Sunday, 11 November 2012

SNAP Introduction

-bismillah-

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :D

Mempersembahkan projek ulung kita semua, DOME ^^ bawah kendalian unit multimedia.

Dah boleh tangkap? :D

SNAP? Dah seminggu dengar, sekarang tahulah kalian SNAP itu bukanlah makanan...

Projek SNAP ialah: -

Senangnya (سهل) 
Kita Belajar (ندرس)
Arab (اللغة العربية)
Program (بروغرام - برنامج)


Apa matlamatnya?
Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada yang lain, jadi pihak kami percaya bahawa pihak AMT dan semua ahli DOME akan bersetuju dengan pepatah ini:
"Sebaik-baik batch ialah yang bermanfaat pada pihak sekeliling."
(:
InsyaAllah. Itulah matlamat kita. Improving penguasaan bahasa Arab ammiah dalam kalangan kita sendiri dan orang sekeliling.

Idea besar ini tercetus pada mesyuarat AMT & AME DOME kali pertama tahun lepas. Setelah dipersetujui dan mendapat sokongan belakang tabir dari mereka, projek ini dilancarkan pada hari ini, 11 November 2012.

Dan harapan besar kami di pihak multimedome, 
bukanlah sekadar sokongan semua ahli DOMErs, tapi moga Allah sentiasa redha dan memberikan panduan dan hidayah agar saham-saham kecil penglibatan semua pihak dalam projek ini menjadi saham akhirat.

Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan kalian. Kita saling memerlukan doa, moga terus thabat di jalan mencari segala yang terbaik sebelum kembali kepada-Nya.

(: 




p/s Bersedia, surat tawaran berlakon akan sampai ke meja belajar anda. ((: haruslah amal ini semua terlibat, nak masuk syurga sama2 kan.


No comments:

Post a Comment