berhenti apabila tiba di katil.

Perlahan diri memanjat katil. Berhati-hati. Takut tangan yang berjarum permanent tu terlanggar mana2. Sakit nanti. Saat jari ini menaip semula peristiwa tahun lepas, hati berbicara sendiri. Takut sakit. Sebab taknak sakit. Baru sakit sikit. Masukkan jarum kat tangan je. Tu pun baru beberapa jam.

Sakit sakaratul maut??? Lain sangat dengan sakit masuk jarum. Sakit kena himpit dalam kubur. Entah berapa tahun. Lagi lama dari umur hidup di dunia. Menanti dalam kegelapan dan pengharapan datangnya pencen (pencen: perkataan dr. muhaya) yang tiga. Satu, ilmu yang bermanfaat. Dua, sedekah jariah. Tiga, doa anak yang soleh. Entah ada ke tidak tiga2 pencen tu.

Solat subuh dengan duduk lagi pagi ni.

***
"Semalam ada muntah darah?"

Angguk.

Mengalih pandang dari wajahku ke tiang penyangkut air. "Hmm, air ni macam tak jalan." Betulkan klip air. Pegang dengan lima jari, ibu jari tolak klip untuk beri laluan air masuk. Open.

"A sakit!"

"Air tak jalan ni." nurse betulkan lagi entah apa.

"Dekat hujung ni ada darah bercampur dengan air." Tangan kanan tunjuk tangan kiri, distracting the nurse untuk memberi perhatian kepada tangan kiri. Mata dah bergenang. Tangan ngilu je bila nampak darah sendiri.

"Ohh." Pegang tangan kiri aku tanpa amaran. Menelek apa yang tak kena.

"Sakit..." separuh merintih. Tarik balik tangan dengan penuh cermat.

"Dah boleh minum air?"

"Dah." sambil kepala mengangguk mengiyakan.

"Boleh la remove air ni. Kejap." nurse berlalu pergi mendapatkan penutup safety untuk jarum permanent.

Beberapa minit lepas tu, kaki ketiga dah tak berjalan dengan dua batang kaki yang sebenar :DDD

***
Petang itu..

Angin petang yang bertiup menyamankan suasana. Aku bersandar di kerusi malas seperti kebiasaannya di sini. Tangan cekap mendail nombor telefon mama tercinta.

'MAMA'

Makan malam yang tersedia di atas meja di katil wad tersadai tanpa tuan. Nak gigit benda pun susah tau. Dapat minum air je. Bubur pun takde. Sedih lah.

Talian disambungkan.

Aku: Assalamualaikum! mama bila nak ambik?

Kakak: waalaikumsalam. Ohh, mama ambik kak liyana (bukan nama sebenar) kat UIA. Mama suruh tidur hospital hari ni sebab tak ada orang nak ambik. Mama tak bawak telefon.

Aku: *Plup! perasaannya sama macam seketul yang batu dibaling ke dalam kolam* -..-

***
Another day in the hospital.. (Hari ni atas simpati pihak hospital)

Dentally speaking, ini dental surgery. Surgery aku involve 3 batang wisdom tooth yang masih tak tumbuh lagi dan 2 batang first premolar dengan cabutan biasa. Dari x ray yang doctor ambil berbulan2 sebelum operation, wisdom tooth aku dalam keadaan horizontal, angle gigi tu hampir perpandicular dengan gigi2 kapak yang dah tumbuh ni. Makanya, untuk menjalani rawatan ortodontik, doktor memutuskan untuk mencabut 5 batang gigi aku via surgery and normal extraction, bagi mengelakkan sebarang side effect yang tidak dimahukan selepas rawatan ortho dimulakan. Cool kan? Jadi berapa gigi aku yang tinggal sekarang wahai fairy2 of the tooth sekalian? :D

itulah wisdom tooth, doktor..

Jam Sembilan pagi.
Aku melangkahkan kaki menuju nurse yang bertugas. Dengan muka lebam dan senyuman yang sedikit sahaja mampu dicoretkan, aku berjalan tenang.

“Nurse, saya balik hari ni :D”

Nurse beralih pandangan pada wajahku, setelah sedari tadi ralit dengan dokumen2 pesakit. “Oh? Mak ambil pukul berapa?”

“Pukul 11 :D” Masih cuba untuk tersenyum.

Nurse senyum. “Pergi jumpa nurse kat dalam bilik belakang ni. Mintak dia bukakkan jarum.”

“Ok! :D”

Nampak nurse yang berisi sikit tengah kemas2 apetah kat dalam bilik tu. “Nurse, saya balik rumah hari ni. Nak bukak jarum.”

“Oh kejap ye dik.”

Beberapa minit kemudian datang dengan perkakas nurse. Letak tangan kiri aku atas almari yang separas dengan tulang rusukku. Baru nurse nak sentuh, aku pesan awal2, “Jangan buat sakit2.”

Nurse gelak. “Dah besar lepas SPM pun takut lagi? Sakit sikit je ni. Macam gigit semut.”

Masalahnya dah lama tak kena gigit dengan semut.

“Spm ok?”

“Ok, Alhamdulillah :D”

“Baguslah. Nanti balik rumah, jangan makan benda panas2 sangat. Makan yang lembut2 je. Lebam tu beberapa hari lagi surut lah tu. Take care ok?”

Eh! Dah tanggal dah jarum tu. Magic betul la nurse ni! “Ok, insyaaAllah. Terima kasih banyak.”

“Kirim salam mak.” Katanya sewaktu aku sudah memulakan perjalanan ke katil.

“Ok, insyaaAllah.” Alhamdulillah. Pengalaman yang baik2 saja Allah izin.

***
Sampai sekarang bekas jarum permanent tu, masih ada lagi. Haha. Aku masih ingat rasa excited masuk wad tu. Entah. Macam seronok sangat. Sebab aku takde sakit yang macam gastric atau appendix kot. Sebab tu happy semacam.

Experience jarum yang paling rare sekali yang pernah berlaku pada hidup ni, waktu kasyfu dam kat Jordan. Aneh sangat. Macam tak hygiene pun ada jugak. Main selamba je dia masukkan jarum pastu sedut darah kita. Macam senang sangat dia buat. Laju pulak tu. Tapi still, aku masih takut dengan jarum. Tengok doctor masukkan jarum dalam kulit pun dah rasa ngilu. Entah macam manaaaaa lah nak practical nanti.

Akhir kata, selamat Hari Raya Haji. Mintak maaf SEGALA salah silap sepanjang kita berkawan mahupun berfb. Gunakan masa cuti yang tinggal ni dengan sebaiknya. Tingkatkan iman, amal, kerajinan dan akhlak. Get your mind ready for the challenges along 2nd year. All the best comrades!

Moga Allah redha.

- by : SNSZ


No comments:

Post a Comment