Sunday 23 September 2012

Hello 2nd Year ^^

-bismillah-

HOI, JOM TUNTUT ILMU!

:D
haa, guane nak sebut nih?

Dari kecil lagi kita telah dihantar ke tadika untuk menuntut ilmu, sebelum itu lagi kita dah diajar oleh ibu bapa secara tidak formal. Kita pula sering dinasihati oleh ayah bonda "adik nanti belajar rajin-rajin tau" ungkapan yang sering kita dengar :')haruslah.

Tapi kenapa kita perlu untuk menuntut ilmu?
"eh, kalau tak menuntu ilmu, kau tak boleh jalan tau tak, nak makan pun tak boleh!"
Bukankah setiap perkara yang kita lakukan mestilah perlu dengan ilmu baru kita boleh lakukan. Makan, minum, berlari, hatta nak buang air pun kita perlukan ilmu tau tak! heh.

Menuntut ilmu bukan sahaja harapan ayah bonda kita, heh, tau tak, Allah suruh juga kita tuntu ilmu tau tak! Allah suruh kita berjihad dijalannya. Menuntu ilmu itu berjihad bukan?!
hoh, hosem gila, kita hanya perlu berduduk lenggang, sambil goyang kaki menelaah pelajaran dan itu sudah dipanggil jihad! 
wohohoo. kita setanding dengan Briged al-Qasam menentang Israel saban hari. cooool gila! kita juga laksana Sultan Muhammad al-fateh, Salahudin al-Ayyubi, dan juga para pejuang islam yang lain. *Tapi mereka jauh lebih hebat. eheh. jangan perasan lebih.

Tak percaya ?

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu pernah berkata bahawa, 
“Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)
 Dan yang paling penting, dengan ilmu jugalah kita dapat mengenali Allah dengan lebih dekat. 
Dan perasaan chenta kita kepada Allah juga akan semakin mendalam selepas kita semakin dekat dengan ALLah. Sebab itulah Allah memuliakan orang yang mempunyai ilmu ;)

“...niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Tak mahukah kita kembali kepada-Nya dengan kemuliaan?
Orang yang menuntut ilmu itu diangkat kemuliaanNya oleh Allah ^^
Ayuh kita menuntut ilmu dengan hati yang ikhlas demi menggapai cita-cita kita, dan yang paling penting, hadirkan diri kita untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah.

Siapa tahu buku ni angkat tangan! (^-^)/
Avicenna. Nama glamour Ibn Sina.

Para ilmuwan islam semakin ketandusan, teknologi dikuasai oleh Ilmuwan barat,
marilah kita menyedut roh-roh ilmuwan islam terdahulu seperti Ibnu Sina, Al-khowarizmi dan jutaan lagi ilmuwan islam yang dahulunya pernah gah di mata dunia.
HIDUPKAN KEMBALI ZAMAN KGEMILANGAN ISLAM DENGAN ILMU!
AYUH! YOSHHH!!

Akhir kalam, selamat kembali ke sekolah buat rakan-rakan Domers yang osem-osem sekahalian. Jangan sesekali pernah berputus asa, kita semua mahu kembali kepadaNya dengan kemulian :D Bukan keputusan yang dinilai, tapi usaha kita tu yang ALLah nilai tau ;)

sekian.

-by :
yang hengsem,
Umar al-Mujahid.


Tuesday 4 September 2012

"Aku Ingin Kembara Lagi"

Kembara menjadikan aku pentafsir kehidupan.
Lalu, aku ingin kembara lagi.
Mencari erti diri, dalam persimpangan keliru.
Mematangkan diri untuk ujian yg sentiasa cemburu.
Aku tahu, perjalanan ini satu amanah,
Maka aku harus jadi insan kuat bukannya kalah.
Makin lama aku berjalan di titian masa,
Makin bergoncang tenang yang selama ini aku punya.
Aku juga tahu di sini tak pernah ada syurga.
Beradu nyenyak seolah di kamar istana, di sini aku bukan raja.
Aku hanya si hamba, yg bekerja taat untuk tuannya.
Ada hari aku letih, aku kecewa dan aku hilang punca,
Tapi, semuanya tak pernah buat aku berhenti bekerja dan percaya,
Bahawa mimpi-mimpi indah aku, 
Dia pasti mengkabulkan semuanya.
Maka di kembara ini,
Aku akan teruskan mencari,
Alasan untuk terus memajukan diri.
Mempersiapkan diri, mematangkan diri.
Takkan pula berhenti untuk menilai diri.
Biar di mana sahaja aku rendah diri,
Di waktu apa saja, aku mengenal diri,
Sedar tanpa Dia, aku takkan mampu berdiri.
Sesungguhnya, bahagia dan syurga itu dihujung usaha.
Demi aku, dia, dan mereka, maka aku akan teruskan mengembara!  
- Pelangi Syurga
Credit: hai-online.com

Monday 3 September 2012

[cerpen] Aku dan Jarum

Aku dan Jarum

Alhamdulillah masih hidup lagi aku hari ni.


Matahari menyinar indah walaupun terik. Bangun pagi tadi sedikit lambat. On the way ke washroom aku berdoa bangun tido sebelum berdoa untuk masuk ke washroom. Dalam washroom, rutin harian yang biasa: usha diri sendiri kat cermin dan buat rambut. Hehe. Alhamdulillah, cukup segala pancaindera, jerawat bertambah satu, alhamdulillah. Oh ada tahi mata! Cepat2 basuh muka, gosok gigi sambil bersyukur dapat menikmati hari ini. Mesti hari ni ada apa2 kan, sebab tu Allah masih lagi biarkan aku menghirup udara macam selalu. Hmm.. I really hope that today i can be a true 3abid for Him. Amin.


Sebenarnya hari ni nak rant on surgery. Mungkin sebab semalam dan hari2 sebelumnya aku menghabiskan 46 minit emas aku setiap malam untuk menonton Team Medical Dragon. Ramai la yang tak tahu aku pernah masuk OT (operation teathre) sebelum menjejakkan kaki ke INTEC pada umur 18 tahun hari tu. Dulu aku selalu fikir masuk hospital tu cool sebab macam dalam drama or cerekarama kan ada family ngn ehem2 lawat siap bawak bunga bagai bila kita masuk hospital kan. Tapi sangkaan aku terbalik 180 degree. Tak best pun. Tapi takpe, kita tengok best ke tak masuk hospital ikut sequence cerita pengalaman aku eh.


Lepas quit jadi cikgu tadika, banyak misi yang perlu aku buat selaku agen 007.(seriously tak lawak) Antaranya, menjalani surgeri. [:


Doktor Suraya (main bagi je nama tau) bagi aku sedikit pencerahan tentang apa yang bakal mengubah hidup aku dalam beberapa hari lagi. Doktor memberitahu aku akan masuk wad sehari sebelum pembedahan untuk di monitor segala perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan macam blood pressure untuk memastikan aku betul2 bersedia untuk surgeri esok paginya. Lepas di monitor, surgeri aku akan dijalankan pada pukul 7 pagi. Aku pun excited la masuk hospital. Yelah, orang sihat memang excited kan. Berbekalkan baju beberapa helai, berus gigi, ubat gigi, telekong, novel, ipod dan fon, aku memggagahkan diri untuk ke wad yang di cadangkan. Aku masuk wad wanita. Penyakit berbeza2. Sebelum dapat katil wad, aku ditimbang dan diukur ketinggian oleh jururawat. Waktu tu kurus lagi. Sekarang dah berisi sikit. Haha. Lepas tu, mama pun biarkan aku kat wad. Oh sedihnya perasaan ditinggalkan ibu sendiri. Haha. Drama. Aku dapat katil sebelah dinding. Sebelah kiri aku ada seorang pesakit india yang menghidap kencing manis. Sebelah mak cik tu, mak cik melayu yang menghidap penyakit kanser payudara, sebelah lagi mak cik cina. Tak tau penyakit apa. Aku sedih sikit sebab tak ramah dengan orang2 tua waktu tu.


Peristiwa hitam waktu form 4 sudah cukup untuk meyakinkan aku bahawa hanya keluarga sahaja yang penting bagi aku. Tapi aku silap lagi. Family first, but people around us second. Bukan no number at all. Sekarang alhamdulillah, aku dah terbuka hati nak sayang orang lain selain diri sendiri ngan famili. Betul la, the wall that we build around us keep us from the happiness as well. Tapi aku hepi je ngan famili aku. Maybe tak se hepi orang yang ramai kawan but still,, oke stop.


Jadi, aku pun tak berkawan dengan mokcik2 sekeliling. Hidup dengan dunia sendiri je sambil earphone tersubat kat telinga. Tak mesej, main game, tak main game, baca novel, tak baca novel, round ward. HAHA! Lepas mama pergi,, nurse bagi aku baju ward. Uuuu. Penat je bawak baju lawa2. Haha. Baju ward ni warna hijau. Dah di sterile kan. Seluar dia lame (bahasa inggeris okay) sikit. Xde getah. Ikat je. Pendek pulak tu. Selalu aku akan lepak kat berandah ward tu. Tengok pemandangn luar sambil mengunyah cekedis. Waktu solat, aku jalan ke surau berhampiran. Dalam kol 3 macam tu, nurse panggil aku. Pakar anesthetic nak jumpa, doktor Halina (main sebut je tau).


Doktor : untuk operation esok, awak kena puasa start pukul 12 malam ni. Sebelum tidur, makan ubat tidur. Nanti saya suruh nurse bagi. Makan 2 tablet. Esok pagi, sebelum operation, nurse akan bagi lagi. Makan jugak.

Aku : ( uuuuu makan ubat tidur. Macam dalam drama lahh) *angguk2*

D : ok, operation ni, awak akan di anasthetic kan. Nanti akan masukkan ubat dekat tempat masuk air kat tangan awak nanti. Bius ni menyebabkan awak betul2 tak sedar, dikira mati jugak lah sebab nanti awak akan bernafas ikut mesin. Kat sini (tunjuk kat kertas) ada beberapa side effect lepas penggunaan anesthetic ni. Baca dulu.

A : * baca*

D : komplikasi mengikut pesakit dan sakit apa..kalau sakit ni blablabla(xingat). Sakit tekak dan tekak kering tu memang common. Mungkin jugak takde suara untuk beberapa jam. ada apa2 soalan?

A : ada. Blalalalalala

D : blalalalalalalala. Oke, sign sini.

A : boleh tak saya nak jalan2 kat wad2 kat sini.

D : boleh tapi make sure tak kacau lah.

A : *bright smile* okeh!


Petang hari first aku tu, ayah datang melawat. Yeah, ni la part yang ada dalam cerekarama tu. Haha. Aku belanja ayah aiskrim pastu kitorang jalan2 kat bawah tu sambil buat father-daughter talk. Hmm, ayah pesan suruh jadi doktor. Walaupun memang la aku nak jadi doktor waktu kecik3 dulu. Tapi ada satu peristiwa hitam ni...


Gini..


Waktu tu aku ikut atok balik kampung. Naik kereta paksu. Waktu tu malam. Kitorang singgah pasar malam. Dekat kedai mainan, Aku pun merengek2 kat atok nak mainan doktor2 yang ada stetescope tu. Atok pun belikanlah.. Cucu kesayangan dia kata.. Aku Excited sangat! Dalam kereta paksu lagi dah bukak sebab nak pakai stetescope tu. Tapi atok x bagi. Takot hilang katanya. Aku pun selaku cucu yang comel lagi solehah, ikut jela. Waktu nak keluar kereta tu, aku baru sedar mainan doktor2 aku dah hilang! Paksu punya lah cari2 bagai nak rak. Tapi takde jugak. Aku lupa aku nangis ke tak tapi sedih la. Tapi peristiwa ni tak effect aku pun. (haha. Mesti ada yg tanya kenapa perlu cerita kat sini) Cuma bila naik form 5, cita2 nak jadi doktor tu dah ke laut. Aku pun remain jadi orang yang takde cita2. Jadi, ayah pesan apa, ikut jelah..


Lepas aku belanja ayah aiskrim, aku pulak pau ayah cekedis. Hehe. Petang berganti malam. Makan petang dekat hospital roti keras je. Pastu ada nasi dengan sayur yang tak berperisa.. Tak best. Waktu aku lepak2 kt katil, ada jela doktor2 housemen HO nak check condition aku. Tapi doktor yang selia doktor2 housmen tu cakap xperlu sebab aku pesakit untuk surgeri je. Sebelum pukul 12 malam, aku lepak2 dekat berandah sambil call bff ngn makan cekedis, mengimbau waktu2 kami kat sekolah dulu.. Pukul 11 lebih masuk wad, gosok gigi dengan amek wudu'. Nak tido dah. Makan ubat tido. Beberapa waktu lepas tu, terlelap.

***

Hari surgeri. Kajang, Selangor.

Pukul 5.30 pagi aku bangun dan ke tandas. Entah kenapa tak terfikir langsung hantu dekat hospital waktu tu. Sepatutnya harus lah teringat cerita hantu Thailand yang ade perempuan rambut panjang bawah katil ward anda.
:S (sape pernah tengok angkat tangan??!)
Mandi pagi sebab doktor suruh. Lepas mandi, dapat baju surgeri dengan cap. Aku tak reti pakai baju tu. Sebab dia bertali, lepas tu kena ikat2 bagai. So aku pakai jela dengan gaya tersendiri. Rupanya aku pakai baju terbalik! Lepas tu nurse CUCMS tolong pakaikan. Tak boleh ada apa2 baju pun selain baju surgeri. Seram sejuk je.... Segala bentuk aksesori haruslah dibuka ya. Macam nak meninggal nanti. Bawak diri je. Gelang yang atok bagi pun kena bukak juga. Lepas solat subuh dalam 6 lebih, aku sambung tidur. Efek ubat tidur la ni!

Pukul 6.55 pagi, aku dikejutkan nurse lagi sekali. Nak surgeri dah!! Ada stretcher baru dengan nurse lelaki. Aku kena buka tudung dan pakai cap. Aku punya lah ingat nak gi surgeri tu jalan kaki sendiri je. Rupanya kena usung naik stretcher tu! Allah... Cuak. Blurr. Ngantok. Malu. Semua ada. Naik lif sambil berbaring... Korang penah rasa? Hehehe.

Masuk OT, aku dibiarkan seorang diri.. Kena usung sana sini macam ape... Tiba2 ada doktor Imran (main sebut je nama) doktor lelaki muda ni datang kepada aku. Dia cakap nak masukkan air dalam badan. Aku lupa nama yang jarum permanent kat tangan tu nama apa. Tapi jarum tu boleh connect kat air tu la. Ohh. Tiba2 aku rasa nak nanges.. Jarum. Tidak!!


Aku : jangan buat sakit2.

Doktor : sakit sikit je. *sambil sapu2 ethanol dan cari salur darah*

A: sakitttt

D: belum cucuk pun lagi.

A: *intai tangan yang bakap dicukuk dengan hujung mata* aaaa jangan buat sakit2. *gedik betul kan. Waktu dia cucuk memang dah menangis dah*

D: dah 18 pun nak kena cucuk nanges lagi?

A: biar lah *sambil air mata mengalir ke pipi. Kehenseman anda tak dapat mengubati kesakitan tanganku doktor!*


Bersambung....

by : SNSZ


Sunday 2 September 2012

Islam kamu... Automatik atau Manual?

-bismillah-


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sudah 19 tahun aku menghirup oxygen yang Allah bekalkan percuma, memastikan kontinuiti sistem pernafasan dapat berfungsi dengan baik. Dan setiap sedutan nafas adalah nafas sebagai seorang Muslim yang ditakrifkan secara 'automatik' sejak dilahirkan lagi.
Automatik?
Automatik?
Definitely.
Kita mendapat Islam secara percuma. Mewarisinya dari kedua ibu bapa kita sedangkan berjuta manusia lain bergelut dengan jiwa mereka sendiri dalam membenarkan hal-hal perihal keimanan kepada Allah s.w.t. Hidup mereka di'taburi' duri-duri ancaman dan tekanan apabila ingin melafazkan penyaksian kepada Tuhan setelah sinar hidayah mengisi rongga hati mereka atas tiket 'manual' untuk memeluk Islam.
Berbanding mereka, kita agak beruntung apabila tidak berhadapan dengan masalah sedemikian rupa.
Namun, rupanya tiket percuma ini bukanlah jaminan praktisan syumul sebagai seorang Islam. Ramai yang mendapat tiket ini masih lagi keliru dengan identiti dan entiti muslim mereka, masih ramai lagi yang ibadah mereka terumbang-ambing.
Mungkinkah kerana tiket 'automatik' ini yang menghalang jiwa kita men'devote' sepenuh cinta pada Allah?
Di mana bibir yang tak pernah kering meratib zikir padaNya tanda kesyukuran dan mata yang tak pernah kontang air mata keinsafan?
"........Dan sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba' : 13)
Mungkinkah kerananya juga yang menyekat sensitiviti kita apabila terangan musuh Islam melancarkan misi kehancuran serta oppresi berterusan terhadap umat Islam sedang kita lena mengulit mimpi dalam lena yang panjang tanpa nokhtah?

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda SAW: 
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” 
Jawab Rasulullah SAW, 
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
Apakah itu al-Wahn?Rasulullah SAW bersabda,Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Mungkinkah ini juga yang membarahkan gejala maksiat yang meladeni umat Islam tidak kira di barat, timur, utara dan selatan sehingga persepsi buruk tentang Islam 'menjelajah' minda al-kaafirun? 
"........Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai." ( al-A'raf : 179)

Jangan salah faham. Bukan saya maksudkan semua begitu. Mungkin saya hidup dalam atmosfera masyarakat yang begitu.

Umpamanya, saya pernah ke suatu program yang melibatkan pelbagai bangsa dan etnik. Sesuatu yang membuatkan saya kagum apabila mengenali X, seorang remaja berbangsa Cina. Dia menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mengenali Islam dalam perspektif yang lebih menyeluruh. Dia sering menguarkan pelbagai soalan perbandingan agama kepada saya dan juga rakan-rakan Islam yang lain. Adakalanya, kami sendiri terpaku dengan soalan-soalan yang diajukan. Ilmu kami masih cetek untuk memberikan jawapan yang meyakinkan kepadanya.
Saya yakin, dia sedang mendapatkan tiket 'manual' kepada Islam. Dan saya berdoa agar suatu hari, dia akan memeluk Islam walau bukan sedikit cuma tribulasi yang akan menguji kekentalan tekadnya itu.
Menyedihkan apabila ramai remaja Islam yang keislamannya secara 'automatik' kurang menunjukkan peribadi murni sebagai seorang Muslim. Ramai yang merokok, tidak menutup aurat, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Ya. Saya tahu diri ini bukanlah orang yang selayaknya menilai siapa mereka. Moga Allah memaafkan kesilapan saya. Cuma itulah apa yang saya perhatikan.

Mungkin ada yang akan berkata, implementasi sebagai seorang Islam bergantung kepada diri masing-masing. 
Dan saya tidak akan dapat nafikan. Cumanya, saya ingin membuka horizon pemikiran kita apabila kita mengenali Islam dalam metodologi yang berbeda.
Analoginya.
Perbandingan kita mendapat sesuatu secara percuma dan perlu bersusah payah untuk memperoleh sesuatu. Sudah tentu, kita akan lebih menghargai sesuatu yang kita dapat melalui usaha dan susah payah. Namun, tidak dinafikan juga, ada sahaja yang menghargai sesuatu apabila mendapatnya percuma.

Kholasah qaul, marilah bersama bermuhasabah. 
Adakah kita sudah menjalani kehidupan sebagai seorang yang benar-benar bersyahadah padaNya dengan sebenar-benar penyaksian?

Moga apabila kita sendiri sudah melazimi hidup sebagai seorang muslim, maka ramai lagi yang akan mendapat tiket 'manual' untuk kembali semula kepada islam. Ya, kembali semula. Welcome back to Islam!
Bukankah pada asalnya kita semua adalah Muslim? (:
Allah (a.w) berfirman: 
Dan saat Tuhanmu mengeluarkan anak cucu Adam dari tulang-tulang belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi atas Nafs (anfus) mereka : 'Bukankah Aku Tuhan kamu ?' ; Mereka berkata : 'Betul ! kami menyaksikan.' ; Hal ini agar kamu tidak dapat berkata dihari kiamat : 'Sungguh kami lalai dari perjanjian ini. (Al A'raf : 172)

by -Dr 1993-