-bismillah-
Peaceful states of mind. |
ALLAH itu Maha Hebat. ALLAH itu Maha Memahami.
Dalam melakukan segala pekerjaan itu ...
Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun sudah kita mencuba dengan sedaya upaya.
Selain tu, ada natijah yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang dijangkakan tidak berlaku.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang dijangkakan tidak berlaku.
Dari situ, timbul sapaan dari hati sendiri dan mempersoalkan kebolehan serta pertolongan Allah.
Lalu, monolog dalam hati,
Lalu, monolog dalam hati,
“Apakah aku tidak layak untuk mendapat pandangan dari ALLAH ?”
“Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?!”
“Kenapa aku macam ni? Aku teruk sangatkah sehingga natijah semuanya seperti ini?!”
Jom Hiburkan Diri Dari Rasa Putus Asa !!
Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain.
Dan kehidupan ini dicipta oleh Allah S.W.T untuk menguji siapa di antara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala ujian dari-NYA.
Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH S.W.T, satu perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. Allah tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja terhadap hamba-Nya. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan!
Percayalah sahabat ^^
Percayalah sahabat ^^
Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita di saat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan.
Persoalannya, mengapa?
Kerana ia sekadar menyapa.
Ya, ujian datang sekadar menyapa.
Namun awas,jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda!
Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda.
Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda.
Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan Allah S.W.T.
Sahabat,
Fikirkan... Renungkan... Sematkan...
ALLAH yang mencipta kehidupan ini.
Allah jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jua lah pemilik segala kejayaan dan kegagalan.
Justeru, mengapa Allah memberi kegagalan?
Kerana ALLAH lebih tahu. Jadi, serahkan saja semuanya pada ALLAH!
Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu, tanpa kita berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga Allah berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui!
Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa.
Siapa yang tidak pernah hampir berputus asa? Saya sendiri pernah kecewa semasa ingin menduduki peperiksaan dahulu. Namun, selepas peristiwa itu, ALLAH hadirkan pula anugerah yang sangat-sangat tiada tandingannya. Alhamdulillah!

Saya merenung semasa berdiri. Lalu mengaitkan kebahagiaan yang muncul itu dengan ujian dari Allah. Terduduk melutut saya dibuatnya. Tiba-tiba sahaja lutut menjadi longlai. Sangat bergetar, mengakui kebesaran ALLAH. Subhanallah!
Sifat berputus asa ini bukanlah sesuatu yang baik.
Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan ALLAH S.W.T dan rahmatnya. Mungkin ada rajuk dihati. Jika anda perhatikan, sejurus menerima kegagalan, manusia akan cepat gopoh dan tidak menerima qada’ dan qadar yang ditentukan olehnya.
Malah di dalam kalamullah sendiri Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin itu.
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [23:115]
Sifat berputus asa ini bukanlah sesuatu yang baik.
Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan ALLAH S.W.T dan rahmatnya. Mungkin ada rajuk dihati. Jika anda perhatikan, sejurus menerima kegagalan, manusia akan cepat gopoh dan tidak menerima qada’ dan qadar yang ditentukan olehnya.
Malah di dalam kalamullah sendiri Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin itu.
Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada dan qadar pasti percaya dan yakin dengan perancangan ALLAH S.W.T.
Percayalah, Allah S.W.T Tidak Pernah Zalim.....
Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNYA. Malah, ALLAH
Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu yang ditakdirkanNYA. Namun begitu,
begitu ramai manusia yang memilih untuk tidak ingin melihat himah
disebalik kegagalan. Jarang sekali kita sebagai manusia menghadapi
qada dan qadar Allah dengan menyerahkan segalanya kepadaNYA.
Sebaliknya, kita sandarkan ketentuan Allah itu dengan perasaan yang
kesal dan tidak redha.
Gagal beberapa kali tidak bermakna kegagalan itu adalah untuk
selama-lamanya. Yang menjadi persoalan utama selepas kegagalan itu
adalah bagaimana anda sebagai seorang hamba Allah berhadapan dan
mengendalikan perasaan berhadapan dengan situasi kegagalan tersebut.
Sentiasalah positif. Bersangka baik dengan Allah.
Akhirul kalam, peringatan buat diri sendiri lebih-lebihnya..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” [29:2-3]
Sentiasalah positif. Bersangka baik dengan Allah.
Kegagalan itu, pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T selagi mana kita berusaha
dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah.
dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah.
ALLAH Tuhan kita, kita milik Allah. Maka, Allah lebih tahu akan keadaan selepas,
sebelum dan sedang kita lalui.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?"
sebelum dan sedang kita lalui.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?"
Wallahu’alam.
Semoga Allah merahmati.
Semoga Allah merahmati.
- by Fakhruddin Arrazi
nice kudin...
ReplyDeletebakat yang perlu diketengahkan
ReplyDelete