Friday, 21 November 2014




GLUCOSE GRAND DINNER KALI KE-3

12 Oktober 2014 bersamaan 18 Zulhijjah 1435



"Ukhwah means friendship , relationship , bond . Whereas fillah means just for the sake of Allah. "


Tahniah kepada AJK2 GDD yang merupakan dari kalangan ahli DOME sendiri yang telah bertungkus lumus menjayakan Grand Dinner DOME pada kali ini.


Tidak lupa juga kepada ahli-ahli DOME yang sudi mengorbankan masa mereka untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi mengeratkan ukhwah antara sahabat yang dikasihi .


Kita semua sedia maklum, kebanyakkan DOMERS masing-masing telah menjejakkan kaki di dalam dunia clinical yang penuh cabaran dan dugaan.
Ukhwah sesama mereka juga semakin hari semakin mendapat halangan dek kekangan masa dan tempat untuk bersua.


Dentists DOME telah dibagikan kepada 10 groups, manakala Medic DOME pula terbahagi kepada 3 rotations. Hal ni menyebabkan waktu clinic di antara setiap group berbeza.


Hati mana yang tidak pilu sekiranya kita tidak dapat berjumpa dengan seseorang yang sayangi.
Bukankah begitu DOMERS sekalian ?


" Rindukan kawan intai-intaikan,
Sayangkan sahabat nasihat-nasihatkan "


Semoga dengan adanya grand dinner pada setiap tahun , bukan hanya sebagai tempat berukhwah, tetapi kita juga berperanan untuk menjadikan dinner ini tempat yang akan dinaungi oleh malaikat-malaikat juga. :)


Kita hidup bukan setakat suka ria sahaja yang dicari, tetapi yang kita perlu cari sebenar-benarnya ialah redha Allah yang tidak terkira nilainya. Kadang-kadang kita tidak sedar,
Kita telah hanyut dalam dunia kita sendiri. Kononnya apa yang kita buat sudah cukup sempurna, tetapi realitinya masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki . !
Dan di sinilah fungsi seorang sahabat sejati yang dapat membawa sahabatnya di jalan yang benar. ^^


F.L.A.S.H.B.A.C.K I old sweet memories :)

 by : snam