Friday 15 March 2013

Butterfly Effect dan Ni Hao

Tanggal 1 Mac 2013, program ‘ Merakyatkan Budaya Sivil’ buat pertama kalinya dijalankan hasil rencana idea mantap Biro Rohani dan Tarbiah Doctors of Middle East ( DOME ) batch 2011 yang diketuai saudara Aminul Faezi dan didokong penuh Presiden DOME sesi 2013/2014 saudara Ariff Solihin bin Khairul Anuar. Pelaksanaan ini di bantu oleh angkatan Biro Ukhwah yang diketuai saudara Amirul Ashraf Hakim.



Program yang dijalankan secara bulanan ini meliputi aktiviti mengutip sampah di kawasan sekitar seperti kawasan syari3 jami3ah, duwaar zamzam, depan jami3ah yarmouk di samping merapatkan jalinan hubungan peserta dengan masyarakat setempat.


Menariknya, pembahagian pelaksanaan tugas adalah berasaskan sistem rumah yang baru diperkenalkan oleh pimpinan sesi ini. Sistem rumah yang terdiri daripada empat rumah menggalakkan semangat partisipasi dalam semua aktiviti yang dirancang.


Bagi bulan ini, rumah merah ( Ironman al-Hambra ) diundi menjadi rumah pertama untuk memulakan aktiviti kerakyatan ini. 

Ironman al-Hambra

Dalam kedinginan subuh di pagi Jumaat yang barakah, syabab dan akhowat Ironman al-Hambra mula berkumpul di rumah saudara Mohamad Nahar ( syabab ) dan saudari Wan Ajeera (akhowat ) untuk sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti.


Tepat 7.15 a.m. syabab dan akhowat bersemangat memulakan program dengan syabab membersihkan kawasan dari hadapan jami3ah yarmouk  ke duwwar jami3ah manakala akhowat dari kawasan menghala ke mujamma’ naqabat dalam durasi selama sejam.

Semangatnye syabab2 DOME

Amboi, akhowat pun taknak kalah nampaknye



Walau sebelum ini, seringkali sinis pandangan masyarakat Jordan pada kami, namun kali ini ramai begitu kagum dengan pelajar Malaysia. Ucapan mesra sudah mengganti ni hao. Ramai yang memberhentikan kereta untuk mengucap terima kasih. Hati peserta berbunga.


 ‘’Ubahlah mentaliti diri sebelum merubah orang lain. ‘’


Seorang mak cik Arab berhenti menyapa peserta dan menghulurkan 50 JD. Walau pada mulanya ditolak, dia berharap supaya sumbangannya diterima di samping mendoakan kesihatan beliau yang tidak stabil. Sama-samalah kita doakan kebaikan untuk beliau.


Setiap hari, alam berbicara dengan kita, mengadu akan tenatnya dia menanggung timbunan sampah merata berdampingan haiwan perosak yang menyakitkan. Penyakit yang bertebaran mutakhir ini bukankah klu pada perbuatan kita sendiri. Rakuskan kita?


Gotong-royong tamat dan semua menikmati sarapan di rumah Wan Ajeera. Lebih kurang 15 plastik sampah berjaya dipungut dan program diakhiri dengan ucapan ringkas daripada saudara Ashraf Hakim dan Aminul Faezi.

Resolusi daripada pelaksanaan pertama pogram ini ialah lebih banyak plastik sampah akan disediakan dan promosi penglibatan akan diperhebatkan untuk sesi pembudayaan sivil yang seterusnya.


Usaha yang tampak kecil, ternyata memberikan impak diluar jangkaan. Pernah dengar "Kesan Rama-Rama" atau Butterfly Effect? Ia ada satu ungkapan tentang kejadian-kejadian kecil yang tidak diketahui orang tetapi mampu memberikan kesan yang besar kepada orang lain atau tempat lain. 


Apalah sangat kibasan sayap rama-rama bagi kita? Kecil bukan? Tetapi bagi saintis tersebut, frasa itu merujuk kepada idea yang sayap rama-rama mungkin menghasilkan perubahan yang amat kecil dalam atmosfera bumi yang mungkin akhirnya mengubah arah tornado atau melambatkan, melajukan atau langsung menghalang kejadian tornado di beberapa lokasi. Kibasan sayap mewakili perubahan kecil keadaan asal dalam sistem, yang menyebabkan rantaian peristiwa yang menjadi punca kepada perubahan peristiwa-peristiwa pada skala besar.


Apa pula kaitannya dengan gotong royong ini ?

Gambar pelajar Malaysia mengutip sampah telah menjadi bualan hangat media massa yang memberikan liputan berkenaan program ini.

Gambar yang menjadi viral di kebanyakan page Jordan


Selain itu, stesen radio Amen FM menginterview wakil DOME saudara Miswar Abdul Halim dan Fauzan bin Nizar.

Mereka bertanya, bagaimana boleh tertimbulnya idea ini ?

'' Jawapannya mudah, kerana kami adalah anggota masyarakat di sini,
dan sememangnya kebersihan itu adalah tanggungjawab kita bersama. ''

 

Sesungguhnya hidayah milik Allah. Siapa sangka usaha sekecil ini impaknya sangat besar.

Firman allah s.w.t.


Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz) ‘’
(Surah Yunus 10: Ayat 61)

 

Tulang belakang program '' Merkayatkan Budaya Sivil''


Kalam Ashraf Hakim ( Ketua Biro Ukhwah 2013/2014 )

 ‘’ Laksanakanlah hak diri, mereka, serta alam sekitar sekeliling kita ‘’
  

Majulah Budaya Sivil Untuk DOMErs

 

1 comment: