Tuesday, 3 March 2015

ITHAR

ITHAR by: SPREAD ISLAM



Assalamualaikum





Serendah-rendah ukhuwah, ialah berlapang dada dengan saudara yang lain,
Setinggi-tinggi ukhuwah ialah "itsar" terhadap saudaranya yang lain.

Apa itu itsar?

Melebihkan saudaranya, melebihi dari dirinya sendiri


Dalam peperangan Yarmouk, tentera Islam menentang tentera Rom, salah satu kuasa ketenteraan terbesar pada ketika itu. Tentera islam memerangi dan mencantas musuh-musuh Allah penuh perkasa. Allah telah membantu hamba-hambaNya yang berjuang menegakkan kalimah tuhannya dengan memberikan mereka kemenangan yang tidak disangka-sangka.


Setelah peperangan tamat, tentera Islam mengumpul askar-askar yang tercedera semasa perang. Ketika itulah, satu kisah menyayat hati terjadi. Sebuah kisah ITSAR.


Dalam kalangan syuhada Islam yang terbaring, tiga orang sahabat berada dalam keadaan tenat dan kehausan. Bayangkan lah kehausan yang dialami seorang tentera yang perkasa dalam medannya. Sesungguhnya, air sejuk yang nyaman sahajalah yang berligar didalam kepalanya. Sedangkan kita, didalam cuaca dibawah satu selsius juga boleh men-trigger thirst centre pada brainstem, apatah lagi seorang tentera perkasa, yang merempuh barisan pertahanan musuh.


Seorang al-Harith bin Hisyam, askar perkasa yang disaluti keyakinan. Yang kedua Ayyas bin Abi Rabi'ah, seprang lelaki yang cintakan kematian dijalan Tuhannya. Dan yang ketiga Ikrimah anak kepada Abu Jahal, seorang bangsawan penuh kekayaan namun kecintaannya kepada dakwah, menjadikan dia sanggup membelakangi semua kesedapan duniawi. TIGA sahabat ini, terbaring diantara tentera tentera yang tercedera. Nyawa dihujung tanduk, kematian bakal menjemput mereka ke alam barzakh.


Tika inilah al-Harith didatangi pembawa air sedangkan minum adalah perkara yang paling diperlukan oleh beliau. Tiba-tiba, dia terlihat Ikrimah dalam keadaan yang parah, tenat dan kehausan. Lalu al-Harith meminta agar pembawa air memberikan air kepada Ikrimah. Tatkala Ikrimah meletakkan hujung bibir nya untuk menghirup air nyaman itu, matanya terlihat Ayyash menatapnya dengan pandangan dahaga. Matanya penuh pengharapan agar air itu mengalir didalam tengkuknya. Lalu Ikrimah meminta sang pembawa air memeberikan air tersebut kepada Ayyash. Tika mana air tersebut sampai kepada Ayyash, beliau telah syahid dijemput ilahi ke sorgaNya. Maka pembawa air tersebut bergegas menuju dua sahabat sebelumnya...... Namun, al-Harith dan Ikrimah juga telah syahid.


Dalam riwayat lain mengatakan : sbenarnya Ikrimah benar-benar ingin minum air tersebut, ketika mana air hampir-hampir membasahi tekaknya dia melihat kearah Suhail dan mereka saling berpandangan. Maka Ikrimah berkata : berilah air ini kepada Suhail, mungkin dia lebih merlukannya. Suhail melemparkan pandangannya kepada Harith. Begitu Harith membalas pandangan Suhail. Lalu Suhail berkata : berilah air minum ini kepada siapa sahaja sahabat aku. Barangkali mereka lebih memerlukannya daripada aku.


Ternyata ukhuwwah yang terjalin atas dasar لا-اله-الا-الله ini sangat teguh san saling mencintai. Begitu kisah menyentuh kalbu, hasil tuai ukhuwwah yang mendalam. Semoga kita juga begitu.



                                


No comments:

Post a Comment