Tanggal 1 Mac 2013, program ‘ Merakyatkan Budaya
Sivil’ buat pertama kalinya dijalankan hasil rencana idea mantap Biro Rohani dan
Tarbiah Doctors of Middle East ( DOME ) batch 2011 yang diketuai saudara Aminul
Faezi dan didokong penuh Presiden DOME sesi 2013/2014 saudara Ariff Solihin bin
Khairul Anuar. Pelaksanaan ini di bantu oleh angkatan Biro Ukhwah yang diketuai
saudara Amirul Ashraf Hakim.
Program yang dijalankan secara bulanan ini
meliputi aktiviti mengutip sampah di kawasan sekitar seperti kawasan syari3
jami3ah, duwaar zamzam, depan jami3ah yarmouk di samping merapatkan jalinan
hubungan peserta dengan masyarakat setempat.
Menariknya, pembahagian pelaksanaan tugas adalah
berasaskan sistem rumah yang baru diperkenalkan oleh pimpinan sesi ini. Sistem
rumah yang terdiri daripada empat rumah menggalakkan semangat partisipasi dalam
semua aktiviti yang dirancang.
Bagi bulan ini, rumah merah ( Ironman al-Hambra )
diundi menjadi rumah pertama untuk memulakan aktiviti kerakyatan ini.
Ironman al-Hambra |
Dalam kedinginan subuh di pagi Jumaat yang
barakah, syabab dan akhowat Ironman al-Hambra mula berkumpul di rumah saudara Mohamad
Nahar ( syabab ) dan saudari Wan Ajeera (akhowat ) untuk sedikit taklimat
sebelum memulakan aktiviti.
Semangatnye syabab2 DOME |
Amboi, akhowat pun taknak kalah nampaknye |
Walau sebelum ini, seringkali sinis pandangan
masyarakat Jordan pada kami, namun kali ini ramai begitu kagum dengan pelajar
Malaysia. Ucapan mesra sudah mengganti ni hao. Ramai yang memberhentikan kereta
untuk mengucap terima kasih. Hati peserta berbunga.
‘’Ubahlah
mentaliti diri sebelum merubah orang lain. ‘’
Seorang mak cik Arab berhenti menyapa peserta dan
menghulurkan 50 JD. Walau pada mulanya ditolak, dia berharap supaya sumbangannya
diterima di samping mendoakan kesihatan beliau yang tidak stabil. Sama-samalah
kita doakan kebaikan untuk beliau.
Setiap hari, alam berbicara dengan kita, mengadu
akan tenatnya dia menanggung timbunan sampah merata berdampingan haiwan perosak
yang menyakitkan. Penyakit yang bertebaran mutakhir ini bukankah klu pada
perbuatan kita sendiri. Rakuskan kita?
Gotong-royong tamat dan semua menikmati sarapan
di rumah Wan Ajeera. Lebih kurang 15 plastik sampah berjaya dipungut dan
program diakhiri dengan ucapan ringkas daripada saudara Ashraf Hakim dan Aminul
Faezi.
Resolusi daripada pelaksanaan pertama pogram ini
ialah lebih banyak plastik sampah akan disediakan dan promosi penglibatan akan
diperhebatkan untuk sesi pembudayaan sivil yang seterusnya.
Usaha yang tampak kecil, ternyata memberikan
impak diluar jangkaan. Pernah dengar "Kesan Rama-Rama" atau Butterfly
Effect? Ia ada satu ungkapan tentang kejadian-kejadian kecil yang tidak
diketahui orang tetapi mampu memberikan kesan yang besar kepada orang lain atau
tempat lain.
Apalah sangat kibasan sayap rama-rama bagi kita?
Kecil bukan? Tetapi bagi saintis tersebut, frasa itu merujuk kepada idea
yang sayap rama-rama mungkin menghasilkan perubahan yang amat kecil
dalam atmosfera bumi yang mungkin akhirnya mengubah arah tornado atau
melambatkan, melajukan atau langsung menghalang kejadian tornado di beberapa
lokasi. Kibasan sayap mewakili perubahan kecil keadaan asal dalam sistem, yang
menyebabkan rantaian peristiwa yang menjadi punca kepada perubahan
peristiwa-peristiwa pada skala besar.
Apa pula kaitannya dengan gotong royong ini ?
Gambar pelajar Malaysia mengutip sampah telah
menjadi bualan hangat media massa yang memberikan liputan berkenaan program
ini.
Gambar yang menjadi viral di kebanyakan page Jordan |
Selain itu, stesen radio menginterview wakil DOME saudara Miswar Abdul Halim dan Fauzan bin Nizar.
Mereka bertanya, bagaimana boleh tertimbulnya idea ini ?
Mereka bertanya, bagaimana boleh tertimbulnya idea ini ?
'' Jawapannya mudah, kerana kami adalah anggota masyarakat di sini,
dan sememangnya kebersihan itu adalah tanggungjawab kita bersama. ''
Sesungguhnya hidayah milik Allah. Siapa sangka usaha sekecil ini impaknya sangat besar.
Firman allah s.w.t.
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz) ‘’
(Surah Yunus 10: Ayat 61)
Kalam Ashraf
Hakim ( Ketua Biro Ukhwah 2013/2014 )
‘’ Laksanakanlah hak
diri, mereka, serta alam sekitar sekeliling kita ‘’
Majulah Budaya
Sivil Untuk DOMErs
al-Hamra'... takda B hahaha (Y)
ReplyDelete