Sunday 25 November 2012

SNAP! Chapter 2

-bismillah-

SNAP!, Program Bahasa Arab Ammi batch kita. Kali ini video yang ke-2.

--- [ Di Kedai Jahitan ] ---
Lepas dah tengok video masyilah lepas ni nak beli baju tak padan saiz pun, takda masalah sebab dah terer jumpa ammu tukang jahit :)






Terima kasih atas segala amal, moga Allah balas dengan syurga. amiin. (:
Syukran jazilan pada Sdr Ikhwan dan Sdr Ariff!

p/s : Jom sapa lagi nak join SNAP! boleh cakap dengan kitorang team multimedome. ^^ tuan Presiden dah turun padang, kita guano? :D


Sunday 18 November 2012

SNAP! Chapter 1

-bismillah-

assalamualaikum sahabat2 seperjuangan :)

Video Chapter 1 Program SNAP! dah keluar~

Situasi di Kedai Sayur :D
*tipulah kalau tak masak bila di oversea kann


Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat yang bertungkus-lumus jayakan program ini.
Sdr Farid (Ketua Biro Multimedia DOME) juga Sdr Yusri.

Moga usaha kita diberkati Allah.

Sunday 11 November 2012

SNAP Introduction

-bismillah-

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :D

Mempersembahkan projek ulung kita semua, DOME ^^ bawah kendalian unit multimedia.

Dah boleh tangkap? :D

SNAP? Dah seminggu dengar, sekarang tahulah kalian SNAP itu bukanlah makanan...

Projek SNAP ialah: -

Senangnya (سهل) 
Kita Belajar (ندرس)
Arab (اللغة العربية)
Program (بروغرام - برنامج)


Apa matlamatnya?
Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada yang lain, jadi pihak kami percaya bahawa pihak AMT dan semua ahli DOME akan bersetuju dengan pepatah ini:
"Sebaik-baik batch ialah yang bermanfaat pada pihak sekeliling."
(:
InsyaAllah. Itulah matlamat kita. Improving penguasaan bahasa Arab ammiah dalam kalangan kita sendiri dan orang sekeliling.

Idea besar ini tercetus pada mesyuarat AMT & AME DOME kali pertama tahun lepas. Setelah dipersetujui dan mendapat sokongan belakang tabir dari mereka, projek ini dilancarkan pada hari ini, 11 November 2012.

Dan harapan besar kami di pihak multimedome, 
bukanlah sekadar sokongan semua ahli DOMErs, tapi moga Allah sentiasa redha dan memberikan panduan dan hidayah agar saham-saham kecil penglibatan semua pihak dalam projek ini menjadi saham akhirat.

Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan kalian. Kita saling memerlukan doa, moga terus thabat di jalan mencari segala yang terbaik sebelum kembali kepada-Nya.

(: 




p/s Bersedia, surat tawaran berlakon akan sampai ke meja belajar anda. ((: haruslah amal ini semua terlibat, nak masuk syurga sama2 kan.


Monday 5 November 2012

Jamuan Raya DOME

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Pada 29 September 2012, warga DOME telah menjayakan Jamuan Raya DOME (JARADO) yang telah dikelokan oleh beberapa AJK JARADO yang diketuai oleh Sdr. Nahar Rebin bertempat di Solah Petra, Irbed, Jordan. Alhamdulillah perjalanan majlis sangat lancar di bawah panduan Sdr. Muhammad Syarmine sebagai Pengerusi Majlis.

ATURCARA MAJLIS

7.00-7.30pm: Pendaftaran
7.30-8.00pm: Tazkirah dan doa (Sdr. Mukrim Mustafa)
8.00-8.20pm: Ucapan presiden DOME (Sdr. Ikhwanuddin Ridzowan)

8.20-8.30pm: Gimik khas sahabat-sahabat baharu (Suapan coklat) dan "Birthday Surprise" (Sdr. Haikal dan Sdr. Luqman)

8.30-8.45pm: Persembahan Rise of The East

8.45-9.30pm: Jamuan makan dan tayangan media

9.30-10.00pm: Cabutan bertuah dan sesi bergambar

10.00pm: Bersurai


AJK JARADO

Pengarah JARADO: Nahar Rebin
Penolong Pengarah: Alif Ameer dan Anissa Nadhira

Bendahari: Faizzul Iman dan Tengku Ainul

AJK Penempatan: Hafify dan Nur Syazana 

AJK Penyediaan: Ikmal Hakim dan Yuhana Yazam

AJK Cenderahati: Taufiq Janor dan Alaa' Zain

AJK Masa: Amir Mustaqim dan Nur Fakhirah

AJK Makanan: Iqbal Adele dan Arina Hairin

AJK Tentatif: Mu'min Adznan dan Nur Raihana

AJK Multimedia: Haikal Zainudin dan Syafiqah Shuhardi

AJK Keselamatan: Fakhruddin Arazi dan Fatin Syahirah


Solah Betra
Sahabat2 akhawat bersama-sama

Sahabat2 syabab yang berkumpul

JAmuan RAya DOME 12 :)

emcee of the day, Sdr Syarmine

Sdr Mukrim, sewaktu menyampaikan khabar yang tidak terjangka
"Once we're a family, we will always be!"  

Bacaan doa oleh Sdr Mukrim

Ucapan Presiden DOME, Sdr Ikhwanuddin

Kejutan buat sahabat baru

Suapan sahabat untuk sahabat - Hanif & Raqib

Hanya untuk sahabat special

Selamat datang ke family DOME ^^ - Alif, Miswar, Akmal & Afiq,dan lain2

Khumayni & Izzazi

Ashraf berkongsi makanan dengan Presiden

Akmal & Afiq

Sahabat baru

Welcome to the family sisters ^^

Giliran Timb. Presiden, Sdri Asilah menyuapkan coklat

Nita & Amnah

Birthday boys
Surprise untuk pelajar lama pula

"Rise of the East" - band kitorang

Persembahan dari band "Rise of the East"

Sdr Nahar, leader

Surprising solos - Farhan, Syafiq, Ikmal
Ikmal dan nyanyian beliau 

Syafiq & Farhan

Gabungan persembahan paling mantap

Kuih Raya dari akhawat DOME ^^

Kuih cara - di mana ada kemahuan di situ ada cara 

Cornflakes - susunan emping yang membina ukhwah :)

Satay!

Sesi cabutan bertuah - Sdri Alaa' & Sdr Taufiq

Awards pelbagai kategori ^^

Hadiah best :D

<3

Taufiq & Nahar, Pengarah Projek



Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa atas usaha dan penat lelah yang dikerah sepanjang persiapan dan pelaksanaan JARADO. Tidak lupa juga kepada seluruh warga DOME di atas penglibatan diri dalam JARADO ini sekaligus menjayakan program yang julung kali diadakan ini.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak akan merapatkan lagi ukhwah kita bersama terutama sekali dengan ahli keluarga DOME yang baharu. Harapannya, ukhwah ini akan berkekalan hingga ke syurga! Amin!