Thursday 7 November 2013

ORGANISASI DOME SESI 2013/2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada tanggal 2 Oktober 2013, keputusan pilihan raya DOME 2.0 telah diumumkan secara rasmi oleh mantan Presiden DOME, Arif Solihin sewaktu berlansungnya Grand Dinner DOME di Mujammak Nuqabat, Irbid, Jordan . Pengumuman keputusan pada kali ini menyaksikan pengenalan muka muka baru dalam saf kepimpinan organisasi DOME sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih serta ahli DOME yang turut memberi kerjasama menjayakan pilihan raya pada kali ini . Dengan perlantikan yang telah diamanahkan ini, semoga barisan kepimpinan baru bersedia dan lebih bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.

Jawatan Presiden DOME pada sesi 2013/2014 telah berjaya disandang oleh saudara Miswar bin Abdul Halim. Berikut merupakan sepatah dua kata dan pengenalan daripada beliau.

" Kami percaya bahawa setiap warga DOME mempunyai hasrat, impian dan cita-cita yang terpendam dalam sanubari, yang kian lama makin kabur dalam kabus-kabus pencarian identiti sendiri. Maka marilah bersama kami, sampaikanlah impian, hasrat dan cita-cita anda agar tiada lagi alasan yang mampu menguburkan itu semua selagi mana ikatan hati-hati kita semua ditaut dengan kepercayaan dan keimanan padaNYA. "Ayuh!" Genggam tangan anda, hulurkan kehadapan, dongak penuh harapan. Dan sama-sama kita kemudi DOME ini agar terus maju kehadapan. "

-Miswar bin Abdul Halim-
Presiden DOME 2013/2014


CARTA ORGANISASI DOME




-AHLI MAJLIS TERTINGGI DOME 2013/2014-



-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF DOME 2013/2014-


1. BIRO ROHANI DAN AKTIVITI



2. BIRO INTERLINK



3. BIRO KEBAJIKAN KESELAMATAN DAN EKONOMI




4. BIRO MULTIMEDIA




-DOCTORS OF MIDDLE EAST-

3 comments:

  1. Tahniah dan selamat mengemudi batch kita :-) moga sentiasa dlm petunjuk Allah

    ReplyDelete
  2. Cantik dan kacak semuanya. Lagi manis kalau kita semua diiringi doa sahabat2 :)

    ReplyDelete