Wednesday, 24 October 2012

[cerpen] Aku dan Jarum II

-bismillah-

Aku dan Jarum II

sambungan Aku dan Jarum 1 :DD haruslah baca first version dulu ^^v


dah nak winter, jangan lupa tanggal sunglasses. selamat winter :)
Hospital Kajang, Hari Pembedahan, 07:55

Doktor: Okeh dah siap pasang jarum permanent.

*aku memandang tangan kiri yang sudah siap dicucuk dengan jarum permanent.
Kepanjangan jarum dibawah kulit jelas kelihatan dari posisi pembaringan aku ini.
Tangan bagaikan sudah lumpuh (ayat hiperbola).
Apa yang aku mampu buat hanya menangis tanpa suara.
Macam drama.
Air mata jatuh meleret ke pelipis* 


Aku: sakit.....

Doktor: sikit aje. Urm, boleh masuk ke dalam dah ke?

*doktor sedikit melaung, bertanya dengan pembantu perubatan yang ada dekat dalam salah satu bilik pembedahan. Kedengaran suara lelaki berkata OK, menjawab soalan doktor kacak ini sebentar tadi. Pandangan doktor beralih kepada aku.*
D: Ok, dah boleh masuk.

*ujarnya sambil tersenyum (aku tak ingat dia senyum ke tak sebenarnya)*
Aku diusung lagi dengan stretcher beroda, kali ini ke dalam bilik pembedahan.
Sedikit teruja sebab inilah kali pertama aku menjejakkan kaki (walaupun atas stretcher?) ke bilik pembedahan.
Dari posisi baring ni, aku dapat lihat lampu putih gergasi melekap ke siling. 'Wahhhh.. Canggih jugak hospital kajang ni...!' Desisku di dalam hati (tak payah nak desis sangatlah).
Dikeliling aku, ada doktor2, nurse dan insyiur perubatan.

Di saat inilah aku ditanya oleh doktor yang bakal menjalankan pembedahan ke atasku. 
Ada dua orang doktor; seorang lelaki melayu (tak pasti doktor kacak yang masukkan jarum permanent tu atau doktor lain), dan lagi seorang, doktor perempuan, cina.

Doktor Cina: okay, hari ni awak akan menjalankan pembedahan. Awak ada selsema tak pagi ni?

A: ada. *jawab dengan tenang*

Doktor melayu: betul ni ada selsema? *tanya doktor melayu ni dengan nada risau*
A: betul lah. Selsema je pagi tadi.

DC: alamak! tak boleh nak jalankan pembedahan lah kalau macam ni. You better tell me the truth, you selsema ke pagi ni?

A: -.- *lol. ni lah pertama kali orang tak percaya aku selsema* betul la. Saya selsema.

DC: we better call doktor alia (main sebut je nama tau). Or else, kita tak boleh buat pembedahan. 

*doktor cina tu bercakap dengan doktor melayu tu. Doktor melayu tadi mengangguk, membenarkan tindakan menelefon doktor alia.*

DM: hello doctor alia, this patient yang nak buat surgeri pagi ni, she has flu. Are we going to do the surgery or not? Can you please come here?

Beberapa minit lepas tu, doktor alia tadi datang, masuk ke dalam bilik pembedahan.

"You tau i dah berapa hari oncall and today you kacau my time to rest!" doktor alia terus je meletup dengan kata2.

"We're so sorry doctor. But this patient...." doktor cina tadi tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihat doktor alia buat tak layan dan approach aku yang terlantar di atas strecther.

"You selsema ke?" tanyanya sopan. Eh. Dia memakai mask, menutup wajahnya. Aku tak pasti doktor alia ni kena buat penyah infeksi atau tidak

"A'ah. Selsema." aku menjawab sepatah.

"Selsema setiap pagi atau tiba2 je pagi ni selsema?" tanya doktor alia lagi. Soalan yang belum pernah diajukan oleh doktor cina dan melayu tadi.

"Saya memang selalu selsema setiap pagi." jujur. Tapi entah kenapa sampai Jordan dah tak selsema dah setiap pagi. Aku pun musykil juga. Kuasa Allah.

"Selsema pagi2, lepas tu dah tengah hari sikit hilang you punya selsema kan?" doktor alia meminta kepastian.

Aku hanya mengangguk. Entah kenapa sedikit mengantuk mendengar soalan2 tentang selsema ni. Haha. Main je. Mungkin disebabkan ubat tidur yang aku makan pagi tadi.

Doktor alia berpaling dari memandangku. Persoalan sudah terjawab. Dia memandang doktor cina. Berdebar.

"You tahu beza tak selsema ni dengan selsema lain? Dekat universiti tak ajar?! You tak tahu ke i penat. Dari semalam tak tidur." tanpa segan silu doktor2 muda ni dimarahi oleh doktor alia. 

"The surgery is on." nadanya beku. Doktor alia terus keluar dari bilik pembedahan.

Serentak dengan itu, aku dibangunkan dari pembaringan oleh nurse senior (umur dalam 30-an) yang bertugas. Aku sedikit blur. Tali2 baju yang diikat kemas oleh nurse CUCMS tadi dibuka oleh nurse senior tadi. Aku cuak betul. "Eh kenapa ni!"

Nurse senior tu tak berkata apa pun, membiarkan aku dalam dunia ke-blur-an yang teramat. Selesai membuka tali2 tersebut, aku dibaringkan kembali. Kali ni, benda yang macam alat bantuan pernafasan tu dilekapkan pada muka aku. Senior nurse tu suruh aku sedut nafas. Aku pun mengikut dengan akur. 
Waktu tu lah, nurse senior tu usap kepala aku dan berkata, "mengucap, ingat Allah. Allah,, Allah,, Allah.."
Aku mengucap dan menurut di dalam hati. Allah,, Allah,, Allah.. Sayu pula bila ingat balik. Macam betul2 nak mati.. Aku tahan sungguh mata dari tertutup sebab nak rasai surgeri secara 'live'. Tapi tiba2 je pandangan mata aku, gelap. Allahuakbar.

Mungkin waktu ni lah doktor tu mintak scalpel dan pisau. Tapi surgeri aku ni perlukan semua tu ke?

*****
Aku membuka mata. Mata yang sudah lama terpejam. Aku lihat siling putih di atasku turun ke hujung kaki. Kelihatan mama bangun dari duduknya di kerusi dan mendapatkan aku. Aku menangis sayu. Terasa sakit. Baru rasa sakit. Mungkin kesan anesthesia sudah habis. Mama menyeka air mata yang mengalir di pipi. Aku bertambah sayu.

"Mama, sakit..." lirihku perlahan.

Mama mengusap ubun2ku lalu berkata, "Kakak jangan lah nangis..."

"Sakit sangat.." air mataku semakin deras bersungai di pipi.

"Kakak jangan la macam ni.." mama masih memujuk. Entah kenapa tiba2 lepas tu aku tertidur. Mungkin sebab sakit sangat. Jadi tidur lah.
****
Aku terjaga lagi. Membuka mata buat kali kedua. Kali ini, nurse, mama dan ayah menyapa pandangn. Nurse membantu aku untuk bangun. Bangun2 je aku keluarkan segala kapas yang berada di dalam oral cavity ku. Dengan spontannya aku muntah darah. Oh mai! Ya Allah... Mana ada kesan sampingan ni dalam kertas yang doktor anesthetist tu tunjuk!

Habis semua kain dan cadar tilam terkena darah. Nurse yang membantu aku tadi berkejar mendapatkan baldi. Kemudian aku basuh mulutku dengan air masak. Baru aku sedar kini jarum permanent dah disambungkan dengan kawan baik dia, air yang dalam pek tu lepas disangkut tinggi dekat batang besi yang ada roda tu. IV?

Tiba2 aku teringat sesuatu. "Atok mana ma?" Syukur masih boleh bercakap. Tekak masih kering. Kesan sampingan anasthesia.

"Atok kat bawah. Tak larat nak panjat tangga." ujar mama.

"Ohh." Aku teringat sesuatu. Aku cakap dekat ayah yang aku belum solat lagi. 

Lepas tu ayah tolong aku turun dari katil. Tiba2 nurse datang escort aku ke tandas berdekatan. Dengan bawa besi beroda tu. Aku ke wash room dan menuju ke toilet. Sayu. Kali ni tak dapat nak usha diri sendiri dekat cermin dan buat rambut. Rasa macam nak nangis. Ok sambung balik. Aku masuk dalam tandas. Nurse dan air bantuan di luar. Pintu tandas tak dikunci pun.

Sudah... Macam mana nak bersihkan lepas dah buang air kecil ni... Tangan kiri dah kena 'gari'. Nurse macam mana nak bersuci? Takkan lah nak tanya macam tu kot. 
Kalau bukan sebab darurat, memang tak lah aku bersuci dengan my precious tangan kanan!

Hmm, mungkin bukan penerangan tentang anesthesia je yang diperlukan, tapi juga cara atau kaifiat untuk beribadah waktu sakit yang perlu di konsult kepada pesakit2 di hospital. 

Alhamdulillah aku tahu juga sikit2 caranya. Tapi kalau mokcik2 pokcik2 yang terrrrr-lupa macam mana? Atau anak-anak muda kita yang sakit2 dan lembut hatinya dengan Islam? Kita kena consult. Tapi sekarang yang islamik pun hospital2 swasta. Baju nurse yang tak ketat pun kat hospital swasta. 
Hmm.. Nanti kita jadi doktor kita ubah sama2 nak?
:D

Selesai buang air, aku ambil wuduk dengan bantuan nurse. Nurse pegangkan paip getah. Aku basuh mulut, sapu muka, basuh tangan kanan, tangan kiri, sapu sebahagian kepala, then basuh kaki.. Kemudian kembali ke katil. Aku menunaikan solat zuhur sambil duduk.

Habis break tengah hari, ayah kembali ke kantor. Tinggal aku sendirian dalam kesakitan ditinggalkan... Haha main je. Aku baring je lepas pembedahan. Makcik2 sebelah katil aku bertanya akan keadaanku. Aku hanya tersenyum. Tudung masih bersarung di kepala. Tadi waktu pergi washroom tak pakai tudung! Macam mana boleh lupa ni.. Geram2. Aku tertidur. Moga Allah ingatkan aku selalu. Tak nak lupa lagi!

Azan asar mengetuk gegendang telingaku. Aku bangun dari baring, melihat tangan kiri yang dipasang jarum permanent, naik ke getah plastik lutsinar yang bersambung dengan pek air. Dari tadi tangan kiriku diam. Sakit betul bila air masuk. Darah dari tangan bercampur dengan air. Aku memejam mata perit. Memori tingkatan 3 menyapa minda.

~~~ "Hari ni ada suntikan. Form 3 budak perempuan je yang kena. Beratur luar kelas sekarang."

Jantungku berlari pantas. Injection? No!!

Habis kena inject, aku menangis dekat bilik jahit sekolah. Ada lah seorang dua yang pujuk. ~~~

Oh! Nak solat asar! Aku memanggil nurse CUCMS yang baik pagi tadi. Mahu mengambil wuduk ni. Di waktu inilah aku melakukan kesilapan.

A: nurse, ambilkan baldi boleh?

N: ok. Sekejap ya.

A: bantu saya ambil wuduk?

N: ok. *dah ready dengan air dalam botol air mineral*

A: *basuh muka. Lepas tu tangan. Baldi digunakan untuk menadah air musta3mal, air yang dah digunakan untuk berwuduk tadi. Nurse tu tiba2 cedok balik air musta3mal tu.*
Eh, bukan pakai air ni dah x suci ke...

N: *nurse tadi blur. Dan mungkin berkecil hati denganku. Dia pergi ke washroom untuk menadah air bersih dalam botol air mineral dan kembali kepadaku. Aku meneruskan wudukku yang tertangguh.* Boleh jalan tak?

A: *angguk*

N: Lain kali pergi washroom lah ambil wuduk ya.

A: *ternganga seketika. Tapi sedar memang salah aku pun. Minta maaf ye nurse. Please…* :3

Menjelang petang, ayah kembali melawat. Baru habis kerja lah tu. Ayah bertanya akan keadaan anak kesayangannya ini. Aku hanya senyum melihat ayah sambil berkata ok. Ayah belikan jajan tak silap. Tapi aku masih tak dapat nak telan apa2 makanan. Jajan dipandang sepi je. Lepas habis waktu melawat, ayah pulang ke rumah.

Seusai solat isyak, aku menghabiskan sisa2 hari yang panjang dengan berbaring di atas katil. Merenung siling. Malam ni aku menutup port aku dengan langsir. Mahukan sedikit privacy. Hmm.. Keluhku di dalam hati. Jarum permanent masih melekat di tangan kiri dengan sambungan exclusive ke air yang bergantung pada tiang besi. Sakit masih terasa. Earphone disumbat. Surah as saff bermain di telinga. Bismikallahumma a7ya...

*****
Hari ketiga di hospital, hari pertama selepas pembedahan tamat.

Srett... Srett...

Kaki melangkah sambil tangan kanan turut mengheret kaki 'ketiga' yang beroda ke washroom. 

Sampai di depan cermin, aku menatap wajah yang tak seperti selalu. Oh. Pipi kiri bengkak. Besar sangat. Nak nganga mulut pun sakit. Nak gosok gigi sikit2 je boleh. Merungut dalam hati sebab tahu ada yang mendengar. Kita nak Dia tahu kita selalu rasa Dia ada dengan bercakap dalam hati dengan Dia, walaupun Dia dah tahu dulu sebelum kita cerita. Dia tak marah kita mengadu kan?

:')

Air sinki ditadah dengan tangan kanan yang merdeka. Mulut dibersihkan. Kemudian satu persatu rukun wudu' disempurnakan. Usai berwudu', tangan kanan kembali menyorong kaki 'ketiga' ke katil wad, sedang tangan kiri dilumpuhkan dari pergerakan. Lampu wad wanita tingkat empat ini masih malap, menghormati wanita2 yang istimewa di sini tidur. Langkah kaki berhenti apabila tiba di katil.

Perlahan diri memanjat katil. Berhati-hati. Takut tangan yang berjarum permanent tu terlanggar mana2. Sakit nanti. Saat jari ini menaip semula peristiwa tahun lepas, hati berbicara sendiri. Takut sakit. Sebab taknak sakit. Baru sakit sikit. Masukkan jarum kat tangan je. Tu pun baru beberapa jam.

Sakit sakaratul maut??? Lain sangat dengan sakit masuk jarum. Sakit kena himpit dalam kubur. Entah berapa tahun. Lagi lama dari umur hidup di dunia. Menanti dalam kegelapan dan pengharapan datangnya pencen (pencen: perkataan dr. muhaya) yang tiga. Satu, ilmu yang bermanfaat. Dua, sedekah jariah. Tiga, doa anak yang soleh. Entah ada ke tidak tiga2 pencen tu.

Solat subuh dengan duduk lagi pagi ni.

***
"Semalam ada muntah darah?"

Angguk.

Mengalih pandang dari wajahku ke tiang penyangkut air. "Hmm, air ni macam tak jalan." Betulkan klip air. Pegang dengan lima jari, ibu jari tolak klip untuk beri laluan air masuk. Open.

"A sakit!"

"Air tak jalan ni." nurse betulkan lagi entah apa.

"Dekat hujung ni ada darah bercampur dengan air." Tangan kanan tunjuk tangan kiri, distracting the nurse untuk memberi perhatian kepada tangan kiri. Mata dah bergenang. Tangan ngilu je bila nampak darah sendiri.

"Ohh." Pegang tangan kiri aku tanpa amaran. Menelek apa yang tak kena.

"Sakit..." separuh merintih. Tarik balik tangan dengan penuh cermat.

"Dah boleh minum air?"

"Dah." sambil kepala mengangguk mengiyakan.

"Boleh la remove air ni. Kejap." nurse berlalu pergi mendapatkan penutup safety untuk jarum permanent.

Beberapa minit lepas tu, kaki ketiga dah tak berjalan dengan dua batang kaki yang sebenar :DDD

***
Petang itu..

Angin petang yang bertiup menyamankan suasana. Aku bersandar di kerusi malas seperti kebiasaannya di sini. Tangan cekap mendail nombor telefon mama tercinta.

'MAMA'

Makan malam yang tersedia di atas meja di katil wad tersadai tanpa tuan. Nak gigit benda pun susah tau. Dapat minum air je. Bubur pun takde. Sedih lah.

Talian disambungkan.

Aku: Assalamualaikum! mama bila nak ambik?

Kakak: waalaikumsalam. Ohh, mama ambik kak liyana (bukan nama sebenar) kat UIA. Mama suruh tidur hospital hari ni sebab tak ada orang nak ambik. Mama tak bawak telefon.

Aku: *Plup! perasaannya sama macam seketul yang batu dibaling ke dalam kolam* -..-

***
Another day in the hospital.. (Hari ni atas simpati pihak hospital)

Dentally speaking, ini dental surgery. Surgery aku involve 3 batang wisdom tooth yang masih tak tumbuh lagi dan 2 batang first premolar dengan cabutan biasa. Dari x ray yang doctor ambil berbulan2 sebelum operation, wisdom tooth aku dalam keadaan horizontal, angle gigi tu hampir perpandicular dengan gigi2 kapak yang dah tumbuh ni. Makanya, untuk menjalani rawatan ortodontik, doktor memutuskan untuk mencabut 5 batang gigi aku via surgery and normal extraction, bagi mengelakkan sebarang side effect yang tidak dimahukan selepas rawatan ortho dimulakan. Cool kan? Jadi berapa gigi aku yang tinggal sekarang wahai fairy2 of the tooth sekalian? :D

itulah wisdom tooth, doktor..

Jam Sembilan pagi.
Aku melangkahkan kaki menuju nurse yang bertugas. Dengan muka lebam dan senyuman yang sedikit sahaja mampu dicoretkan, aku berjalan tenang.

“Nurse, saya balik hari ni :D”

Nurse beralih pandangan pada wajahku, setelah sedari tadi ralit dengan dokumen2 pesakit. “Oh? Mak ambil pukul berapa?”

“Pukul 11 :D” Masih cuba untuk tersenyum.

Nurse senyum. “Pergi jumpa nurse kat dalam bilik belakang ni. Mintak dia bukakkan jarum.”

“Ok! :D”

Nampak nurse yang berisi sikit tengah kemas2 apetah kat dalam bilik tu. “Nurse, saya balik rumah hari ni. Nak bukak jarum.”

“Oh kejap ye dik.”

Beberapa minit kemudian datang dengan perkakas nurse. Letak tangan kiri aku atas almari yang separas dengan tulang rusukku. Baru nurse nak sentuh, aku pesan awal2, “Jangan buat sakit2.”

Nurse gelak. “Dah besar lepas SPM pun takut lagi? Sakit sikit je ni. Macam gigit semut.”

Masalahnya dah lama tak kena gigit dengan semut.

“Spm ok?”

“Ok, Alhamdulillah :D”

“Baguslah. Nanti balik rumah, jangan makan benda panas2 sangat. Makan yang lembut2 je. Lebam tu beberapa hari lagi surut lah tu. Take care ok?”

Eh! Dah tanggal dah jarum tu. Magic betul la nurse ni! “Ok, insyaaAllah. Terima kasih banyak.”

“Kirim salam mak.” Katanya sewaktu aku sudah memulakan perjalanan ke katil.

“Ok, insyaaAllah.” Alhamdulillah. Pengalaman yang baik2 saja Allah izin.

***
Sampai sekarang bekas jarum permanent tu, masih ada lagi. Haha. Aku masih ingat rasa excited masuk wad tu. Entah. Macam seronok sangat. Sebab aku takde sakit yang macam gastric atau appendix kot. Sebab tu happy semacam.

Experience jarum yang paling rare sekali yang pernah berlaku pada hidup ni, waktu kasyfu dam kat Jordan. Aneh sangat. Macam tak hygiene pun ada jugak. Main selamba je dia masukkan jarum pastu sedut darah kita. Macam senang sangat dia buat. Laju pulak tu. Tapi still, aku masih takut dengan jarum. Tengok doctor masukkan jarum dalam kulit pun dah rasa ngilu. Entah macam manaaaaa lah nak practical nanti.

Akhir kata, selamat Hari Raya Haji. Mintak maaf SEGALA salah silap sepanjang kita berkawan mahupun berfb. Gunakan masa cuti yang tinggal ni dengan sebaiknya. Tingkatkan iman, amal, kerajinan dan akhlak. Get your mind ready for the challenges along 2nd year. All the best comrades!

Moga Allah redha.

- by : SNSZ


Thursday, 11 October 2012

Being Grateful ^^

-bismillah-

GRATITUDE - no, it's not graduation~


A is at the rooftop of a building while B is playing at the compound just in front of the building. 
A tries to call B, so, A cries for B loudly. However, B doesn’t hear it. Then, A throw down a newly-introduced 20 cents coin piece and it hit straight to B’s head (haha...take that!). 
B was surprised! but he is only attracted towards the shiny, golden brown newly-introduced coin. He becomes amazed and forgot to look upward to see who throws the coin... 
Without giving up, A then throws a big-sized boulder which once again hits B’s head. Only now, B looks upward and realized that A was trying to call him for many times.

Assalamu3alaikum wbt. :)

Well, the situation above symbolizes the reality of us, ungrateful creations of our Creator, Allah. 
Allah has granted us, humans with so many ni3mah; the ni3mah of breathing, seeing, talking, hearing, even facebook-ing :p , a normal physical body with physiologically complex with well-arranged functions...
But then, when we earn those fortunes, just a few of us, or maybe no one *na3uzubillah* will remember
Allah....


However, when Allah tests us with disaster, then only we will remember Him. How sad! How pathetic.

Actually, we have been reminded again and again to be grateful ALL THE TIME, not just SOMETIME.
Check this out -->
“Therefore remember Me, I will remember you, and be thankful to Me and do not be ungrateful to Me.” [ Al-Baqarah : 152]
“And when yout Lord made it known: If you are grateful, I would certainly give to you more, and if you are ungrateful, My chastisement is truly severy.” [Ibrahim : 7]
“Why should Allah chastise you if you are grateful and believe?...” [ An-Nisa’ : 147 ]
We managed to get good results, eating food that we want and earning things that we dreamed for, but does all that make us happy? Truly happy?

We often fear that what we already have is just not enough. We always want more and more and more!

Wanting a tablet pc after the smartphone,
Wanting old memories to be repeated while we have the present self..
Wanting one true companion after dozens of happy-go-lucky colleagues...
Wanting this after that..

Well, that’s just why we need to be grateful.

To whom? To Allah of course

So, express your gratitude to Allah by doing what’ve been asked and try to avoid what’ve been restricted.
:] being the real mu'minin, shouldn't we DOMErs?

What is simpler? Just say “Alhamdulillah” ^^ <- this worth as written in the Right-side Book :))
Alhamdu Lillah alaa kulli hal (:

p/s : thanks for reading. Hope this will benefit us all. Sorry for any grammar mistakes.^^

by : Cardiac
related info : [www.quran.com]
come on, hoping next time to read from YOU. :P

Monday, 1 October 2012

[cerpen] Jubah untuk Ibu

-bismillah-

Jubah untuk Ibu


"Apa nak jadi dengan kau ni Along?
Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. 


"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cubala kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. 

"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" jerkah ibu. Suaranya pecah dek terlalu banyak bercakap dan menahan sebak.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Melihatkan anaknya diam membisu, Si ibu semakin bengang. 

"Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye?! Nanti kau, suka sangat cari penyakit.. kan! Sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali, dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu... sakit.... maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.... Bu,jangan pukul bu... sakit lah ibu...," Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 

"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Tangannya masih belum berhenti memukul. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. 

"Bu...ampunkan Along bu! Bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. 

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap
hari. 'Di mana fitrah kasih seorang ibu?,' dia tertanya-tanya dalam diri. 

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini kemarahan ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar lalu memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan buat kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. 

Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak boleh dilelapkan. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata
ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu
menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga...

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia  mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. 

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

"Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye?!" Tanya Atih kehairanan. 

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" 
"Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. 

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. 

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. 

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. 

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. 

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. 

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. 

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. 

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' - Along
'Cantiknya, aku nak belilah untuk ibu....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.
Rupa-rupanya Fariz, sahabatnya. 

"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. 
"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.
"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. 
"Waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?" Terlopong mulut
Along mendengar tawaran Fariz itu. 
"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. 
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. 
"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni," cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. 
"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . 

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. 

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?",soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. 

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

***

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok
pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar!

Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di sebuah bengkel baiki motorsikal. Dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda
anak-anaknya yang lain.


Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along
antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke
dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
"Ada " jawab Along pendek.
"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." kata-kata Abang Joe terputus apabila melihat Along menggeleng-gelengkan kepala. 
"Semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. 

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak
jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.

Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Abang Joe menarik nafas dalam.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah... terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe," kata Along lagi.

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe pula.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang  Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.


Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni," terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."
"Zam..kau ni....."
"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil
menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?", soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"
"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan
panjang lebar.
Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?"
"Bukan, minggu depan..."
"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai retak lalu tercabut daripada kepalanya.

Dengan dada yang pedih, Along cuba mencari nafas yang terhenti tadi.
Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Pedih di dadanya kian perit.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
"Ha..hadiah....untuk... .ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.

Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan tidak sempat mendengar raungan ibu kerana dia sudah pergi untuk selama-lamanya.


Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

'Buat ibuku yang sangat dikasihi, 
ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah
lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu...
dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' 

Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

'Tuhanku, ampunilah dia. Dia anakku yang sangat taat.
 Tempatkan dia di kamar yang penuh kasih dan sayang-Mu, kerana di dunia ini aku tak mampu memberikannya kepada anakku ini...'
Ibu menyapu muka mengaminkan doa tulus dengan hati yang sebak.
by Fakhrudin Arrazi