Monday 3 March 2014


( Bahagian 2 )


HARUS TUNJUKKAN BUKTI

“Rancanglah jadual mutabaah amal. Senaraikan amalan-amalan yang ingin kita capai. Kena pasang niat dalam-dalam, nilai apa yang kita ingin bawa kelak tatkala berhadapan dengan Allah. Ingatkah adik-adik lagi mengenai impian kembali kepadaNya yang pernah kita impikan bersama? Kembali dalam keadaan ‘qalbun saleem’?”

“Iaitu pada hari, dimana harta dan anak-anak tidak berguna lagi. Kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang bersih (qalbun saleem)” (Surah Asy-Syu’ara’: 89)

“Bila ada kelompongan-kelompongan pada amalan kita, giatkan hati untuk beristighfar. Perlu wujudkan rasa menyesal apabila tidak dapat melakukan yang terbaik. Jika perasaan itu tidak hadir, ‘paksakan’ diri untuk rasa sedih dan menyesal. Agar Allah sudi pandang hati kita sebagai hati-hati yang sentiasa inginkan pengubah baikan. Harus ada perubahan. Bukankah merugikan jika selama-lamanya kita berada di tampuk yang sama?”

Nasihat yang sama diulang-ulang kembali. Tetapi perasaan yang menyentuh jiwa pada setiap detik ilmu itu singgah diminda jauh berlainan. Itulah kepentingan ilmu. Sebagai contoh mengenai peristiwa hijrah yang kita pelajari dari sirah Nabi. Meskipun satu ketika dahulu sirah ini adalah antara cerita yang kerap kali diceritakan pada kita, tetapi level pemahaman kita berbeza, tidak semestinya sama jika kita dengar sekarang dengan interpretation yang kita dapat satu ketika dahulu. Mungkin sewaktu sekolah dulu kita lihat hijrah itu sebagai satu perpindahan semata. Boleh jadi sekarang kita akan pandang ia dalam konteks dan dimensi yang jauh lebih luas dan berbeza. Berhijrah kerana perintah Allah dan matlamat-matlamat dakwah. Bukan perpindahan kosong. Makanya ilmu itu tidak langsung merugikan jika diulang-ulang terus.

Salah satu cara terbaik untuk mengenali Dia, sang Pencipta juga adalah dengan terus-terusan menuntut ilmu. Semangat itu harus di’refresh’ selalu. Apabila kita kenal Pencipta, ia lebih mudah untuk mencipta push factor untuk tampil yang terbaik dihadapanNya. Kerana kita sudah kenal Raja kepada seluruh alam. Alangkan Raja di Malaysia sahaja sudah pucat gerun jika diberi peluang berhadapan dengannya, itu manusia, apatah lagi Tuhan kita?




* Hasil nukilan Nur Amalina Azman                                              

- DOME -