-bismillah-
Semoga Allah Yang Maha Agung, mengurniakan kepada kita sifat berhati-hati atas kejayaan yang dimiliki.
kenapa perlu doa begitu pula?
kerana orang yang diuji dengan kegagalan ternyata lebih mendalam kesannya dibanding dengan mereka yang diuji dengan kejayaan.
Banyak orang yang bertahan menghadapi kesukaran,
tapi cuma segelintir yang tahan ketika menghadapi kemudahan dan kelapangan.
Ada orang yang bersabar ketika tidak mempunyai harta,
tapi ramai orang yang hilang kesabaran ketika hartanya melimpah.
Ternyata, harta, pangkat dan gelaran yang sering kali dijadikan sebagai alat ukur kejayaan, secara praktiknya sering membuat orang tergelincir dalam kesesatan dan kekeliruan.
Setiap orang mungkin memiliki paradigma yang berbeza mengenai kejayaan.
Namun secara sederhana, kejayaan boleh dikatakan sebagai sebuah keberhasilan akan tercapainya sesuatu sasaran.
Pada dasarnya, dalam dimensi yang lebih luas, kejayaan adalah milik semua orang.
Dalam paradigma Islam, kejayaan memang tidak hanya dilihat dari aspek duniawi, namun juga ukhrawi.
Untuk itu, kita inginkan suatu sistem atau pola kehidupan yang memungkinkan kita untuk dapat meraih kejayaan di dunia sekaligus di akhirat. Satu hal yang sejak awal harus direnungi bahawa kejayaan dunia jangan sampai menutup peluang kita untuk meraih kejayaan di akhirat.
Justeru kejayaan hakiki adalah saat kita berjumpa dengan Allah SWT nanti.
Apalah ertinya di dunia dipuji habis-habisan, segala kedudukan digenggam, harta berlipat ganda, namun ternyata semua itu tidak ada sekecil-kecil pun di sisi Allah SWT.
Oleh kerana itu jangan merasakan kejayaan itu hanyalah pada saat mendapatkan sesuatu.
Luaskan skop pemikiran, bahawa kejayaan kita adalah ketika kita mampu mempersembahkan yang terbaik dari hidup ini untuk kemaslahatan manusia.
Itulah ‘rahmat lil alamin‘ – rahmat bagi seluruh alam. Itulah Islam.
Begitu pula bila kita menyangka bahawa kejayaan itu adalah apabila kita telah memiliki rumah yang megah dan harta yang banyak.
Sementara itu, melihat orang yang tinggal di rumah murah sebagai tanda kegagalan mereka.
Walhal, kita bersikap sambil lewa untuk memenuhi itu semua. Bahkan boleh jadi untuk mendapatkan perkara 'yang dianggap kejayaan besar' itu, akhlak sama sekali tidak kita perhatikan.
Na’uzubillah. Sebenarnya, siapa pun boleh menjadi orang mulia dan berjaya, tidak kiralah ia seorang pembantu rumah, guru, peniaga, atau sesiapa sahaja.
Selama orang itu bekerja dengan baik dan benar, taat beribadah dan akhlaknya mulia, dia boleh menjadi orang yang berjaya!
Kenapa saya berkata demikian??
Boleh jadi orang yang berjaya itu hanyalah seorang pembantu rumah...
Saat bekerja ia melakukannya sepenuh hati. Ia bekerja dengan baik. Dalam pekerjaannya itu ia menjaga solatnya, tidak berkata dusta dan ia benar-benar menjaga kelakuannya terhadap majikan.
Bukankah itu langkah menempa sebuah kejayaan yang besar?
Sebaliknya ada juga majikan yang kasar dan juga kaya, namun kekayaannya itu sendiri didapatkan dengan cara yang tidak halal. Bukankah lebih mulia pembantu rumah daripada majikan yang seperti itu?
Begitu juga boleh berjaya hanya bekerja sebagai guru...
Ia tidak begitu dikenali. Ke sekolah pun mungkin dengan berjalan kaki. Tetapi dengan tulus ia tetap menjalankan pekerjaannya. Boleh jadi ia lebih mulia daripada rektor yang jarang mengenal sujud di hadapan Allah SWT. Sebab apalah erti gelaran professornya bila tidak memiliki kemampuan
mengenal Tuhannya sendiri!
Atau mungkin seorang penjual sayur...
Dia jujur dan tidak pernah mengurangi timbangan. Untungnya juga tidak terlalu banyak. Tetapi ia tetap mulia dalam pandangan Allah SWT. Dibandingkan pengusaha besar yang licik, suka menyuap juga tamak.
Maka, demi Allah!
Kedua-duanya akan sampai kepada kematian. Adapun yang mulia di hadapan-Nya tetap orang yang jujur.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran,
Jadi, yang paling mulia bukanlah orang yang paling banyak gelarannya atau orang yang paling kaya dan dianggap paling berjaya!
Orang mulia dan berjaya adalah orang yang mengenal Allah SWT. Lalu dia taat pada-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Tegaknya Islam di zaman Rasul SAW juga bukan kerana pangkat, kedudukan dan gelaran. Islam tegak kerana kemuliaan akhlak kaum Muslimin saat itu.
Ekonomi negara hancur bukan disebabkan oleh kurangnya orang pintar, tapi lebih disebabkan oleh kurangnya orang yang berakhlak mulia.
Dunia politik hancur bukan disebabkan oleh kita yang tidak mengerti hal politik, tapi lebih disebabkan oleh orang-orang yang zalim, licik, tamak dan tidak bermoral.
Insya’ Allah kita akan menghadapi saat kematian kita esok dengan mempersembahkan karya terbaik kita dalam kehidupan!
"People say I am successful. Wonder how cool I could be in His view... ?" |
Semoga Allah Yang Maha Agung, mengurniakan kepada kita sifat berhati-hati atas kejayaan yang dimiliki.
kenapa perlu doa begitu pula?
kerana orang yang diuji dengan kegagalan ternyata lebih mendalam kesannya dibanding dengan mereka yang diuji dengan kejayaan.
Banyak orang yang bertahan menghadapi kesukaran,
tapi cuma segelintir yang tahan ketika menghadapi kemudahan dan kelapangan.
Ada orang yang bersabar ketika tidak mempunyai harta,
tapi ramai orang yang hilang kesabaran ketika hartanya melimpah.
Ternyata, harta, pangkat dan gelaran yang sering kali dijadikan sebagai alat ukur kejayaan, secara praktiknya sering membuat orang tergelincir dalam kesesatan dan kekeliruan.
Apakah sebenarnya makna kejayaan??? |
Namun secara sederhana, kejayaan boleh dikatakan sebagai sebuah keberhasilan akan tercapainya sesuatu sasaran.
Pada dasarnya, dalam dimensi yang lebih luas, kejayaan adalah milik semua orang.
Tetapi persoalan yang sering terjadi adalah bahawa tidak semua orang tahu bagaimana cara mendapatkan kejayaan itu.
Dalam paradigma Islam, kejayaan memang tidak hanya dilihat dari aspek duniawi, namun juga ukhrawi.
Untuk itu, kita inginkan suatu sistem atau pola kehidupan yang memungkinkan kita untuk dapat meraih kejayaan di dunia sekaligus di akhirat. Satu hal yang sejak awal harus direnungi bahawa kejayaan dunia jangan sampai menutup peluang kita untuk meraih kejayaan di akhirat.
Justeru kejayaan hakiki adalah saat kita berjumpa dengan Allah SWT nanti.
Apalah ertinya di dunia dipuji habis-habisan, segala kedudukan digenggam, harta berlipat ganda, namun ternyata semua itu tidak ada sekecil-kecil pun di sisi Allah SWT.
Orang yang berjaya sebenarnya, adalah orang yang mengenali Allah SWT, berani taat kepada Allah SWT dan berjaya menjauhi segala larangan-Nya.
Orang yang benar-benar berjaya adalah orang terus-menerus berusaha membersihkan hati.
Di sisi lain dia terus meningkatkan kemampuan untuk mempersembahkan pengabdian terbaik, di mana hal itu akan terlihat dari keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya.
Kejayaan akhirat akan kita raih di samping kejayaan dunia yang didapati dengan tidak melakukan larangan Allah SWT.
Betapa bernilai ketika kejayaan dunia diperoleh seiring ketaatan kita kepada
Allah SWT!
Oleh kerana itu jangan merasakan kejayaan itu hanyalah pada saat mendapatkan sesuatu.
Luaskan skop pemikiran, bahawa kejayaan kita adalah ketika kita mampu mempersembahkan yang terbaik dari hidup ini untuk kemaslahatan manusia.
Itulah ‘rahmat lil alamin‘ – rahmat bagi seluruh alam. Itulah Islam.
Akhi, pakai dah smart tapi takkan kejar dunia saja? ^^v |
Sementara itu, melihat orang yang tinggal di rumah murah sebagai tanda kegagalan mereka.
Walhal, kita bersikap sambil lewa untuk memenuhi itu semua. Bahkan boleh jadi untuk mendapatkan perkara 'yang dianggap kejayaan besar' itu, akhlak sama sekali tidak kita perhatikan.
Na’uzubillah. Sebenarnya, siapa pun boleh menjadi orang mulia dan berjaya, tidak kiralah ia seorang pembantu rumah, guru, peniaga, atau sesiapa sahaja.
Selama orang itu bekerja dengan baik dan benar, taat beribadah dan akhlaknya mulia, dia boleh menjadi orang yang berjaya!
Kenapa saya berkata demikian??
Boleh jadi orang yang berjaya itu hanyalah seorang pembantu rumah...
Saat bekerja ia melakukannya sepenuh hati. Ia bekerja dengan baik. Dalam pekerjaannya itu ia menjaga solatnya, tidak berkata dusta dan ia benar-benar menjaga kelakuannya terhadap majikan.
Bukankah itu langkah menempa sebuah kejayaan yang besar?
Sebaliknya ada juga majikan yang kasar dan juga kaya, namun kekayaannya itu sendiri didapatkan dengan cara yang tidak halal. Bukankah lebih mulia pembantu rumah daripada majikan yang seperti itu?
Begitu juga boleh berjaya hanya bekerja sebagai guru...
Ia tidak begitu dikenali. Ke sekolah pun mungkin dengan berjalan kaki. Tetapi dengan tulus ia tetap menjalankan pekerjaannya. Boleh jadi ia lebih mulia daripada rektor yang jarang mengenal sujud di hadapan Allah SWT. Sebab apalah erti gelaran professornya bila tidak memiliki kemampuan
mengenal Tuhannya sendiri!
Atau mungkin seorang penjual sayur...
Dia jujur dan tidak pernah mengurangi timbangan. Untungnya juga tidak terlalu banyak. Tetapi ia tetap mulia dalam pandangan Allah SWT. Dibandingkan pengusaha besar yang licik, suka menyuap juga tamak.
Maka, demi Allah!
Kedua-duanya akan sampai kepada kematian. Adapun yang mulia di hadapan-Nya tetap orang yang jujur.
Maka berhati-hatilah, bukan gelaran yang membuatkan seseorang itu lebihItu semua hanyalah ‘topeng’. Semuanya itu tidak beerti apa-apa jika peribadinya sendiri tidak berkualiti. Oleh kerana itu, jangan kita hormat kepada orang yang tidak menjadikan kemuliaannya untuk taat kepada Allah SWT.
baik.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Al-Hujurat : 13)
Jadi, yang paling mulia bukanlah orang yang paling banyak gelarannya atau orang yang paling kaya dan dianggap paling berjaya!
Orang mulia dan berjaya adalah orang yang mengenal Allah SWT. Lalu dia taat pada-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Tegaknya Islam di zaman Rasul SAW juga bukan kerana pangkat, kedudukan dan gelaran. Islam tegak kerana kemuliaan akhlak kaum Muslimin saat itu.
Ekonomi negara hancur bukan disebabkan oleh kurangnya orang pintar, tapi lebih disebabkan oleh kurangnya orang yang berakhlak mulia.
Dunia politik hancur bukan disebabkan oleh kita yang tidak mengerti hal politik, tapi lebih disebabkan oleh orang-orang yang zalim, licik, tamak dan tidak bermoral.
Kita kembali kepada al-Quran
bahawa orang yang berjaya
adalah orang yang berjaya menjaga dirinya,
menjaga fikirannya, menjaga matanya, menjaga mulutnya
sehingga hidup ini ada di jalan yang tepat,
jalan yang disukai Allah SWT.
Posisi dan jawatan apa saja tidak mengapa, tidak harus menjadi orang yang paling tinggi status pada pandangan manusia, yang penting tinggi pada pandangan Allah SWT.Tidak semua orang dapat menjadi orang yang tinggi pangkatnya. Berjaya dalam pandangan Allah SWT tidak diukur oleh harta, melainkan dia taat kepada Allah SWT. Kejayaan adalah ketika dia mempunyai kedudukan, dia tetap taat, tetap tawaduk dan berakhlak mulia. Dia popular tetapi popularitinya boleh menjadi contoh yang mengajak orang lain taat.
Maka, percayalah,
orang yang berjaya,
adalah orang yang tidak pernah merasakan dirinya berjaya,
kecuali semua ini adalah amanah Allah SWT.
Orang yang berjaya adalah,
orang yang tidak merasa suci dan ingin dipuji.
Orang yang berjaya,
adalah orang yang selalu memuji Allah SWT dan bertaubat memohon ampun.
Dia sedar bahawa apa pun yang diperolehnya adalah amanah yang dipersoalkan kelak.
Ikhlas kerana Allah SWT. Itulah misi kehidupan kita, bukan mengumpul harta dunia yang akan kita tinggalkan. Dan itulah makna kejayaan yang sejati.
The real success is from the beginning! |
- by Fakhruddin ArRazi