Thursday 31 May 2012

Raikan Fitrah; Ilmu dan Kematangan

-bismillah-

cuti semester. masa untuk diri sendiri, masa untuk mencari semula kekuatan dan tenaga yang seakan kering dek berjuang dalam menuntut ilmu.
pernah terfikir bila pula masa yang perlu diluangkan untuk masa depan ? :)
ehem. tuned minda untuk kematangan. bukan suka suka post ini dikarang oleh sahabat kita. ada mesej penting buat bakal penggerak bahtera ummah sekalian.


K.A.H.W.I.N

(krik... krik... krikk...)
Bila sebut pasal ni,
Teringat zaman kecik-kecik dulu..
Masa tu, kakak sibuk solekkan saya, pakai baju cantik-cantik
Nak main kahwin-kahwin dengan jiran.
Waktu tu, untuk budak berusia 6 tahun,
Kahwin ni hanyalah pakai cantik-cantik dan duduk bersanding...

... krik3 ...

Aish, rupa-rupanya kahwin ni tak semudah tu... kan?

“Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? 
Nak suruh DOMErs kahwin awal ke?”
Eh, tak. Bukan semudah dan se-simple itu permikiran kita.

Tapi, bila tiba masa sahabat-sahabat saya nak kahwin, saya gembira ja.
Sebab masing-masing Allah dah tetapkan masa yang terbaik.
Betul kan?

Cuma, tulisan saya ini untuk saya berkongsi rasa.
Yelah, isu ni bermula semenjak menjejakkan kaki ke Bumi Urdun ni.
Entah mengapa 
tak henti-henti jadi perbualan, 
biarpun bukan seorang dua yang melarikan diri daripada memikirkannya... 
entah sampai bila mahu melarikan diri ya?


Pada saya, tak salah bila nak berbicara soal ni, 
cuma adakah cukup sekadar :

“ Kalau boleh aku nak engineer.. tak nak doctor,busy.Dentist tak pe..boleh tahan lagi..”

“bakal zaujah ana, mesti pandai buat kerja rumah, masak…”

“saya nak yang beriman, yang mampu jadi Imam saya sampai syurga…!”

“ nak kahwin awal lah, boleh jaga hati...”


Adakah cukup sekadar berbicara begini sahabat2ku ?
Sudah tentu tidak!
 


***

MATLAMAT HIDUP
Diciptakan manusia, bukan nya sia-sia. Allah s.w.t telah berfirman dalam Al Quran.
Saya yakin semua sahabat-sahabat saya tahu:
*Hamba
*Khalifah

Dan semua ini untuk capai MARDHATILLAH, 
atau dalam kata-kata yang lebih indah : CINTA ILAHI

Matlamat kita besar
Perjanan kita masih panjang
Tak salah kalau kita cuba luaskan skop pemikiran kita.

Kahwin
Adakah sekadar berlandaskan cinta antara dua insan?

***********************************************************************

Syukur, kagum, melihat sahabat-sahabat, yang sudah mula bercakap
Tentang Baitul Muslim : Rumahtangga Muslim

Cakap mereka bukanlah tin kosong!


Tapi,
Apa yang mereka fikirkan,
betapa pentingnya soal pendidikan anak-anak...
Untuk melahirkan generasi yang unggul...

Sahabat,
Mereka, bukan membicarakan soal cinta pada manusia yang bergelar Adam dan Hawa
Tapi cinta pada ISLAM itu sendiri
Mereka memikirkan masa depan Ummah!

Dan bila kita berbicara tentang isu ini, mari muhasabah diri kita kembali.

Sudah mampukah kita untuk mendidik generasi akan datang, 
andai diri kita sendiri pun masih lagi terkapai-kapai?
Cuba kita tengok balik solat kita?
Ilmu Fardhu ain kita? 
Mampu ke nak memikul tanggungjwab sebagai ketua keluarga?
Al-Quran kita?
Akhlak kita bagaimana? Pemarah? Merajuk?

Subhanallah, banyak lagi perkara yang kita perlu islahkan pada diri kita.

i may not get the most pious spouse, but i do all these to earn the Jannah^^
where i believe the promised pious spouse is waiting for me :)
check it out here :D [2:25]

Saya kagum bila melihat video yang DOMErs hasilkan
“Sebelum Aku Terima Nikahnya…”

Video ini menggambarkan, betapa pentingnya kita persiapakan diri, bermula dari sekarang.
Saya menanti kesinambungan video ini… ^^

Menjadi soleh dan solehah bukan sekadar untuk dapatkan yang solehah dan soleh
Tapi, untuk mendapatkan pandangan Allah swt, Cinta Ilahi
Dan daripada tu, insyaALLAH, Allah akan kurniakan insan yang terbaik untuk kalian.
Yang akan sama-sama memikul tanggungjawab sebagai ummah Islam.


Memetik kata-kata seorang sahabat,
"dua insan ini dalam perjalanan menuju ke syurga, pada satu titik kehidupan mereka akan bertemu, dan meneruskan perjalanan ke syurga... bukanlah apabila sudah bertemu baru berfikir memacu berlayar ke syurga, kerana jika ditakdirkan tidak bertemu maka tiadalah permulaan pelayaran ke syurga! nauzubillah..."
***

Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menulis dalam kitabnya Al-Usrah Kama Yuriduha Islam ,
Perkahwinan membawa matlamat meluaskan agama Islam. Maka, suatu rumahtangga perlu memiliki ciri-ciri Islam…”
Justeru, hiasilah diri kita dengan ciri-ciri Islam, bermulalah dari sekarang.
Bila disebut tentang perubahan, ia adalah satu proses,
Dan proses bukanlah mengambil masa yang singkat.
Proses bermula dengan ilmu dan istiqamah.
Bukan melarikan diri kerana takutkan bayangan kematangan dan tanggungjawab hari depan !

Akhirnya,
tak salah untuk berbual tentang isu ini,
Tapi biarlah ada kesan baik pada diri.
Kesan baik pada pendengar.


"Bukan sekadar menambahkan bunga di taman hati tapi turut berbuah keinsafan dan keimanan pada Ilahi."

“Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung” [5:35]

InsyaAllah, moga kita menjadi insan bertaqwa, tanpa mengira status ^^

-nukilan : Nurul Solehah
*Maaf jika ada kekhilafan pada tulisan ini, sekadar pandangan peribadi.


8 comments:

  1. hohoho!

    spe la agak2 antra ahli DOME yg akn memulakan tradisi ini?

    ---->ade eh ahli DOME nmanya nurul solehah ?

    ReplyDelete
  2. @Hamba-Dia,
    krik3...

    -[: tak bersalah, tukang post setia-

    ReplyDelete
  3. subhanallah,post yang menarik,jazakillah..:)

    ReplyDelete
  4. Cube kita imbas kembali kisah daripada Al Quran..Dalam Al Quran, terdapatnya diari para Nabi..Kita ambil contoh, kisah Nabi Zakaria...Baginda inginkan anak, bukan sahaja untuk kebahagian rumah tangga, tetapi untuk menyambung dakwah Islamiyyah yang dibawaknya..Akhirnya, lahirlah Nabi Yahya a'laihissalam..Seperti kita juga,walaupun kita tidak mampu membuka Baitul Maqdis, tetapi kita ada generasi yang akan datang yang mana akan membuka mata semua umat di muka bumi ini bahawa hidup ini tidak lain tidak bukan, sebagai hamba dan khalifah..Insya Allah

    ReplyDelete
  5. Berubah = ilmu + istiqamah. Saya rasa belum layak lagi nak kahwin -.-"

    ReplyDelete
  6. hidup perlu ilmu. hidup perlu istiqamah. jadi hidup perlukan perubahan.
    tapi... kita berubah bukan untuk berkahwin, semata-mata.

    :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. "moga menjadi iktibar insyallah..buka minda buka hati.."

    benda baik, sebarkan. peace.

    ReplyDelete