Wednesday, 25 December 2013

Amal Ahmed ALbaz

" I am a spoken word poet. I write. I speak and I express . " - Amal Albaz




Meet Amal Ahmed Albaz, Muslim Egyptian-Canadian young poet who believes that she must use her passion for speaking and change to achieve her purpose of making the world a better place. Striving to make a difference in the world, she uses her words as a weapon to ignite changes, and her words are loud enough to be heard by all. Listening to her poem inspired many people to make some effort by joining her prepare a world a better place and now I am learning on how to use my own passion to serve the life purpose as Amal Abaz is currently doing. Live, Love, Peace.


Spoken word poetry :
Tick, tock, tick, tock.
Is all I hear comin’ out of my clock,
Tick, tock, tick, tock.
Sharper than a bell, and louder than a knock,
Tick, tock, tick tock.
And it keeps ticking.
It keeps ticking, and tocking,
As we’re currently talking,
And never stops.
I observed oh how it was so concise,
Never skipping a second, it was so precise.
It was like a song like a heart, never going offbeat.
Each tick on the dot, so discrete.
It was this timeless time-telling machine,
That struck me – on the day I turned 16.
I mean, I was still young – at least so they’d say,
But I think I saw the wrinkles trying to make their way.
And so I started to think.
What have I done in the past 16 years alive?
Did I take risks for change, or was I trapped inside my hive?
Did I neglect peace, or for it, did I strive?
And I realized, I did nothing.
16 years of absolutely nothing.
But chilling with my friends, and shopping at the mall.
Time being wasted checking my Facebook wall.
Texting my friends all day and night,
Although they just left my sight.
All the Friday nights that were spent on the phone,
Thought time would last, but it has surely flown.
And then . . . suddenly, a storm of guilt flooded my past,
Afraid that I don’t know how long I have to last.
I mean, we all know that there’s no age for death,
Our first might actually be our last breath.
Then I remembered a saying that the prophet once said,
A saying since I heard, was fixed in my head.
That we’re supposed to take advantage of five, before five.

Our body, and health, before we fall sick,
Our youth before we start walking on a stick.
Our wealth and money before we become broke,
And our free time, before we have no time to even joke.
But most importantly, our life before our death.
So if I have four, or five out of the five, what’s my excuse?
We can’t keep saying one day I’ll make a difference, when I’m like 29,
Right now I’m still young I’ve got tons of time,
‘cause life is like a drop of water in the sea,
It’s like zero compared to infinity,
And who said we even have the guarantee . . .
To live tomorrow?
Time is not just flying, it’s fleeing like crazy,
And here we are so careless, effortless; so lazy.
So let’s make use of it, before it runs out,
‘cause making the world a better place is what our existence is all about.
We are the youth, the leaders of our nation,
So we gotta’ start taking action from now to assure a good destination.
We start and end revolutions as we’ve all seen,
Together united, we’re stronger than Spider Man, and Wolverine.
We’re something else man . . . we’re the youth.
So I make a call to all those like me,
Who want to make a change, but can’t quite find the key.
Who plan so much for tomorrow, and forget they have today,
But problem is . . . if we stick to this mentality, our youth will actually decay.
‘cause the measure of youth is not by how old you are,
Or how fast you can drive a car,
But it’s all in here; in your heart, and how much you can do,
How much you can give, how much you can see through.
So just by being young, you don’t redeem the status of a youth,
It’s given to those who truly deserve it;
And that’s the truth.


- DOME -

Thursday, 7 November 2013

ORGANISASI DOME SESI 2013/2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada tanggal 2 Oktober 2013, keputusan pilihan raya DOME 2.0 telah diumumkan secara rasmi oleh mantan Presiden DOME, Arif Solihin sewaktu berlansungnya Grand Dinner DOME di Mujammak Nuqabat, Irbid, Jordan . Pengumuman keputusan pada kali ini menyaksikan pengenalan muka muka baru dalam saf kepimpinan organisasi DOME sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih serta ahli DOME yang turut memberi kerjasama menjayakan pilihan raya pada kali ini . Dengan perlantikan yang telah diamanahkan ini, semoga barisan kepimpinan baru bersedia dan lebih bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.

Jawatan Presiden DOME pada sesi 2013/2014 telah berjaya disandang oleh saudara Miswar bin Abdul Halim. Berikut merupakan sepatah dua kata dan pengenalan daripada beliau.

" Kami percaya bahawa setiap warga DOME mempunyai hasrat, impian dan cita-cita yang terpendam dalam sanubari, yang kian lama makin kabur dalam kabus-kabus pencarian identiti sendiri. Maka marilah bersama kami, sampaikanlah impian, hasrat dan cita-cita anda agar tiada lagi alasan yang mampu menguburkan itu semua selagi mana ikatan hati-hati kita semua ditaut dengan kepercayaan dan keimanan padaNYA. "Ayuh!" Genggam tangan anda, hulurkan kehadapan, dongak penuh harapan. Dan sama-sama kita kemudi DOME ini agar terus maju kehadapan. "

-Miswar bin Abdul Halim-
Presiden DOME 2013/2014


CARTA ORGANISASI DOME




-AHLI MAJLIS TERTINGGI DOME 2013/2014-



-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF DOME 2013/2014-


1. BIRO ROHANI DAN AKTIVITI



2. BIRO INTERLINK



3. BIRO KEBAJIKAN KESELAMATAN DAN EKONOMI




4. BIRO MULTIMEDIA




-DOCTORS OF MIDDLE EAST-

Sunday, 24 March 2013

Bakery Contest Interhouse DOME.

Pada 20 Mac baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan memasak inter-house DOME. Pertandingan yang diberi nama Bakery Contest ini telah diadakan di PUSTEL tepat jam 7.30 malam. Alhamdulillah pertandingan yang julung-julung kalinya dilaksanakan ini mendapat sambutan yang sangat meriah dengan penyertaan daripada semua rumah dan penonton-penonton yang turut hadir memberikan sokongan.  



Umum sedia maklum bahawa ahli-ahli DOME telah dibahagikan kepada empat rumah sukan yang terdiri daripada Ironman Al-Hambra ( Rumah Merah), Wisdom Wolverine ( Rumah Kuning), Hulk The Haq ( Rumah Hijau), dan Sonic Heroes (Rumah Biru). Setiap rumah telah menghantar wakil syabab dan akhawat dengan hidangan-hidangan untuk 3 kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 24 hidangan lazat yang terdiri daripada kuih tradisional, pencuci mulut, dan bebas telah dipersembahkan oleh para peserta untuk dinilai oleh para juri. 

Ironman Al-Hambra.

Hulk The Haq.
Sonic Heroes.

Wisdom Wolverine.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada 3 orang juri professional yang sudi meluangkan masa untuk mengadili pertandingan ini. Para juri yang terdiri daripada Saudari Nur Eida binti Sazali, Saudari Farah Nadhirah binti Majid dan Saudara Azri Hafifi masing-masing berpengalaman dalam bidang masakan dan mempunyai kemahiran dan bakat yang tersendiri. 

Dari kiri Kak Eida Sazali, Kak Farah Nadhirah Majid dan Saudara Azri

Jutaan terima kasih diucapkan atas usaha dan penat lelah penganjur program iaitu Biro Aktiviti dan Ukhuwwah. Tidak lupa juga seinfiniti penghargaan buat semua yang sudi menyertai pertandingan ini dan buat semua yang memberikan sokongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.


Biro Ukhuwwah bersama para juri. 

Dalam kesimpulan yang dibuat, para juri menyifatkan pertandingan sebegini sebagai satu inisiatif yang baik dan bagus dalam usaha untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli batch dan dalam menyeimbangkan antara akademik dan aktiviti sosial. Harapan mereka supaya usaha sebegini turut disumbangkan kepada komuniti lainnya. Pujian turut diberikan kepada para peserta yang berjaya menghidangkan juadah yang unik, kreatif serta menyelerakan. Antara hidangan yang mendapat pujian ialah British Scone. Pujian turut diberikan kepada wakil rumah biru yang berjaya menambat hati juri dalam persembahan hidangan, disifatkan oleh Saudara Azri sebagai ' perfect '. 



Snow Fluffy Pavlova.

Ayam Panggang Rosemary.

Rainbow Cake.

Patongko.

Carbonara.

Tok Aji Serban.

Strawberry Cheesecake.

Berikut merupakan keputusan penuh yang diumumkan oleh  Biro Ukhuwwah, Aqilah Razak.

Keputusan rasmi DOME's Bakery Contest. 

Tahniah buat para pemenang. Semoga banyak lagi aktiviti dan pertandingan seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan. Till then!

Friday, 15 March 2013

Organisasi DOME 13/14.

Bermulanya semester kedua tempoh hari telah menyaksikan pelantikan kepimpinan baru bagi sesi 2013/2014 DOME. Menerusi pilihan raya alam maya yang julung kalinya diadakan saf kepimpinan baharu ini telah berjaya dibentuk dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan kepercayaan ahli-ahli DOME.

Beberapa biro baharu juga turut diwujudkan disamping pengubah suaian yang dilakukan terhadap biro-biro terdahulu. Antara biro yang baru diwujudkan ialah Biro Intelek dan Linguistik yang memainkan peranan dalam memantapkan penggunaan bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab disamping mengadakan pelbagai aktiviti intelektual bagi meningkatkan pengetahuan ahli-ahli DOME.

Berikut merupakan kalam pimpinan yang dikongsi oleh pemimpin-pemimpin DOME. 


Ahli Majlis Tertinggi DOME 13/14

Presiden / Ketua TMD 
Ariff Solihin Khairul Anuar
" Perjalanan yang jauh ini memerlukan kesatuan yang utuh antara kita. Semoga jalinan ini kekal walau apa pun berlaku. Mari menuju misi grad bersama."

Naib Presiden  / Ketua TFD
Abdullah Wafi Bizami  
" Stay with the flow."

Ketua Helwi / Ketua TFD (P)
Siti Zafirah Muhammed
“Jagalah Allah, nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Kenalilah Allah dalam keadaan lapang, nescaya Dia akan mengenalimu dalam keadaan susah. Ketahuilah, sesungguhnya apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan menimpamu, dan apa yang ditetapkan menimpamu tidak akan luput darimu. Ketahuilah, pertolongan itu bersama kesabaran, kelapangan itu bersama kesusahan, dan bersama kesulitan itu ada kemudahan.”

Timbalan Ketua Helwi / Ketua TMD (P)
Fatin Syahirah Shaari
" It doesn't matter how slow you go, as long as you don't stop."



Timbalan Ketua TFD (L)
Ikmal Hakim Khairuzaman
" Tawakal sambil berusaha sempurna :)."

Timbalan Ketua TFD (P)
Tengku Ainul Ashikin Tengku Aziz
" Those who struggle in ALLAH's way, the doors of ALLAH will open in their way." 

Setiausaha TFD
Amar Afbiat Amirudin
" Reputation comes from the company you keep."

Nadhratul Muneera Mohd Paudzi
" Refleksi diri, pastikan diri buat apa yg diperkatakan. [as-saff 2]"

Bendahari TFD
Muhammad Faizzul Iman Zalzilah Rashidi
" Makin tua, makin berisi."

Fatin Izzatti Amalina Abd. Aziz
" Matahari itu tidak akan sesekali malap sehingga tiba hari kiamat. "



Timbalan Ketua TMD (L)
Muhd Ikram Adha bin Haris
" Ukhuwah yang kuat datang daripada persahabatan yang ikhlas. Ikhlaskan diri kita bersama-sama menuju keredhaanNya, dan kejayaan dunia dan akhirat, InsyaAllah.. "

Timbalan Ketua TMD (P)
Nor Arifah Japar
 " Nilaian hidup adalah pada apa yang kita beri, bukan apa yang kita terima. Maka, sekiranya kita impikan kejayaan, tunjukkanlah kesungguhan. Jika kita inginkan kasih sayang, maka berilah rasa kasih dan sayang. Jika kita inginkan penghormaatan, maka berilah rasa hormat. Maka apatah lagi sekiranya kita inginkan syurga tuhan, maka beri dan tundukkan lah hati dengan syariat bertuhan, maka jiwa akan tenang. ' Allah akan balas dengan apa yang kita perlu, bukan apa yg kita mahu.' "


Setiausaha TMD  
Muhamad Yusri Idris 
" And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided. (2:186)"

Alaa' Zain al-Aabideen
" Two ways of spreading light, to be the candle or the mirror that reflects it."

Bendahari TMD
Ahmad Alif Azfar Mustafa Kamal
" There is no end to education. It is not that you read a book, pass an examination, and finish with education. The whole of life, from the moment you are born to the moment you die, is a process of learning."

Fayyadhah Aqidah Jamalludin
" Only Allah, can turn a mess into a message, a test into a testimony, a trial into a triumph, a victim into a victory... so, put your trust in Allah."


Ahli Majlis Eksekutif DOME 13/14



Biro Akademik dan Kendiri
Muhammad Akmal Karim
" Keluar dari zon selesa utk jadi luar biasa."

Mohamad Nahar Rebin 
" Tulis nama atas batu, batu berusia berabad lama, ayuh sahabat kembali bersatu, agar dapat berjaya bersama."

Siti Hafizah Hamdan
 " Keep praying for what it is you seek impossibility and possibility is just a concept of your mind . To Allah NOTHING IS IMPOSSIBLE. "

Wan Alia Amalina Wan Roselan
" Hidup biarlah bermatlamatkan redha Allah."



Biro Kerohanian dan Tarbiah
Mohd Aminul Faezi A. Jalali
" Islam dizahirkan dengan akhlak."

Abdul Fattah Razali
" We are present, not past or future."

Athirah Amra
" Always have faith in Allah. Kenapa? ' Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)' (2:214). Bukti? ' Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya' (50:16)."

Umme Shaima Ayub
" New semester, new beginning and a thousand miles start with a single step. To be a doctor is easy but to be a doctor who obeys his Creator needs a whole lot more. "


Biro Multimedia dan Publisiti
Muhd. Nurdin Md. Salleh
" Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah ambil medicine, biar jadi specialist terus."

Harith Hanif Hamdan
" Kembang mekar di taman
Hiasan sanggul nak dara sunti
Salam ukhwah ana ucapkan
Buat DOMERS di ruangan ini

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi taman
Selamat membaca ana ucapkan
Hamba sekadar beri pandangan

Dayung perahu tuju haluan
Bawa bersama nasi bekalan
Salah dan silap harap maafkan
Jari sepuluh hamba hulurkan." 

Husna Sofea
" Keep calm and graduate 2017."

Ezza Md. Shah
" Prinsip hidup ialah sebab matahari itu tidak akan malap, sehinggalah hari kiamat. Mohon tunjuk ajar. "


Biro Intelek dan Linguistik
Nursyahirah Suhada 
" All is well, Allah kan ada?" 

Nur Asmaa' Zulkefli 
" ثق بنفسك وستعرف بعدها كيف تعيش ~<3 "

Nur Thaiyibah Hamdan
" Kata kunci bagi kejayaan ialah optimis." 

Siti Amnah Deraman
" Ikhlas itu bermula dgn alif. Dan alif itu yg pertama."

Muhd Farhan Nadzam
" Do not let your difficulties fill you with anxiety; after all, it is only in the darkest nights that the stars shine more brilliantly.” -Ali Ibn Abi Taalib (R.A) ”

Muazan Zularif Mustaffa Meliki
" DA'WA OR DESTRUCTION."

Amirul Izwan Mansor
" Dare to Dream."


Biro Keselamatan dan Kebajikan
Muhammad Firdaus Mohd. Omar
" Try not to become a man of success but a man of value."

Muhammad Taufiq Md Janor
" People with effort make success, people with heart make miracles."

Norsyazwani Chamhuri 
" In life, there will be a time when man will learn, what he loves- he must let go. What he hates- he must accept. Namun jangan pernah berhenti berjalan."

Yuhana Nazmi Mohd. Yazam
" Dengar kata second year is horror, lets fight like an Ultraman Taro, so we can turn from zero to a SuperHero."


Biro Aktiviti dan Ukhuwwah
Amirul Ashraf Hakim  Abdul Hakim Amir
" Mari le kita berukhuwah."

Aiman Abdul Razak
" Muafakat mmbawa berkat."

Aqilah Abdul Razak
" Having a vision is important but paving the way to it is what will get u there."

Alia Amirah Mohd. Zuhaili
" The truth is, once you learn how to die, you actually learn how to live."

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga kepimpinan baru ini dapat memajukan lagi DOME dengan kerjasama semua ahli. Nantikan program-program serta aktiviti-aktiviti menarik daripada setiap biro. Till then, have a nice day people. 

Butterfly Effect dan Ni Hao

Tanggal 1 Mac 2013, program ‘ Merakyatkan Budaya Sivil’ buat pertama kalinya dijalankan hasil rencana idea mantap Biro Rohani dan Tarbiah Doctors of Middle East ( DOME ) batch 2011 yang diketuai saudara Aminul Faezi dan didokong penuh Presiden DOME sesi 2013/2014 saudara Ariff Solihin bin Khairul Anuar. Pelaksanaan ini di bantu oleh angkatan Biro Ukhwah yang diketuai saudara Amirul Ashraf Hakim.



Program yang dijalankan secara bulanan ini meliputi aktiviti mengutip sampah di kawasan sekitar seperti kawasan syari3 jami3ah, duwaar zamzam, depan jami3ah yarmouk di samping merapatkan jalinan hubungan peserta dengan masyarakat setempat.


Menariknya, pembahagian pelaksanaan tugas adalah berasaskan sistem rumah yang baru diperkenalkan oleh pimpinan sesi ini. Sistem rumah yang terdiri daripada empat rumah menggalakkan semangat partisipasi dalam semua aktiviti yang dirancang.


Bagi bulan ini, rumah merah ( Ironman al-Hambra ) diundi menjadi rumah pertama untuk memulakan aktiviti kerakyatan ini. 

Ironman al-Hambra

Dalam kedinginan subuh di pagi Jumaat yang barakah, syabab dan akhowat Ironman al-Hambra mula berkumpul di rumah saudara Mohamad Nahar ( syabab ) dan saudari Wan Ajeera (akhowat ) untuk sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti.


Tepat 7.15 a.m. syabab dan akhowat bersemangat memulakan program dengan syabab membersihkan kawasan dari hadapan jami3ah yarmouk  ke duwwar jami3ah manakala akhowat dari kawasan menghala ke mujamma’ naqabat dalam durasi selama sejam.

Semangatnye syabab2 DOME

Amboi, akhowat pun taknak kalah nampaknye



Walau sebelum ini, seringkali sinis pandangan masyarakat Jordan pada kami, namun kali ini ramai begitu kagum dengan pelajar Malaysia. Ucapan mesra sudah mengganti ni hao. Ramai yang memberhentikan kereta untuk mengucap terima kasih. Hati peserta berbunga.


 ‘’Ubahlah mentaliti diri sebelum merubah orang lain. ‘’


Seorang mak cik Arab berhenti menyapa peserta dan menghulurkan 50 JD. Walau pada mulanya ditolak, dia berharap supaya sumbangannya diterima di samping mendoakan kesihatan beliau yang tidak stabil. Sama-samalah kita doakan kebaikan untuk beliau.


Setiap hari, alam berbicara dengan kita, mengadu akan tenatnya dia menanggung timbunan sampah merata berdampingan haiwan perosak yang menyakitkan. Penyakit yang bertebaran mutakhir ini bukankah klu pada perbuatan kita sendiri. Rakuskan kita?


Gotong-royong tamat dan semua menikmati sarapan di rumah Wan Ajeera. Lebih kurang 15 plastik sampah berjaya dipungut dan program diakhiri dengan ucapan ringkas daripada saudara Ashraf Hakim dan Aminul Faezi.

Resolusi daripada pelaksanaan pertama pogram ini ialah lebih banyak plastik sampah akan disediakan dan promosi penglibatan akan diperhebatkan untuk sesi pembudayaan sivil yang seterusnya.


Usaha yang tampak kecil, ternyata memberikan impak diluar jangkaan. Pernah dengar "Kesan Rama-Rama" atau Butterfly Effect? Ia ada satu ungkapan tentang kejadian-kejadian kecil yang tidak diketahui orang tetapi mampu memberikan kesan yang besar kepada orang lain atau tempat lain. 


Apalah sangat kibasan sayap rama-rama bagi kita? Kecil bukan? Tetapi bagi saintis tersebut, frasa itu merujuk kepada idea yang sayap rama-rama mungkin menghasilkan perubahan yang amat kecil dalam atmosfera bumi yang mungkin akhirnya mengubah arah tornado atau melambatkan, melajukan atau langsung menghalang kejadian tornado di beberapa lokasi. Kibasan sayap mewakili perubahan kecil keadaan asal dalam sistem, yang menyebabkan rantaian peristiwa yang menjadi punca kepada perubahan peristiwa-peristiwa pada skala besar.


Apa pula kaitannya dengan gotong royong ini ?

Gambar pelajar Malaysia mengutip sampah telah menjadi bualan hangat media massa yang memberikan liputan berkenaan program ini.

Gambar yang menjadi viral di kebanyakan page Jordan


Selain itu, stesen radio Amen FM menginterview wakil DOME saudara Miswar Abdul Halim dan Fauzan bin Nizar.

Mereka bertanya, bagaimana boleh tertimbulnya idea ini ?

'' Jawapannya mudah, kerana kami adalah anggota masyarakat di sini,
dan sememangnya kebersihan itu adalah tanggungjawab kita bersama. ''

 

Sesungguhnya hidayah milik Allah. Siapa sangka usaha sekecil ini impaknya sangat besar.

Firman allah s.w.t.


Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz) ‘’
(Surah Yunus 10: Ayat 61)

 

Tulang belakang program '' Merkayatkan Budaya Sivil''


Kalam Ashraf Hakim ( Ketua Biro Ukhwah 2013/2014 )

 ‘’ Laksanakanlah hak diri, mereka, serta alam sekitar sekeliling kita ‘’
  

Majulah Budaya Sivil Untuk DOMErs