Sunday, 24 March 2013

Bakery Contest Interhouse DOME.

Pada 20 Mac baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan memasak inter-house DOME. Pertandingan yang diberi nama Bakery Contest ini telah diadakan di PUSTEL tepat jam 7.30 malam. Alhamdulillah pertandingan yang julung-julung kalinya dilaksanakan ini mendapat sambutan yang sangat meriah dengan penyertaan daripada semua rumah dan penonton-penonton yang turut hadir memberikan sokongan.  



Umum sedia maklum bahawa ahli-ahli DOME telah dibahagikan kepada empat rumah sukan yang terdiri daripada Ironman Al-Hambra ( Rumah Merah), Wisdom Wolverine ( Rumah Kuning), Hulk The Haq ( Rumah Hijau), dan Sonic Heroes (Rumah Biru). Setiap rumah telah menghantar wakil syabab dan akhawat dengan hidangan-hidangan untuk 3 kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 24 hidangan lazat yang terdiri daripada kuih tradisional, pencuci mulut, dan bebas telah dipersembahkan oleh para peserta untuk dinilai oleh para juri. 

Ironman Al-Hambra.

Hulk The Haq.
Sonic Heroes.

Wisdom Wolverine.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada 3 orang juri professional yang sudi meluangkan masa untuk mengadili pertandingan ini. Para juri yang terdiri daripada Saudari Nur Eida binti Sazali, Saudari Farah Nadhirah binti Majid dan Saudara Azri Hafifi masing-masing berpengalaman dalam bidang masakan dan mempunyai kemahiran dan bakat yang tersendiri. 

Dari kiri Kak Eida Sazali, Kak Farah Nadhirah Majid dan Saudara Azri

Jutaan terima kasih diucapkan atas usaha dan penat lelah penganjur program iaitu Biro Aktiviti dan Ukhuwwah. Tidak lupa juga seinfiniti penghargaan buat semua yang sudi menyertai pertandingan ini dan buat semua yang memberikan sokongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.


Biro Ukhuwwah bersama para juri. 

Dalam kesimpulan yang dibuat, para juri menyifatkan pertandingan sebegini sebagai satu inisiatif yang baik dan bagus dalam usaha untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli batch dan dalam menyeimbangkan antara akademik dan aktiviti sosial. Harapan mereka supaya usaha sebegini turut disumbangkan kepada komuniti lainnya. Pujian turut diberikan kepada para peserta yang berjaya menghidangkan juadah yang unik, kreatif serta menyelerakan. Antara hidangan yang mendapat pujian ialah British Scone. Pujian turut diberikan kepada wakil rumah biru yang berjaya menambat hati juri dalam persembahan hidangan, disifatkan oleh Saudara Azri sebagai ' perfect '. 



Snow Fluffy Pavlova.

Ayam Panggang Rosemary.

Rainbow Cake.

Patongko.

Carbonara.

Tok Aji Serban.

Strawberry Cheesecake.

Berikut merupakan keputusan penuh yang diumumkan oleh  Biro Ukhuwwah, Aqilah Razak.

Keputusan rasmi DOME's Bakery Contest. 

Tahniah buat para pemenang. Semoga banyak lagi aktiviti dan pertandingan seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan. Till then!

2 comments:

  1. awesome... tahniah kpd pemenang..

    ReplyDelete
  2. masih terasa saki baki kek dan makanan lain dalam mulut neh. huh. daebak.

    ReplyDelete