Thursday, 31 May 2012

Raikan Fitrah; Ilmu dan Kematangan

-bismillah-

cuti semester. masa untuk diri sendiri, masa untuk mencari semula kekuatan dan tenaga yang seakan kering dek berjuang dalam menuntut ilmu.
pernah terfikir bila pula masa yang perlu diluangkan untuk masa depan ? :)
ehem. tuned minda untuk kematangan. bukan suka suka post ini dikarang oleh sahabat kita. ada mesej penting buat bakal penggerak bahtera ummah sekalian.


K.A.H.W.I.N

(krik... krik... krikk...)
Bila sebut pasal ni,
Teringat zaman kecik-kecik dulu..
Masa tu, kakak sibuk solekkan saya, pakai baju cantik-cantik
Nak main kahwin-kahwin dengan jiran.
Waktu tu, untuk budak berusia 6 tahun,
Kahwin ni hanyalah pakai cantik-cantik dan duduk bersanding...

... krik3 ...

Aish, rupa-rupanya kahwin ni tak semudah tu... kan?

“Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? 
Nak suruh DOMErs kahwin awal ke?”
Eh, tak. Bukan semudah dan se-simple itu permikiran kita.

Tapi, bila tiba masa sahabat-sahabat saya nak kahwin, saya gembira ja.
Sebab masing-masing Allah dah tetapkan masa yang terbaik.
Betul kan?

Cuma, tulisan saya ini untuk saya berkongsi rasa.
Yelah, isu ni bermula semenjak menjejakkan kaki ke Bumi Urdun ni.
Entah mengapa 
tak henti-henti jadi perbualan, 
biarpun bukan seorang dua yang melarikan diri daripada memikirkannya... 
entah sampai bila mahu melarikan diri ya?


Pada saya, tak salah bila nak berbicara soal ni, 
cuma adakah cukup sekadar :

“ Kalau boleh aku nak engineer.. tak nak doctor,busy.Dentist tak pe..boleh tahan lagi..”

“bakal zaujah ana, mesti pandai buat kerja rumah, masak…”

“saya nak yang beriman, yang mampu jadi Imam saya sampai syurga…!”

“ nak kahwin awal lah, boleh jaga hati...”


Adakah cukup sekadar berbicara begini sahabat2ku ?
Sudah tentu tidak!
 


***

MATLAMAT HIDUP
Diciptakan manusia, bukan nya sia-sia. Allah s.w.t telah berfirman dalam Al Quran.
Saya yakin semua sahabat-sahabat saya tahu:
*Hamba
*Khalifah

Dan semua ini untuk capai MARDHATILLAH, 
atau dalam kata-kata yang lebih indah : CINTA ILAHI

Matlamat kita besar
Perjanan kita masih panjang
Tak salah kalau kita cuba luaskan skop pemikiran kita.

Kahwin
Adakah sekadar berlandaskan cinta antara dua insan?

***********************************************************************

Syukur, kagum, melihat sahabat-sahabat, yang sudah mula bercakap
Tentang Baitul Muslim : Rumahtangga Muslim

Cakap mereka bukanlah tin kosong!


Tapi,
Apa yang mereka fikirkan,
betapa pentingnya soal pendidikan anak-anak...
Untuk melahirkan generasi yang unggul...

Sahabat,
Mereka, bukan membicarakan soal cinta pada manusia yang bergelar Adam dan Hawa
Tapi cinta pada ISLAM itu sendiri
Mereka memikirkan masa depan Ummah!

Dan bila kita berbicara tentang isu ini, mari muhasabah diri kita kembali.

Sudah mampukah kita untuk mendidik generasi akan datang, 
andai diri kita sendiri pun masih lagi terkapai-kapai?
Cuba kita tengok balik solat kita?
Ilmu Fardhu ain kita? 
Mampu ke nak memikul tanggungjwab sebagai ketua keluarga?
Al-Quran kita?
Akhlak kita bagaimana? Pemarah? Merajuk?

Subhanallah, banyak lagi perkara yang kita perlu islahkan pada diri kita.

i may not get the most pious spouse, but i do all these to earn the Jannah^^
where i believe the promised pious spouse is waiting for me :)
check it out here :D [2:25]

Saya kagum bila melihat video yang DOMErs hasilkan
“Sebelum Aku Terima Nikahnya…”

Video ini menggambarkan, betapa pentingnya kita persiapakan diri, bermula dari sekarang.
Saya menanti kesinambungan video ini… ^^

Menjadi soleh dan solehah bukan sekadar untuk dapatkan yang solehah dan soleh
Tapi, untuk mendapatkan pandangan Allah swt, Cinta Ilahi
Dan daripada tu, insyaALLAH, Allah akan kurniakan insan yang terbaik untuk kalian.
Yang akan sama-sama memikul tanggungjawab sebagai ummah Islam.


Memetik kata-kata seorang sahabat,
"dua insan ini dalam perjalanan menuju ke syurga, pada satu titik kehidupan mereka akan bertemu, dan meneruskan perjalanan ke syurga... bukanlah apabila sudah bertemu baru berfikir memacu berlayar ke syurga, kerana jika ditakdirkan tidak bertemu maka tiadalah permulaan pelayaran ke syurga! nauzubillah..."
***

Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menulis dalam kitabnya Al-Usrah Kama Yuriduha Islam ,
Perkahwinan membawa matlamat meluaskan agama Islam. Maka, suatu rumahtangga perlu memiliki ciri-ciri Islam…”
Justeru, hiasilah diri kita dengan ciri-ciri Islam, bermulalah dari sekarang.
Bila disebut tentang perubahan, ia adalah satu proses,
Dan proses bukanlah mengambil masa yang singkat.
Proses bermula dengan ilmu dan istiqamah.
Bukan melarikan diri kerana takutkan bayangan kematangan dan tanggungjawab hari depan !

Akhirnya,
tak salah untuk berbual tentang isu ini,
Tapi biarlah ada kesan baik pada diri.
Kesan baik pada pendengar.


"Bukan sekadar menambahkan bunga di taman hati tapi turut berbuah keinsafan dan keimanan pada Ilahi."

“Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung” [5:35]

InsyaAllah, moga kita menjadi insan bertaqwa, tanpa mengira status ^^

-nukilan : Nurul Solehah
*Maaf jika ada kekhilafan pada tulisan ini, sekadar pandangan peribadi.


Thursday, 24 May 2012

Ini Baru Dinamakan Cuti Semester!

-bismillah-

editor's note:
jom lapangkan masa, bacalah perkongsian dan pesanan dari sahabat akhawat sebelum bercuti panjaang :)
bacalah sebelum hari pertama cuti kalian bermula, sebelum apa2 langkah ke luar rumah dijejak.
bacalah sebelum terlambat. moga diberi kesempatan dan keberkatan dalam setiap tindakan.

tika celik mengimpikan Syurga, maka tidur juga biar bermimpikan Syurga!
***

assalamualaikum..

alhamdulillah semua dah habes exam..

apapun keputusan percayalah itulah yang terbaik,

mungkin bukan hari ini rezeki kite,mungkin bukan waktunya sekarang..

Allah itu Maha Adil..

Allah bagi kepada yang betul-betul layak sekarang..

layak menerima ujian kejayaan dan kegagalan..


mungkin Allah tak bagi kite kejayaan sekarang sebab Allah nak tunjuk..
bila kita di bawah siapa yang menyokong kite,
bila kite jatuh sape yang tolong angkatkan,
bila tangan kite lemah sape yang tolong genggamkan,
bila kita gundah siapa yang menyenangkan..

dan mungkin juga kita tidak mampu menerima ujian kejayaan itu,
kerana Dia tahu Riak kita akan menjadi Tuhan,
kerana Dia juga Tahu Takbur kita akan menjadi Raja...
percayalah..Dia Maha Tahu..

jadi sempena cuti sem musim panas ini, sudah pasti ramai sahabat2 yang akan keluar melancong, berjaulah.. tak kurang jugak yang stay kat Irbid saja..

sahabat2 tahu tak ?

perkara yang kita kurang sedar betapa kita ini bertuah,, dikelilingi orang yang sentiasa akan bermsafir tatkala tiba musim cuti.. tahukah kalian apa peluang keemasan yang kita boleh dapat ?

hehe. bukan setakat ole-ole dari kawan2 kite,senior mahupun hadiah keychain dari Turkey, mahupun jubah dari Mekah..

tapi saya mahu menyeru kita semua sama-sama merebut peluang untuk meminta didoakan kepada sahabat2 atau teman2 yang kite kenali sepanjang kepemergian depa atau sepanjang permusafiran mereka..
kerana...
"..Doa orang musafir antara Doa yang mustajab.."

saya ade satu kisah benar. kisah bekas pelajar Muktah.

beliau tidak mempunyai sebarang sijil yang boleh melayakkan dia diterima ke Muktah. tetapi dia hanya mempunyai Ilmu yang dipelajarinya di pondok. kerana sistem pondok yang tidak menyediakan sebarang sijil yang boleh 'dipakai'... dia berazam walaupun dia kemungkinan tidak akan diterima oleh pihak universiiti. beliau sangat bertekad untuk memasuki Univ Muktah.

sepanjang perjalanan beliau ke bumi Jordan, dia tidak pernah berhenti berdoa dalam perjalanan. Beliau tidak tidur lena melainkan terlelap.

Berdoa dan terus berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
kerana dia yakin..."doa si musafir adalah doa yang mustajab.." ...
setelah menjalani ujian kemasukan, alhamdulillah. dia diterima masuk! sedangkan, beberapa sahabatnya yang lain yang memiliki 'sijil' tidak mendapat peluang tersebut. urusan kemasukan beliau berjalan lancar, dan alhamdulillah beliau sekarang telah pun lulus cemerlang dari Univ Muktah dengan satu tahun lebih awal daripada tarikh jangkaan pada awalnya...hebat kan ?

jadi, saya kira... lepas nie, kalau ada sahabat2 kite yang nak musafir, lebih-lebih lagi yang nak pi umrah... perkara pertama yang perlu kite mintak adalah doa...

mohonlah ape saja!
lulus exam, ade rezeki nak pi umrah macam depa jugak,
cepat kawen, jadi anak soleh/solehah, dapat grad dengan jayanya selama 5 / 6 tahun kat JUST, nak kumpul emas banyak2, nak jodoh yang soleh dan solehah... nak balek raye same2 tahun nie... dan banyak lagi kite boleh mintak sahabat2 kite doakan...

gunalah peluang ini, sahabat!

bukan hanya ole-ole, bukan buah-buahan, jaket kulit buatan turkey, bukan kicap malaysia (hehe), bukan sekadar budu(hihi)...

 tapi sertakan juga lah kiriman doa pada sahabat yang bermusafir :)

dan bagi yang tidak bermusafir...
manfaatkan cuti masing2... cuba kita muhasabah... cuba bayangkan... jika kita pulang ke malysia, apakah yang kite ingin bawakan untuk mak ayah kite?

cukupkah sekdar halawiyat ?
coklat Pak cik Zam Zam ? jubah balad? coklat Bon-bon dari Aqabah ?
kacang pestacio Mat3am Jmaiah...?
semestinya tidak... bukan itu sahaja.
jadi, manfaatkan cuti ini untuk perkara selain movie marathon dan aktiviti yang sewaktunya... dan saya kira time cutilah fatrah terbaik untuk memantapkan skill masakan syabab-akowat... dan tak kurang juga skill photoshop dan sewaktu dengannya... skill tajwid bagi yang masih berkesempatan ke markaz hafsah untuk marathon "tahsin Tajwid'...
ilmu apa nak ajar anak2 generasi baru nanti, wahai ibu, wahai ayah ??? sekadar ilmu histology, ilmu organic chemistry, anak lari!!!
nauzubillah. :)
jom pastikan masa yang tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum kebanyakkan kite pulang ke Malysia... membawa sesuatu yang baru pada diri kita... itulah yang lebih menyejukkan mata serta hati ibu dan ayah kite... perubahan dari segi ibadah dan kematangan sebagai anak... bukan niat menunjuk tetapi sebagai tiket kepercayan kepada ibu dan ayah kite bahawa dento ataupun medico students dari middle eat adalah berbeda sekali dengan yang lain !!
so manfaatkan cuti ini sebaik mungkin untuk cuba memenuhi 'lists' kite yang kite telah listkan semasa awal2 kite sampai dulu... kerana ape? kerana ini adalah cuti terakhir untuk kite grab sedikit sebanyak added values (x-factors / nilai tambah)  kat sini sebelum kite kembali disibukkan dengan urusan exam dan pelajaran musim panas yang 'warm'... hehe..

sempena permusafiran saya kali ini, akhir kata saya mohon maaf jika ada salah silap sepanjang menjadi sebahgian daripada yang bernaung di bawah "kubah' ini. saya manusia biasa. dan sahabat2 juga manusia biasa. sama-sama kita maafkan satu sama lain. dan smaa2 kita mendoakan satu sama lain. halalkan segala tunjuk ajar.
insyaAllah we are the dento/medico to-be for the sake of Allah!
ameen.
 "...YA Allah lapangkan dada kami seperti mana Engkau lapangkan, bukakanlah bagi kami pintu fahaman nabi2 serta hafalan para rasul..dan tunjukkilah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai..ameen ya Rabb!.."
***
i'm among one of you under this DOME.
let's make our DOME stronger for our UMMAH.
InsyaAllah : ) ameen ya Rabb..
- by 3A

Yang Dunia Dikejar, yang Akhirat Berciciran.

-bismillah-


cerita sempoi penuh makna untuk semua DOMErs yang baru tamat semester 2. moga cuti sementara ini sangat2 produktif , di sisi Allah !

Arakian, maka tersebutlah kisah si Mamat Songel yang duduk jauh di pelusuk antartika sana. Hidupnya sangat sempoi, siang hari makan, malam hari tido, tapi yang paling penting, Mamat Songel akan bukak fesbuk untuk chatting dengan Maimunah anak Pakcik Kasim yang tinggal di Hemisfera Selatan itu.


Keletang, keletung, keletang, keletung bunyik Mamat Songel sedang memasak di dapur. Sangat hairan hari itu Mamat Songel sangat rajin memasak di dapur yang bertahtakan kayu sahaja. Ya, Mamat Songel merupakan seorang yang dhoif, tapi beliau mempunyai sebijik laptop berjenanama Asis yang digunakan khas untuk mengorat Maimunah di fesbuk. 

Sanggup dia berkorban duit yang diberi setiap bulan oleh Pusat Zakat Antartika semata-mata untuk Maimunah. Tidak kisah hidupnya hanya makan tikus goreng tempura atau lipas masak masala sahaja, asalkan Maimunah dia peroleh. Hehh.

Hidup Mamat Songel walaupun kelihatan dhoif yang amat, namun dia sentiasa disinari cahaya laptop tatkala Maimunah appeared online di fesbuk, seronok bebenor Mamat Songel kalau lihat Maimunah online. Terasa oleh Mamat Songel bahawa hidupnya itu sudah terang benderang oleh ayat-ayat cintan cintun si Maimunah tu. Mamat Songel teruskan kehidupannya yang disinari kehidupan duniawi semata.

Maimunah is online~

Hari itu, Maimunah langsung tidak online fesbuk, mahupun mengupload gambar di instagram, Mamat Songel duduk tersondol di bahu sofa kayu buatan sendiri itu. Malam makin gelap, bulan makin terang, Mamat Songel berputus asa, lantas menutup laptopnya dan tidur berbalutkan selimut putih buatan bangladesh sambil menekup muka dengan bantal dan menangis tersesak-esak dek keranan rindukan Maimunah.

***

Pagi 20 September, sudah seminggu Mamat Songel tidak melihat Maimunah online di fesbuk, hatinya kini punah kerana terasa tidak lagi dihargai, lalu dia pun pergi memanjat gunung daik bercabang tiga, niat di hatinya untuk mengkholaskan hidupnya. Isk isk isk.. 


Dia menangis, Pak Mat Telo yang melihat telatah Mamat Songel itu dari jauh terus berlari sepenuh jiwa untuk mendapatkan Mamat Songel, mereka memulakan konversasi, Mamat Songel menceritakan segalanya. . .

"Begini. alkisah, berlakulah satu keadaan menimpa empunya diri. begini dan begitu. itulah yang terjadi" luah Mamat Songel dengan nada sedih bagai Samsudin dalam seniman bujang lapok.

Setelah mendengar luahannya, Pak Mat Telo yang selalu mengikuti tarbiyah itu lantas menasihati Mamat Songel,
manusia yang mencari keterangan hidup disebalik larangan Allah hanya akan menjumpai jalan gelap, biarpun kita rasa hidup kita ni sentiasa bersinar, tapi kalau cahaya yang menyinari itu bukannlah cahaya Allah, cahaya apalagi kalau bukan cahaya api neraka yang dibawa syaitonirojim itu. 

Hidup yang terasa cerah, perlu juga disuluh cahaya Ilah supaya terpandu kita ke jalanNya yang benar. Selepas termakan racun dunia, carilah penawar dari si DIA. Jangan sampai ajal nanti baru nak menyesal, ajal tu akan datang secara tiba-tiba, dan kehidupan itu hanya sekejap,
sambung Pak Mat Telo lagi. 


Tersentap Mamat Songel selepas dibacakan ayat 64 surah Al-Ankabut kepadanya:

   "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui


(Al-Ankabut ayat 64)

Mamat Songel terkaku diam, lantas dia menangis teresak2, kerana selama ini dia tidak pernah berada dia jalan yang benar, hidupnya hanya diberikan sepenuh jiwa untuk mengejar dunia (Maimunah), kini Maimunah tiada di sisi, yang ada hanya Illahi... 

Dia tersedar dari cahaya dunia yang meneranginya, kini, Cahaya Robbul Izzah mula menyinari hidupnya. =)

Mamat Songel is offline.


- by John Trovolda
untuk sahabat 
http://cahayasipemburu.blogspot.com/2012/05/nak-berjalan-kenalah-pakai-lampu-suluh.html

Wednesday, 16 May 2012

Jom Bina Jiwa Bahagia ^^

-bismillah-

Peaceful states of mind.


ALLAH itu Maha Hebat. ALLAH itu Maha Memahami.

Perjalanan hidup kita sehari-hari, pasti dilalui dengan bermacam-macam perkara yang menuntut komitmen kita untuk dilakukan. Segala kerja yang memerlukan komitmen itu adalah sebagai seorang hamba ALLAH, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat, seorang kawan mahupun seorang manusia.

Dalam melakukan segala pekerjaan itu ... 

Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun sudah kita mencuba dengan sedaya upaya. 
Selain tu, ada natijah yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang dijangkakan tidak berlaku. 

Dari situ, timbul sapaan dari hati sendiri dan mempersoalkan kebolehan serta pertolongan Allah.
Lalu, monolog dalam hati, 
“Apakah aku tidak layak untuk mendapat pandangan dari ALLAH ?”
“Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?!”
“Kenapa aku macam ni? Aku teruk sangatkah sehingga natijah semuanya seperti ini?!”

Jom Hiburkan Diri Dari Rasa Putus Asa !! 


Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain.


Dan kehidupan ini dicipta oleh Allah S.W.T untuk menguji siapa di antara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala ujian dari-NYA.

Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH S.W.T, satu perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. Allah tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja terhadap hamba-Nya. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan! 
Percayalah sahabat ^^ 

Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita di saat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan. 
  
Persoalannya, mengapa? 
Kerana ia sekadar menyapa. 
Ya, ujian datang sekadar menyapa.
Namun awas,jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda!

Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda. 
Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan Allah S.W.T.

Sahabat,
Fikirkan... Renungkan... Sematkan...

ALLAH yang mencipta kehidupan ini.
Allah jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jua lah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. 
Justeru, mengapa Allah memberi kegagalan? 
Kerana ALLAH lebih tahu. Jadi, serahkan saja semuanya pada ALLAH!

Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu, tanpa kita berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga Allah berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui!

Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa. 

Siapa yang tidak pernah hampir berputus asa? Saya sendiri pernah kecewa semasa ingin menduduki peperiksaan dahulu. Namun, selepas peristiwa itu, ALLAH hadirkan pula anugerah yang sangat-sangat tiada tandingannya. Alhamdulillah!

Saya merenung semasa berdiri. Lalu mengaitkan kebahagiaan yang muncul itu dengan ujian dari Allah. Terduduk melutut saya dibuatnya. Tiba-tiba sahaja lutut menjadi longlai. Sangat bergetar, mengakui kebesaran ALLAH. Subhanallah!
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [23:115]

Sifat berputus asa ini bukanlah sesuatu yang baik. 

Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan ALLAH S.W.T dan rahmatnya. Mungkin ada rajuk dihati. Jika anda perhatikan, sejurus menerima kegagalan, manusia akan cepat gopoh dan tidak menerima qada’ dan qadar yang ditentukan olehnya.

Malah di dalam kalamullah sendiri Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin itu. 
Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada dan qadar pasti percaya dan yakin dengan perancangan ALLAH S.W.T.

Percayalah, Allah S.W.T Tidak Pernah Zalim.....
Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNYA. Malah, ALLAH
Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu yang ditakdirkanNYA. Namun begitu,
begitu ramai manusia yang memilih untuk tidak ingin melihat himah
disebalik kegagalan. Jarang sekali kita sebagai manusia menghadapi
qada dan qadar Allah dengan menyerahkan segalanya kepadaNYA.
Sebaliknya, kita sandarkan ketentuan Allah itu dengan perasaan yang
kesal dan tidak redha.

Gagal beberapa kali tidak bermakna kegagalan itu adalah untuk
selama-lamanya. Yang menjadi persoalan utama selepas kegagalan itu
adalah bagaimana anda sebagai seorang hamba Allah berhadapan dan
mengendalikan perasaan berhadapan dengan situasi kegagalan tersebut.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” [29:2-3]

Sentiasalah positif. Bersangka baik dengan Allah.


Akhirul kalam, peringatan buat diri sendiri lebih-lebihnya.. 
Kegagalan itu, pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T selagi mana kita berusaha
dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah. 
ALLAH Tuhan kita, kita milik Allah. Maka, Allah lebih tahu akan keadaan selepas,
sebelum dan sedang kita lalui.

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?" 

Wallahu’alam.
Semoga Allah merahmati.
- by Fakhruddin Arrazi

Salam Imtihan, Sahabat!

-bismillah-

Salam Imtihan :) 


Dalam menempuh fatrah imtihan yang kini sedang dibelenggu sahabat sekalian, pasti semuanya sedang bertungkus lumus menelaah setiap mata pelajaran di saat akhir ini.Dan yang paling penting, pasti semuanya sedang menambah amalan ibadah dan doa untuk menjamin kejayaan yang ingin di kecapi.

Sesungguhnya tawakal itu sangat diperlukan oleh kita setelah berusaha sehabis baik,
"..maka setelah engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkalah kepada Allah."[3:159]
untuk ikhwah

Allah sendiri yang menyuruh kita bertawakal kerana Dia tahu kita itu lemah, 
walau hebat manapun seorang manusia itu dalam pelajaran, dia masih memerlukan sesuatu sebagai tempat bergantung, dan dalam kaedah aqidah sendiri, manusia apa pun hatta manusia yang tidak menganuti agama, apabila dia berada dalam fatrah ketakutan, pasti dia inginkan sesuatu untuk bergantung yakni Tuhan :)

Dan cara untuk memohon kepada Allah bukanlah hanya dengan doa semata,

"Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. "[2:45]
Solat semestinya perlu kita lakukan dan setelah itu sabar sangatlah diperlukan kerana pertolongan Allah itu mungkin tidak diberikan secara terus menerus dan mungkin dalam keadaan kita tidak perasan yakni dalam bentuk yang kita tidak sedar dan sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah ^^
cc: kisah Nabi Musa (search sendiri)

Namun, janganlah kita lalai, tawakkal kepada Allah itu bukanlah hanya di fatrah imtihan sahaja, akan tetapi tawakkal itu adalah suatu yang kita perlu lakukan berterusan.
"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon(pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali(taat) kepadaNya; akan tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa(akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan(manusia) dari jalanNya. Katakanlah, "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka." " [39:8]

untuk akhawat
Ingatan untuk semua,
selepas habis fatrah imtihan nanti, janganlah kita berhenti dalam beribadah kepada Allah.

Terus istiqamah dengan apa yang telah kita mulakan sekarang.
Movie, game,fesbuk atau apa-apa sekalipun yang ingin kita lakukan selepas selesai imtihan, lakukanlah ia sekadar untuk merehatkan minda, tapi janganlah sehingga lalai untuk beribadah kepada Allah, subuh hilang di masjid, al-quran hanya dipandang. 

Jadikanlah ibadah yang kita lakukan di saat imtihan ini sebagai satu titik permulaan untuk kita melangkah ke arah yang lebih baik, dan terus menerus mengejar Sorga Ilahi :D

InsyaAllah.

-by Dr Iz yang ohsem XD

[special] Wallpaper Kempen AID

-bismillah-

assalamualaikum sahabat.
sempena Kempen Allah Itu Dekat (A.I.D.) yang bermula minggu lepas, batch kita DOME telah rangkakan aktiviti susulan sepanjang kempen.


selepas bookmark (comel) yang diedarkan semasa kempen, sekarang edaran mutaba'ah amal dalam bentuk desktop wallpaper pula.

insyaAllah bukan dengan niat jimat kertas~~, tapi sebagai peringatan seharian untuk diri dan sahabat sekeliling setiap kali nampak skrin lappy / desktop / any gadgets yg korang ada.
sebarkan pada rakan2 lain, seniors juniors...

donwload jom!
moga pahala mengalir dengan saling mengingati dan mengamalkan!

moga Allah berkati!
[kindly click HERE to download ^^v ]

Sunday, 13 May 2012

ingatan sebelum habis final exam ~

-bismillah-
assalamualaikum.
sedikit perkongsian menghadapi exam,, 

moga dapat menanam kembali semangat dan menajamkan matlamat asal yang kita bina sebelum ini.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabda:

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

eh? >< nauzubillah.


kesimpulannya ?

wajib bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu dan beribadah.
so, jom jadi ikhlas sebelum terlambat.

*** jangan lupa Islam adil, tak syadid ***


tapi, bagaimana mahu menanam ikhlas ? 
bukankah susah ? 
tipulah kalau tak letak harapan nak markah tinggi, monolog separa sedar.

:)

Allah sayang semua hamba-Nya.
Allah suka kita berdoa kepada Allah. Jangan lupa fakta ni.
Jom doa :
"ya Allah, rezekikan kepada aku ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan.
"ya Allah, ajarkan aku bagaimana untuk ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan."
manusia makhluk, mana mungkin mampu menjadi Khaliq (pencipta).
see, ask sincerity from Allah! and He'll show us the way :)
insyaAllah.
"ya Allah, peliharalah aku daripada perkara yang merosakkan ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan."
 amiin 3x.
doakan juga untuk semua sahabat!

***


moga Allah lindungi kita. moga Allah berkati.
- by Farhana Khalid


Friday, 11 May 2012

AID Campaign

-bismillah-
assalamualaikum sahabat2~!

Program sulung batch DOME Jordan '11!
Tarikh: 11 Mei 2012
Tempat: PUSTEL

Tentatif:

7.15 pm : ketibaan sahabat2 (akhawat) ke PUSTEL
7.30 : solat maghrib & solat hajat (akhawat)

7.30 : solat maghrib di Masjid Abdullah Taal (syabab)
7.50 : ketibaan sahabat2 (syabab) ke PUSTEL
8.05 : solat hajat (syabab)
8.15 : slot motivasi
8.25 : agenda
1- memperkenalkan organisasi DOME dan penerangan ringkas oleh Tuan Presiden DOME Jordan '11
2- pelancaran kempen A.I.D.

8.58 : (azan isyak) bersurai

Goodies :) 
1) penanda buku
2) minuman

may Allah bless.

Thursday, 10 May 2012

Perhubungan Kita


-bismillah-

Kadang kita gusar, apakah makna pada ais yang mencair ?
Ais Dipecahkan, Tembok Terpelihara


Batuan ais itu,
Pecahkanlah,
Pastinya aku,
Datang membantu,
Cuma,
Aku lebih rela,
Membiarkan bantuan itu,
Cair sendiri
Dipanah mentari.

Tembok kukuh itu,

Andai ingin dihampiri,
Strategi terancang,
Perlu disusun,
Jika sekali langkah tersasar,
Tunggu sahaja,
Panahan berapi,
Terbang menghinggapi.

Usah bermimpi,
Meroboh tembok,
Kerana,
Asasnya kuat,
Berpaksikan aqidah,
Tunjang keimanan,
Pengikat hati,
Pada Rabbul Izzati.

Cantaskan segera,
Andai terbit di minda,
Telah berjaya meroboh,
Kerana,
Mana mungkin bisa,
Selagi hati,
Erat berpaut,
Pada akar,
Cinta Illahi.

Lingkarkan ukhuwwah dengan pagar syariatullah,
Agar kelak menggapai mardhatillah yang diimpi.



- by Dr. Gentle
12.19pm
10 Mei 2012 - 18 Jamadil Akhir 1433
from the author for visual learners out there ^^

***
buat sahabat DOMErs, marilah kita sama-sama paksikan persahabatan dan perhubungan sesama kita pada syariat Allah. Islam itu indah, meraikan fitrah, mencerca serakah.


moga Allah perlihara.

Jangan Berputus Asa Terhadap Rahmat Allah !

-bismillah-


Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing.
Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia.
Sehinggalah cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.
Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud:
"Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati,
dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT,
juga menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya,
tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat,
ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi.
Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari
suruhan-Nya.

Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga,
Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.

Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Sweet kan pencipta kita ? ^^

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)

Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan.
Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan!
Jom banyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: 
"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".

MasyaAllah !

Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan
bayinya yang masih kecil. =)

Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. 
Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: 
Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28).

Wallahu a'lam.
-by  Fakhruddin Arrazi

Wednesday, 9 May 2012

Jom Taa'ruf Blog ^^

-bismillah-

alhamdulillah. blog DOME akhirnya berjaya dibuka kepada umum :)

sepanjang bulan ini, penting untuk semua antara kita kenal dengan blog ini.

click utk BESAR ^^
moga harapan kalian dalam spreadsheet haritu tercapai ! amiin3.

Majulah DOME di sisi Allah!

Wednesday, 2 May 2012