Showing posts with label Cerita ceriti :D. Show all posts
Showing posts with label Cerita ceriti :D. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

"KALAU SUKA KENA USAHA"







Diskalamer : jika dibaca dengan kuat (bukan menjerit) maknanya bukan dibaca di dalam hati, penulis rasa lebih menarik dan insha Allah pembaca tidak akan tertidur semasa membaca.

         
           Penulis terbaca 'quote' tajuk entri di atas sewaktu penulis sedang melayari 'web tumblr' di 'iPhone' berwarna penulis. Penulis mula tersenyum-senyum sendiri bila teringat zaman semasa penulis kecil-kecil dahulu.


           Pernah suatu masa, penulis sangat sukakan seorang pelajar di dalam kelas yang sama dengan penulis. Sewaktu itu penulis baru berusia 12 tahun. Darjah 6 macam tu. Tiap-tiap hari penulis akan cuba mencari helah untuk lalu di barisan mejanya. Tolong cikgu edar buku, keluar masuk tandas dan yang paling kelakar sekali sapu sampah dalam kelas walaupun bukan 'turn' penulis. Berusaha sangat penulis agar orang yang penulis suka itu menyedari kehadiran penulis. Atau mungkin suka balik kepada penulis.


           Tambahan pula, orang yang penulis suka adalah pelajar nombor satu dalam kelas penulis. Sangat pandai. Lagilah penulis suka. *batuk kering*


           Waktu itu, macam-macam yang penulis buat. Sampai satu masa penulis sanggup usaha sedaya upaya untuk mendapat tempat kedua di dalam kelas sebab, semasa penulis darjah 6 dulu-dulu, kedudukan di dalam kelas mengikut kedudukan dalam peperiksaan. Jadi, kalau penulis dapat nombor 2 ? :)


           Pada masa yang sama, ada seorang pelajar di dalam kelas penulis yang suka kepada penulis. Penulis pun tidak tahu kenapa dia selalu kacau penulis dalam kelas. Kadang-kadang tu sampai menangis-nangis penulis dalam kelas. Bila ditanya oleh guru kelas, kenapa dia buat penulis macam tu, katanya sebab dia suka kepada penulis. Pelik !


           "Kalau suka kenapa buat macam tu?" 
Penulis dalam nada teresak-esak selalu tanya soalan yang sama kepada pelajar yang selalu kacau penulis ni.


Jawapannya tidak pernah berubah.

         
          "Sebab aku suka sangat kat kau" 
dengan dahi yang berkerut-kerut dan nada yang garang dia beritahu penulis. 


Agak seram pengalaman 'first confession' penulis.


           Memandangkan orang yang suka kepada penulis ini sama-sama dengan penulis di sekolah agama sahaja. Penulis selalu memberi alasan kepada En. Abah & Puan Umi penulis untuk tidak ke sekolah. Cuma datang ke sekolah kebangsaan sahaja. Tetapi mestilah tidak dibenarkan.


          Sampai suatu masa sebelum penulis habis sekolah darjah 6, penulis bertanya semula kepada pelajar yang selalu kacau penulis dalam kelas. Kenapa dia selalu tarik uniform sekolah penulis, selak kaki penulis sewaktu berjalan, halang perjalanan penulis, tarik beg penulis dan ambil buku penulis ! Akhirnya dia beritahu penulis semasa itu.


                    "Kalau suka mak aku kata kena usaha"


Jadi apa kaitan tajuk post ini dengan cerita penulis ?
Kalau penulis tanya kawan-kawan, suka syurga tak ?
Mesti semua jawapan semua suka. Siapa yang bencikan nikmat Allah yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata dan tidak terbayang oleh mana-mana bayangan ini


Sebab itu kita usaha untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T sebab siapa yang berada dalam keredhaan Allah sahaja yang akan dapat nikmat syurga.


                          Mula faham dengan apa yang penulis cuba sampaikan?


            Dalam dunia yang sementara ini, tidak kisahlah di mana kita berada, dalam keadaan apa pun. Segala yang kita lakukan pasti ada pendorong dan yang akan melemahkan kita. Bila penulis tanya kawan-kawan penulis, kawan-kawan pembaca juga, kenapa nak jadi doktor ? Jawapannya, pasti kerana dasarnya suka.


            Tidak kisahlah apa alasannya, perbuatan terhasil untuk kita capai perkara yang kita sukai itulah namanya usaha.


Penulis suka kepada kawan sekelas penulis sebab dia pandai. Selalu dapat no. 1. Tetapi pelajar yang suka kepada penulis itu pula, suka kepada penulis sebab dia suka penulis. Tiada alasan. Tetapi kedua-duanya ada usaha yang dilakukan.


Oleh itu, kawan-kawan sekalian, penulis faham dan yakin, setiap satu dari kita tidak sama. Masing-masing punya cara 'method' yang berbeza untuk mengubah perasaan suka kepada perbuatan. 


"Tidak kisah bagaimana tetapi usaha tetap kena ada"


              "Suka bila dengar pesakit-pesakit panggil kita dengan panggilan doktor. Suka bila mereka minta tolong kita dengan kelebihan ilmu yang kita ada. Suka bila kita bermanfaat kepada orang sekeliling kita"


              Jadi kalau betul suka, tambahkan ilmu am dalam bidang masing-masing (nasihat untuk penulis terutamanya. *batuk kering*), ambil bahagian dalam kelas, 'revise' material sebelum klinik, layan pesakit dengan sebaik mungkin, faham dalam paling penting sekali niat kerana Allah S.W.T.
                                      

                                               Ini baru betul-betul usaha.


Usaha-usaha kita inilah yang akan menghasilkan sama ada kejayaan atau kegagalan. Bergantung kepada bagaimana usaha kita. Masing-masing sudah besar untuk klasifikasikan usaha yang akan mencapai kejayaan atau usaha yang akan membawa kehancuran.


Penulis tidak tahu apa yang menjadi pendorong kawan-kawan DOME penulis untuk belajar di Jordan. Dan penulis juga tidak tahu apa yang melemahkan kawan-kawan penulis untuk belajar di Jordan. Tapi, apa yang penulis tahu, kalian tahu apa faktor-faktor pendorong dan yang melemahkan itu.


           "Berusaha untuk kekal berada di Jordan menghabiskan 'Degree' kita di sini, selama 5 tahun dan 6 tahun bukan suatu perkara yang mudah. 
                  Kadang-kadang kita kan jatuh, saat itu ingatlah semula segala usaha-usaha kita masa mula-mula dahulu"


Nasihat penulis kepada yang tiada rasa betul-betul suka atau suka biasa-biasa je kepada bidang medik/pergigian ini, doa betul-betul kepada yang Maha Memegang hati-hati manusia. Doa supaya Allah hadirkan rasa suka supaya usaha kita akan jadi usaha yang ikhlas untuk mencapai kejayaan di sini terutamanya. Bila suka segalanya akan lebih indah dan mudah. 
'Isn't it? '


Kalau masih tiada perasaan suka...
Hmm, nasihat penulis, mungkin kita boleh tukar quote dekat atas tu kepada
"Kalau dah pilih kenalah usaha"


Penulis bukanlah seorang yang pandai menulis, tetapi entah kenapa penulis rasa penulis nak beritahu kawan-kawan penulis tentang kebenaran 'quote' ini. Sebab macam yang penulis maksudkan di atas,

"kalau suka segalanya lebih mudah"



In Sha Allah. Akhir kalam, terimalah pantun penulis. 'Housemate' penulis yang tolong penulis ingatkan semula pantun kita kecik-kecik dulu ni.

                
                                               Buah cempedak di luar pagar, 
                                               Ambil galah tolong jolokkan,
                                               Penulis budak baru belajar,
                                               Kalau salah tolong tunjukkan.


p/s : maaf di atas kata-kata yang tersinggung mana-mana pihak. Dan, jangan cari siapa penulis sebab penulis segan.


                                                                                                                               Yang menulis,
                                                                                                                                Penulis.




    



Wednesday, 24 October 2012

[cerpen] Aku dan Jarum II

-bismillah-

Aku dan Jarum II

sambungan Aku dan Jarum 1 :DD haruslah baca first version dulu ^^v


dah nak winter, jangan lupa tanggal sunglasses. selamat winter :)
Hospital Kajang, Hari Pembedahan, 07:55

Doktor: Okeh dah siap pasang jarum permanent.

*aku memandang tangan kiri yang sudah siap dicucuk dengan jarum permanent.
Kepanjangan jarum dibawah kulit jelas kelihatan dari posisi pembaringan aku ini.
Tangan bagaikan sudah lumpuh (ayat hiperbola).
Apa yang aku mampu buat hanya menangis tanpa suara.
Macam drama.
Air mata jatuh meleret ke pelipis* 


Aku: sakit.....

Doktor: sikit aje. Urm, boleh masuk ke dalam dah ke?

*doktor sedikit melaung, bertanya dengan pembantu perubatan yang ada dekat dalam salah satu bilik pembedahan. Kedengaran suara lelaki berkata OK, menjawab soalan doktor kacak ini sebentar tadi. Pandangan doktor beralih kepada aku.*
D: Ok, dah boleh masuk.

*ujarnya sambil tersenyum (aku tak ingat dia senyum ke tak sebenarnya)*
Aku diusung lagi dengan stretcher beroda, kali ini ke dalam bilik pembedahan.
Sedikit teruja sebab inilah kali pertama aku menjejakkan kaki (walaupun atas stretcher?) ke bilik pembedahan.
Dari posisi baring ni, aku dapat lihat lampu putih gergasi melekap ke siling. 'Wahhhh.. Canggih jugak hospital kajang ni...!' Desisku di dalam hati (tak payah nak desis sangatlah).
Dikeliling aku, ada doktor2, nurse dan insyiur perubatan.

Di saat inilah aku ditanya oleh doktor yang bakal menjalankan pembedahan ke atasku. 
Ada dua orang doktor; seorang lelaki melayu (tak pasti doktor kacak yang masukkan jarum permanent tu atau doktor lain), dan lagi seorang, doktor perempuan, cina.

Doktor Cina: okay, hari ni awak akan menjalankan pembedahan. Awak ada selsema tak pagi ni?

A: ada. *jawab dengan tenang*

Doktor melayu: betul ni ada selsema? *tanya doktor melayu ni dengan nada risau*
A: betul lah. Selsema je pagi tadi.

DC: alamak! tak boleh nak jalankan pembedahan lah kalau macam ni. You better tell me the truth, you selsema ke pagi ni?

A: -.- *lol. ni lah pertama kali orang tak percaya aku selsema* betul la. Saya selsema.

DC: we better call doktor alia (main sebut je nama tau). Or else, kita tak boleh buat pembedahan. 

*doktor cina tu bercakap dengan doktor melayu tu. Doktor melayu tadi mengangguk, membenarkan tindakan menelefon doktor alia.*

DM: hello doctor alia, this patient yang nak buat surgeri pagi ni, she has flu. Are we going to do the surgery or not? Can you please come here?

Beberapa minit lepas tu, doktor alia tadi datang, masuk ke dalam bilik pembedahan.

"You tau i dah berapa hari oncall and today you kacau my time to rest!" doktor alia terus je meletup dengan kata2.

"We're so sorry doctor. But this patient...." doktor cina tadi tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihat doktor alia buat tak layan dan approach aku yang terlantar di atas strecther.

"You selsema ke?" tanyanya sopan. Eh. Dia memakai mask, menutup wajahnya. Aku tak pasti doktor alia ni kena buat penyah infeksi atau tidak

"A'ah. Selsema." aku menjawab sepatah.

"Selsema setiap pagi atau tiba2 je pagi ni selsema?" tanya doktor alia lagi. Soalan yang belum pernah diajukan oleh doktor cina dan melayu tadi.

"Saya memang selalu selsema setiap pagi." jujur. Tapi entah kenapa sampai Jordan dah tak selsema dah setiap pagi. Aku pun musykil juga. Kuasa Allah.

"Selsema pagi2, lepas tu dah tengah hari sikit hilang you punya selsema kan?" doktor alia meminta kepastian.

Aku hanya mengangguk. Entah kenapa sedikit mengantuk mendengar soalan2 tentang selsema ni. Haha. Main je. Mungkin disebabkan ubat tidur yang aku makan pagi tadi.

Doktor alia berpaling dari memandangku. Persoalan sudah terjawab. Dia memandang doktor cina. Berdebar.

"You tahu beza tak selsema ni dengan selsema lain? Dekat universiti tak ajar?! You tak tahu ke i penat. Dari semalam tak tidur." tanpa segan silu doktor2 muda ni dimarahi oleh doktor alia. 

"The surgery is on." nadanya beku. Doktor alia terus keluar dari bilik pembedahan.

Serentak dengan itu, aku dibangunkan dari pembaringan oleh nurse senior (umur dalam 30-an) yang bertugas. Aku sedikit blur. Tali2 baju yang diikat kemas oleh nurse CUCMS tadi dibuka oleh nurse senior tadi. Aku cuak betul. "Eh kenapa ni!"

Nurse senior tu tak berkata apa pun, membiarkan aku dalam dunia ke-blur-an yang teramat. Selesai membuka tali2 tersebut, aku dibaringkan kembali. Kali ni, benda yang macam alat bantuan pernafasan tu dilekapkan pada muka aku. Senior nurse tu suruh aku sedut nafas. Aku pun mengikut dengan akur. 
Waktu tu lah, nurse senior tu usap kepala aku dan berkata, "mengucap, ingat Allah. Allah,, Allah,, Allah.."
Aku mengucap dan menurut di dalam hati. Allah,, Allah,, Allah.. Sayu pula bila ingat balik. Macam betul2 nak mati.. Aku tahan sungguh mata dari tertutup sebab nak rasai surgeri secara 'live'. Tapi tiba2 je pandangan mata aku, gelap. Allahuakbar.

Mungkin waktu ni lah doktor tu mintak scalpel dan pisau. Tapi surgeri aku ni perlukan semua tu ke?

*****
Aku membuka mata. Mata yang sudah lama terpejam. Aku lihat siling putih di atasku turun ke hujung kaki. Kelihatan mama bangun dari duduknya di kerusi dan mendapatkan aku. Aku menangis sayu. Terasa sakit. Baru rasa sakit. Mungkin kesan anesthesia sudah habis. Mama menyeka air mata yang mengalir di pipi. Aku bertambah sayu.

"Mama, sakit..." lirihku perlahan.

Mama mengusap ubun2ku lalu berkata, "Kakak jangan lah nangis..."

"Sakit sangat.." air mataku semakin deras bersungai di pipi.

"Kakak jangan la macam ni.." mama masih memujuk. Entah kenapa tiba2 lepas tu aku tertidur. Mungkin sebab sakit sangat. Jadi tidur lah.
****
Aku terjaga lagi. Membuka mata buat kali kedua. Kali ini, nurse, mama dan ayah menyapa pandangn. Nurse membantu aku untuk bangun. Bangun2 je aku keluarkan segala kapas yang berada di dalam oral cavity ku. Dengan spontannya aku muntah darah. Oh mai! Ya Allah... Mana ada kesan sampingan ni dalam kertas yang doktor anesthetist tu tunjuk!

Habis semua kain dan cadar tilam terkena darah. Nurse yang membantu aku tadi berkejar mendapatkan baldi. Kemudian aku basuh mulutku dengan air masak. Baru aku sedar kini jarum permanent dah disambungkan dengan kawan baik dia, air yang dalam pek tu lepas disangkut tinggi dekat batang besi yang ada roda tu. IV?

Tiba2 aku teringat sesuatu. "Atok mana ma?" Syukur masih boleh bercakap. Tekak masih kering. Kesan sampingan anasthesia.

"Atok kat bawah. Tak larat nak panjat tangga." ujar mama.

"Ohh." Aku teringat sesuatu. Aku cakap dekat ayah yang aku belum solat lagi. 

Lepas tu ayah tolong aku turun dari katil. Tiba2 nurse datang escort aku ke tandas berdekatan. Dengan bawa besi beroda tu. Aku ke wash room dan menuju ke toilet. Sayu. Kali ni tak dapat nak usha diri sendiri dekat cermin dan buat rambut. Rasa macam nak nangis. Ok sambung balik. Aku masuk dalam tandas. Nurse dan air bantuan di luar. Pintu tandas tak dikunci pun.

Sudah... Macam mana nak bersihkan lepas dah buang air kecil ni... Tangan kiri dah kena 'gari'. Nurse macam mana nak bersuci? Takkan lah nak tanya macam tu kot. 
Kalau bukan sebab darurat, memang tak lah aku bersuci dengan my precious tangan kanan!

Hmm, mungkin bukan penerangan tentang anesthesia je yang diperlukan, tapi juga cara atau kaifiat untuk beribadah waktu sakit yang perlu di konsult kepada pesakit2 di hospital. 

Alhamdulillah aku tahu juga sikit2 caranya. Tapi kalau mokcik2 pokcik2 yang terrrrr-lupa macam mana? Atau anak-anak muda kita yang sakit2 dan lembut hatinya dengan Islam? Kita kena consult. Tapi sekarang yang islamik pun hospital2 swasta. Baju nurse yang tak ketat pun kat hospital swasta. 
Hmm.. Nanti kita jadi doktor kita ubah sama2 nak?
:D

Selesai buang air, aku ambil wuduk dengan bantuan nurse. Nurse pegangkan paip getah. Aku basuh mulut, sapu muka, basuh tangan kanan, tangan kiri, sapu sebahagian kepala, then basuh kaki.. Kemudian kembali ke katil. Aku menunaikan solat zuhur sambil duduk.

Habis break tengah hari, ayah kembali ke kantor. Tinggal aku sendirian dalam kesakitan ditinggalkan... Haha main je. Aku baring je lepas pembedahan. Makcik2 sebelah katil aku bertanya akan keadaanku. Aku hanya tersenyum. Tudung masih bersarung di kepala. Tadi waktu pergi washroom tak pakai tudung! Macam mana boleh lupa ni.. Geram2. Aku tertidur. Moga Allah ingatkan aku selalu. Tak nak lupa lagi!

Azan asar mengetuk gegendang telingaku. Aku bangun dari baring, melihat tangan kiri yang dipasang jarum permanent, naik ke getah plastik lutsinar yang bersambung dengan pek air. Dari tadi tangan kiriku diam. Sakit betul bila air masuk. Darah dari tangan bercampur dengan air. Aku memejam mata perit. Memori tingkatan 3 menyapa minda.

~~~ "Hari ni ada suntikan. Form 3 budak perempuan je yang kena. Beratur luar kelas sekarang."

Jantungku berlari pantas. Injection? No!!

Habis kena inject, aku menangis dekat bilik jahit sekolah. Ada lah seorang dua yang pujuk. ~~~

Oh! Nak solat asar! Aku memanggil nurse CUCMS yang baik pagi tadi. Mahu mengambil wuduk ni. Di waktu inilah aku melakukan kesilapan.

A: nurse, ambilkan baldi boleh?

N: ok. Sekejap ya.

A: bantu saya ambil wuduk?

N: ok. *dah ready dengan air dalam botol air mineral*

A: *basuh muka. Lepas tu tangan. Baldi digunakan untuk menadah air musta3mal, air yang dah digunakan untuk berwuduk tadi. Nurse tu tiba2 cedok balik air musta3mal tu.*
Eh, bukan pakai air ni dah x suci ke...

N: *nurse tadi blur. Dan mungkin berkecil hati denganku. Dia pergi ke washroom untuk menadah air bersih dalam botol air mineral dan kembali kepadaku. Aku meneruskan wudukku yang tertangguh.* Boleh jalan tak?

A: *angguk*

N: Lain kali pergi washroom lah ambil wuduk ya.

A: *ternganga seketika. Tapi sedar memang salah aku pun. Minta maaf ye nurse. Please…* :3

Menjelang petang, ayah kembali melawat. Baru habis kerja lah tu. Ayah bertanya akan keadaan anak kesayangannya ini. Aku hanya senyum melihat ayah sambil berkata ok. Ayah belikan jajan tak silap. Tapi aku masih tak dapat nak telan apa2 makanan. Jajan dipandang sepi je. Lepas habis waktu melawat, ayah pulang ke rumah.

Seusai solat isyak, aku menghabiskan sisa2 hari yang panjang dengan berbaring di atas katil. Merenung siling. Malam ni aku menutup port aku dengan langsir. Mahukan sedikit privacy. Hmm.. Keluhku di dalam hati. Jarum permanent masih melekat di tangan kiri dengan sambungan exclusive ke air yang bergantung pada tiang besi. Sakit masih terasa. Earphone disumbat. Surah as saff bermain di telinga. Bismikallahumma a7ya...

*****
Hari ketiga di hospital, hari pertama selepas pembedahan tamat.

Srett... Srett...

Kaki melangkah sambil tangan kanan turut mengheret kaki 'ketiga' yang beroda ke washroom. 

Sampai di depan cermin, aku menatap wajah yang tak seperti selalu. Oh. Pipi kiri bengkak. Besar sangat. Nak nganga mulut pun sakit. Nak gosok gigi sikit2 je boleh. Merungut dalam hati sebab tahu ada yang mendengar. Kita nak Dia tahu kita selalu rasa Dia ada dengan bercakap dalam hati dengan Dia, walaupun Dia dah tahu dulu sebelum kita cerita. Dia tak marah kita mengadu kan?

:')

Air sinki ditadah dengan tangan kanan yang merdeka. Mulut dibersihkan. Kemudian satu persatu rukun wudu' disempurnakan. Usai berwudu', tangan kanan kembali menyorong kaki 'ketiga' ke katil wad, sedang tangan kiri dilumpuhkan dari pergerakan. Lampu wad wanita tingkat empat ini masih malap, menghormati wanita2 yang istimewa di sini tidur. Langkah kaki berhenti apabila tiba di katil.

Perlahan diri memanjat katil. Berhati-hati. Takut tangan yang berjarum permanent tu terlanggar mana2. Sakit nanti. Saat jari ini menaip semula peristiwa tahun lepas, hati berbicara sendiri. Takut sakit. Sebab taknak sakit. Baru sakit sikit. Masukkan jarum kat tangan je. Tu pun baru beberapa jam.

Sakit sakaratul maut??? Lain sangat dengan sakit masuk jarum. Sakit kena himpit dalam kubur. Entah berapa tahun. Lagi lama dari umur hidup di dunia. Menanti dalam kegelapan dan pengharapan datangnya pencen (pencen: perkataan dr. muhaya) yang tiga. Satu, ilmu yang bermanfaat. Dua, sedekah jariah. Tiga, doa anak yang soleh. Entah ada ke tidak tiga2 pencen tu.

Solat subuh dengan duduk lagi pagi ni.

***
"Semalam ada muntah darah?"

Angguk.

Mengalih pandang dari wajahku ke tiang penyangkut air. "Hmm, air ni macam tak jalan." Betulkan klip air. Pegang dengan lima jari, ibu jari tolak klip untuk beri laluan air masuk. Open.

"A sakit!"

"Air tak jalan ni." nurse betulkan lagi entah apa.

"Dekat hujung ni ada darah bercampur dengan air." Tangan kanan tunjuk tangan kiri, distracting the nurse untuk memberi perhatian kepada tangan kiri. Mata dah bergenang. Tangan ngilu je bila nampak darah sendiri.

"Ohh." Pegang tangan kiri aku tanpa amaran. Menelek apa yang tak kena.

"Sakit..." separuh merintih. Tarik balik tangan dengan penuh cermat.

"Dah boleh minum air?"

"Dah." sambil kepala mengangguk mengiyakan.

"Boleh la remove air ni. Kejap." nurse berlalu pergi mendapatkan penutup safety untuk jarum permanent.

Beberapa minit lepas tu, kaki ketiga dah tak berjalan dengan dua batang kaki yang sebenar :DDD

***
Petang itu..

Angin petang yang bertiup menyamankan suasana. Aku bersandar di kerusi malas seperti kebiasaannya di sini. Tangan cekap mendail nombor telefon mama tercinta.

'MAMA'

Makan malam yang tersedia di atas meja di katil wad tersadai tanpa tuan. Nak gigit benda pun susah tau. Dapat minum air je. Bubur pun takde. Sedih lah.

Talian disambungkan.

Aku: Assalamualaikum! mama bila nak ambik?

Kakak: waalaikumsalam. Ohh, mama ambik kak liyana (bukan nama sebenar) kat UIA. Mama suruh tidur hospital hari ni sebab tak ada orang nak ambik. Mama tak bawak telefon.

Aku: *Plup! perasaannya sama macam seketul yang batu dibaling ke dalam kolam* -..-

***
Another day in the hospital.. (Hari ni atas simpati pihak hospital)

Dentally speaking, ini dental surgery. Surgery aku involve 3 batang wisdom tooth yang masih tak tumbuh lagi dan 2 batang first premolar dengan cabutan biasa. Dari x ray yang doctor ambil berbulan2 sebelum operation, wisdom tooth aku dalam keadaan horizontal, angle gigi tu hampir perpandicular dengan gigi2 kapak yang dah tumbuh ni. Makanya, untuk menjalani rawatan ortodontik, doktor memutuskan untuk mencabut 5 batang gigi aku via surgery and normal extraction, bagi mengelakkan sebarang side effect yang tidak dimahukan selepas rawatan ortho dimulakan. Cool kan? Jadi berapa gigi aku yang tinggal sekarang wahai fairy2 of the tooth sekalian? :D

itulah wisdom tooth, doktor..

Jam Sembilan pagi.
Aku melangkahkan kaki menuju nurse yang bertugas. Dengan muka lebam dan senyuman yang sedikit sahaja mampu dicoretkan, aku berjalan tenang.

“Nurse, saya balik hari ni :D”

Nurse beralih pandangan pada wajahku, setelah sedari tadi ralit dengan dokumen2 pesakit. “Oh? Mak ambil pukul berapa?”

“Pukul 11 :D” Masih cuba untuk tersenyum.

Nurse senyum. “Pergi jumpa nurse kat dalam bilik belakang ni. Mintak dia bukakkan jarum.”

“Ok! :D”

Nampak nurse yang berisi sikit tengah kemas2 apetah kat dalam bilik tu. “Nurse, saya balik rumah hari ni. Nak bukak jarum.”

“Oh kejap ye dik.”

Beberapa minit kemudian datang dengan perkakas nurse. Letak tangan kiri aku atas almari yang separas dengan tulang rusukku. Baru nurse nak sentuh, aku pesan awal2, “Jangan buat sakit2.”

Nurse gelak. “Dah besar lepas SPM pun takut lagi? Sakit sikit je ni. Macam gigit semut.”

Masalahnya dah lama tak kena gigit dengan semut.

“Spm ok?”

“Ok, Alhamdulillah :D”

“Baguslah. Nanti balik rumah, jangan makan benda panas2 sangat. Makan yang lembut2 je. Lebam tu beberapa hari lagi surut lah tu. Take care ok?”

Eh! Dah tanggal dah jarum tu. Magic betul la nurse ni! “Ok, insyaaAllah. Terima kasih banyak.”

“Kirim salam mak.” Katanya sewaktu aku sudah memulakan perjalanan ke katil.

“Ok, insyaaAllah.” Alhamdulillah. Pengalaman yang baik2 saja Allah izin.

***
Sampai sekarang bekas jarum permanent tu, masih ada lagi. Haha. Aku masih ingat rasa excited masuk wad tu. Entah. Macam seronok sangat. Sebab aku takde sakit yang macam gastric atau appendix kot. Sebab tu happy semacam.

Experience jarum yang paling rare sekali yang pernah berlaku pada hidup ni, waktu kasyfu dam kat Jordan. Aneh sangat. Macam tak hygiene pun ada jugak. Main selamba je dia masukkan jarum pastu sedut darah kita. Macam senang sangat dia buat. Laju pulak tu. Tapi still, aku masih takut dengan jarum. Tengok doctor masukkan jarum dalam kulit pun dah rasa ngilu. Entah macam manaaaaa lah nak practical nanti.

Akhir kata, selamat Hari Raya Haji. Mintak maaf SEGALA salah silap sepanjang kita berkawan mahupun berfb. Gunakan masa cuti yang tinggal ni dengan sebaiknya. Tingkatkan iman, amal, kerajinan dan akhlak. Get your mind ready for the challenges along 2nd year. All the best comrades!

Moga Allah redha.

- by : SNSZ


Monday, 1 October 2012

[cerpen] Jubah untuk Ibu

-bismillah-

Jubah untuk Ibu


"Apa nak jadi dengan kau ni Along?
Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. 


"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cubala kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. 

"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" jerkah ibu. Suaranya pecah dek terlalu banyak bercakap dan menahan sebak.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Melihatkan anaknya diam membisu, Si ibu semakin bengang. 

"Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye?! Nanti kau, suka sangat cari penyakit.. kan! Sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali, dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu... sakit.... maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.... Bu,jangan pukul bu... sakit lah ibu...," Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 

"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Tangannya masih belum berhenti memukul. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. 

"Bu...ampunkan Along bu! Bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. 

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap
hari. 'Di mana fitrah kasih seorang ibu?,' dia tertanya-tanya dalam diri. 

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini kemarahan ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar lalu memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan buat kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. 

Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak boleh dilelapkan. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata
ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu
menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga...

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia  mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. 

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

"Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye?!" Tanya Atih kehairanan. 

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" 
"Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. 

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. 

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. 

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. 

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. 

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. 

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. 

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. 

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' - Along
'Cantiknya, aku nak belilah untuk ibu....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.
Rupa-rupanya Fariz, sahabatnya. 

"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. 
"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.
"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. 
"Waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?" Terlopong mulut
Along mendengar tawaran Fariz itu. 
"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. 
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. 
"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni," cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. 
"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . 

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. 

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?",soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. 

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

***

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok
pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar!

Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di sebuah bengkel baiki motorsikal. Dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda
anak-anaknya yang lain.


Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along
antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke
dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
"Ada " jawab Along pendek.
"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." kata-kata Abang Joe terputus apabila melihat Along menggeleng-gelengkan kepala. 
"Semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. 

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak
jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.

Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Abang Joe menarik nafas dalam.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah... terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe," kata Along lagi.

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe pula.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang  Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.


Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni," terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."
"Zam..kau ni....."
"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil
menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?", soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"
"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan
panjang lebar.
Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?"
"Bukan, minggu depan..."
"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai retak lalu tercabut daripada kepalanya.

Dengan dada yang pedih, Along cuba mencari nafas yang terhenti tadi.
Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Pedih di dadanya kian perit.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
"Ha..hadiah....untuk... .ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.

Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan tidak sempat mendengar raungan ibu kerana dia sudah pergi untuk selama-lamanya.


Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

'Buat ibuku yang sangat dikasihi, 
ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah
lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu...
dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' 

Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

'Tuhanku, ampunilah dia. Dia anakku yang sangat taat.
 Tempatkan dia di kamar yang penuh kasih dan sayang-Mu, kerana di dunia ini aku tak mampu memberikannya kepada anakku ini...'
Ibu menyapu muka mengaminkan doa tulus dengan hati yang sebak.
by Fakhrudin Arrazi


Monday, 3 September 2012

[cerpen] Aku dan Jarum

Aku dan Jarum

Alhamdulillah masih hidup lagi aku hari ni.


Matahari menyinar indah walaupun terik. Bangun pagi tadi sedikit lambat. On the way ke washroom aku berdoa bangun tido sebelum berdoa untuk masuk ke washroom. Dalam washroom, rutin harian yang biasa: usha diri sendiri kat cermin dan buat rambut. Hehe. Alhamdulillah, cukup segala pancaindera, jerawat bertambah satu, alhamdulillah. Oh ada tahi mata! Cepat2 basuh muka, gosok gigi sambil bersyukur dapat menikmati hari ini. Mesti hari ni ada apa2 kan, sebab tu Allah masih lagi biarkan aku menghirup udara macam selalu. Hmm.. I really hope that today i can be a true 3abid for Him. Amin.


Sebenarnya hari ni nak rant on surgery. Mungkin sebab semalam dan hari2 sebelumnya aku menghabiskan 46 minit emas aku setiap malam untuk menonton Team Medical Dragon. Ramai la yang tak tahu aku pernah masuk OT (operation teathre) sebelum menjejakkan kaki ke INTEC pada umur 18 tahun hari tu. Dulu aku selalu fikir masuk hospital tu cool sebab macam dalam drama or cerekarama kan ada family ngn ehem2 lawat siap bawak bunga bagai bila kita masuk hospital kan. Tapi sangkaan aku terbalik 180 degree. Tak best pun. Tapi takpe, kita tengok best ke tak masuk hospital ikut sequence cerita pengalaman aku eh.


Lepas quit jadi cikgu tadika, banyak misi yang perlu aku buat selaku agen 007.(seriously tak lawak) Antaranya, menjalani surgeri. [:


Doktor Suraya (main bagi je nama tau) bagi aku sedikit pencerahan tentang apa yang bakal mengubah hidup aku dalam beberapa hari lagi. Doktor memberitahu aku akan masuk wad sehari sebelum pembedahan untuk di monitor segala perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan macam blood pressure untuk memastikan aku betul2 bersedia untuk surgeri esok paginya. Lepas di monitor, surgeri aku akan dijalankan pada pukul 7 pagi. Aku pun excited la masuk hospital. Yelah, orang sihat memang excited kan. Berbekalkan baju beberapa helai, berus gigi, ubat gigi, telekong, novel, ipod dan fon, aku memggagahkan diri untuk ke wad yang di cadangkan. Aku masuk wad wanita. Penyakit berbeza2. Sebelum dapat katil wad, aku ditimbang dan diukur ketinggian oleh jururawat. Waktu tu kurus lagi. Sekarang dah berisi sikit. Haha. Lepas tu, mama pun biarkan aku kat wad. Oh sedihnya perasaan ditinggalkan ibu sendiri. Haha. Drama. Aku dapat katil sebelah dinding. Sebelah kiri aku ada seorang pesakit india yang menghidap kencing manis. Sebelah mak cik tu, mak cik melayu yang menghidap penyakit kanser payudara, sebelah lagi mak cik cina. Tak tau penyakit apa. Aku sedih sikit sebab tak ramah dengan orang2 tua waktu tu.


Peristiwa hitam waktu form 4 sudah cukup untuk meyakinkan aku bahawa hanya keluarga sahaja yang penting bagi aku. Tapi aku silap lagi. Family first, but people around us second. Bukan no number at all. Sekarang alhamdulillah, aku dah terbuka hati nak sayang orang lain selain diri sendiri ngan famili. Betul la, the wall that we build around us keep us from the happiness as well. Tapi aku hepi je ngan famili aku. Maybe tak se hepi orang yang ramai kawan but still,, oke stop.


Jadi, aku pun tak berkawan dengan mokcik2 sekeliling. Hidup dengan dunia sendiri je sambil earphone tersubat kat telinga. Tak mesej, main game, tak main game, baca novel, tak baca novel, round ward. HAHA! Lepas mama pergi,, nurse bagi aku baju ward. Uuuu. Penat je bawak baju lawa2. Haha. Baju ward ni warna hijau. Dah di sterile kan. Seluar dia lame (bahasa inggeris okay) sikit. Xde getah. Ikat je. Pendek pulak tu. Selalu aku akan lepak kat berandah ward tu. Tengok pemandangn luar sambil mengunyah cekedis. Waktu solat, aku jalan ke surau berhampiran. Dalam kol 3 macam tu, nurse panggil aku. Pakar anesthetic nak jumpa, doktor Halina (main sebut je tau).


Doktor : untuk operation esok, awak kena puasa start pukul 12 malam ni. Sebelum tidur, makan ubat tidur. Nanti saya suruh nurse bagi. Makan 2 tablet. Esok pagi, sebelum operation, nurse akan bagi lagi. Makan jugak.

Aku : ( uuuuu makan ubat tidur. Macam dalam drama lahh) *angguk2*

D : ok, operation ni, awak akan di anasthetic kan. Nanti akan masukkan ubat dekat tempat masuk air kat tangan awak nanti. Bius ni menyebabkan awak betul2 tak sedar, dikira mati jugak lah sebab nanti awak akan bernafas ikut mesin. Kat sini (tunjuk kat kertas) ada beberapa side effect lepas penggunaan anesthetic ni. Baca dulu.

A : * baca*

D : komplikasi mengikut pesakit dan sakit apa..kalau sakit ni blablabla(xingat). Sakit tekak dan tekak kering tu memang common. Mungkin jugak takde suara untuk beberapa jam. ada apa2 soalan?

A : ada. Blalalalalala

D : blalalalalalalala. Oke, sign sini.

A : boleh tak saya nak jalan2 kat wad2 kat sini.

D : boleh tapi make sure tak kacau lah.

A : *bright smile* okeh!


Petang hari first aku tu, ayah datang melawat. Yeah, ni la part yang ada dalam cerekarama tu. Haha. Aku belanja ayah aiskrim pastu kitorang jalan2 kat bawah tu sambil buat father-daughter talk. Hmm, ayah pesan suruh jadi doktor. Walaupun memang la aku nak jadi doktor waktu kecik3 dulu. Tapi ada satu peristiwa hitam ni...


Gini..


Waktu tu aku ikut atok balik kampung. Naik kereta paksu. Waktu tu malam. Kitorang singgah pasar malam. Dekat kedai mainan, Aku pun merengek2 kat atok nak mainan doktor2 yang ada stetescope tu. Atok pun belikanlah.. Cucu kesayangan dia kata.. Aku Excited sangat! Dalam kereta paksu lagi dah bukak sebab nak pakai stetescope tu. Tapi atok x bagi. Takot hilang katanya. Aku pun selaku cucu yang comel lagi solehah, ikut jela. Waktu nak keluar kereta tu, aku baru sedar mainan doktor2 aku dah hilang! Paksu punya lah cari2 bagai nak rak. Tapi takde jugak. Aku lupa aku nangis ke tak tapi sedih la. Tapi peristiwa ni tak effect aku pun. (haha. Mesti ada yg tanya kenapa perlu cerita kat sini) Cuma bila naik form 5, cita2 nak jadi doktor tu dah ke laut. Aku pun remain jadi orang yang takde cita2. Jadi, ayah pesan apa, ikut jelah..


Lepas aku belanja ayah aiskrim, aku pulak pau ayah cekedis. Hehe. Petang berganti malam. Makan petang dekat hospital roti keras je. Pastu ada nasi dengan sayur yang tak berperisa.. Tak best. Waktu aku lepak2 kt katil, ada jela doktor2 housemen HO nak check condition aku. Tapi doktor yang selia doktor2 housmen tu cakap xperlu sebab aku pesakit untuk surgeri je. Sebelum pukul 12 malam, aku lepak2 dekat berandah sambil call bff ngn makan cekedis, mengimbau waktu2 kami kat sekolah dulu.. Pukul 11 lebih masuk wad, gosok gigi dengan amek wudu'. Nak tido dah. Makan ubat tido. Beberapa waktu lepas tu, terlelap.

***

Hari surgeri. Kajang, Selangor.

Pukul 5.30 pagi aku bangun dan ke tandas. Entah kenapa tak terfikir langsung hantu dekat hospital waktu tu. Sepatutnya harus lah teringat cerita hantu Thailand yang ade perempuan rambut panjang bawah katil ward anda.
:S (sape pernah tengok angkat tangan??!)
Mandi pagi sebab doktor suruh. Lepas mandi, dapat baju surgeri dengan cap. Aku tak reti pakai baju tu. Sebab dia bertali, lepas tu kena ikat2 bagai. So aku pakai jela dengan gaya tersendiri. Rupanya aku pakai baju terbalik! Lepas tu nurse CUCMS tolong pakaikan. Tak boleh ada apa2 baju pun selain baju surgeri. Seram sejuk je.... Segala bentuk aksesori haruslah dibuka ya. Macam nak meninggal nanti. Bawak diri je. Gelang yang atok bagi pun kena bukak juga. Lepas solat subuh dalam 6 lebih, aku sambung tidur. Efek ubat tidur la ni!

Pukul 6.55 pagi, aku dikejutkan nurse lagi sekali. Nak surgeri dah!! Ada stretcher baru dengan nurse lelaki. Aku kena buka tudung dan pakai cap. Aku punya lah ingat nak gi surgeri tu jalan kaki sendiri je. Rupanya kena usung naik stretcher tu! Allah... Cuak. Blurr. Ngantok. Malu. Semua ada. Naik lif sambil berbaring... Korang penah rasa? Hehehe.

Masuk OT, aku dibiarkan seorang diri.. Kena usung sana sini macam ape... Tiba2 ada doktor Imran (main sebut je nama) doktor lelaki muda ni datang kepada aku. Dia cakap nak masukkan air dalam badan. Aku lupa nama yang jarum permanent kat tangan tu nama apa. Tapi jarum tu boleh connect kat air tu la. Ohh. Tiba2 aku rasa nak nanges.. Jarum. Tidak!!


Aku : jangan buat sakit2.

Doktor : sakit sikit je. *sambil sapu2 ethanol dan cari salur darah*

A: sakitttt

D: belum cucuk pun lagi.

A: *intai tangan yang bakap dicukuk dengan hujung mata* aaaa jangan buat sakit2. *gedik betul kan. Waktu dia cucuk memang dah menangis dah*

D: dah 18 pun nak kena cucuk nanges lagi?

A: biar lah *sambil air mata mengalir ke pipi. Kehenseman anda tak dapat mengubati kesakitan tanganku doktor!*


Bersambung....

by : SNSZ


Friday, 31 August 2012

[cerpen] Aku Nampak Pocong!!

-bismillah-

jom pakat refresh anatomy & physiology ^^, in a creepy way >:/

 Aku Nampak pocong!!


Suatu malam yang pekat… Aku memandu lori ke Kampung Nangka untuk menghantar barang-barang runcit. Begitulah kerja aku seharian. Bila malam baru ‘shift’ aku berjalan.

kalau tak kenal lori :D

Hampir 2 jam aku memandu tanpa henti. Gluteus maximus aku mula terasa lenguh. Namun aku lega, keliling aku sudah menunjukkan banyak pokok nangka. Tandanya aku sudah makin sampai ke kawasan Kampung Nangka. Larynx aku menaik sedikit, lalu epiglottis aku menutup laluan ke trachea  bagi memberi  laluan aku menelan segumpal air liur. Memandangkan kelenjar liur aku bukan dirangsang dengan makanan, maka parotid gland lebih banyak merembaskan cecair serous ( lebih banyak air berbanding lendir) berbanding kelenjar lain.

Makin jauh ke dalam, aku mengerling ke cermin sisi. Sepenuhnya, aku dikelilingi pokok nangka. Kelam dan seerrrammm… Jujur aku cakap! Sampai di satu persimpangan...  

Oral aku berkumat kamit membaca ayat-ayat al-Quran. Sympathetic system aku memainkan peranan. Jantung aku berdegup kencang.  Tiba-tiba, Aku terlihat bayangan putih tergantung! Ah, itu bukan ke... POCONG!!! Serentak mantel dan mandible aku jatuh! Tapi suara aku tak terkeluar untuk meminta tolong! Wajah aku pucat memutih dek kerana superficial vein yang bertindak sebagai empangan darah menghantar lebih banyak bekalan darah ke jantung untuk dipam. Aku menjadi sesak nafas… Aku terasa RAS di brain stem aku tidak berfungsi, aku tidak lagi terjaga, mata aku terpejam, tubuh aku terkulai..Adakah aku melalui REM atau SWS?? Tidak, aku pengsan..


Lama... 

 ‘Tok!tok!’

Levator Palpebrae superiors aku terus menggerakkan kelopak mata untuk terbuka di saat cermin tingkap loriku diketuk. Aku menjengah ke luar tingkap. Sudah pagi. Seorang pak cik tua, berjubah, memakai kopiah dan dilehernya dililit dengan kain serban yang mengetuk tadi berdiri di sisi pintu lori. Di sebelahnya pula seorang lelaki yang berumur juga tetapi wajahnya bengis.

“Assalamualaikum. Anak nak ke mana?”
“ Kampung nangka, pak cik…erk, waalaikumussalam.”

Zygomatis major dan zygomatis minor  pak cik itu memainkan peranan. Tersengih pak cik itu sampai menampakkan barisan dentalnya yang putih bersih.

“Di sinilah kebun nangka... tapi kenapa anak tidur kat sini?”

Aku terkejut. Aku cuba mengimbas semula. Alhamdulillah, aku tidak mengalami amnesia retrograde. Saat aku teringatkan bayang putih yang tergantung itu, aku terus memalingkan wajah ke arah bayangan itu berada semalam. Aku tergamam sendiri. Huh?! 

Rupa-rupanya, bayangan putih itu ialah plastik putih balutan buah nangka yang memanjang ke bawah! -.-
macam ni haa! sadis

Aku menceritakan hal yang sebenar kepada pak cik itu. Tiba-tiba, pak cik berwajah bengis bersuara

“Kepala patella kau!! Manala kau letak cerebral cortex kau?? Takkan balutan putih ini pun kau tak cam? Boleh kau ingat tu pocong?”

Belum sempat aku menjawab, pak cik berjubah itu menenangkan sahabatnya.

“Sabar, Allah kurniakan kita limbic system. Gunakan. Cuba memahami keadaannya. Mungkin pemuda ini terkejut sampai pengsan. Lagipun malam kan gelap.”

Aku terlopong. Termalu sendiri.  ~facepalm~... Hee dapat tazkirah free. 
Jadi, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... jangan ingat orang muda je tahu Anatomy, physiology and  histology???! Ngee~;)

by 26payung :)
 
p/s encik Tortora sengih approval baca cerita nih :DD
 

Friday, 17 August 2012

Hormat; Tepuk Dada Tanya Hati

-bismillah-

Persoalan HORMAT. Hormat dan berkat itu berkait. Sungguh. Bagaimana ? Dengan hormat pada 'beliau', kita mendapat berkat dari 'Dia'. Dengan berkat dari-Nya itu, kita mampu mendapat hormat dari yang lain pula.
"Life is what you give. Give good services and you'll receive good services back." - Dr Jamnul Azhar on qualities of doctors.
Jom baca buah fikiran sahabat kita !

:: TEPUK DADA TANYA HATI <3 ::


“Fathi, cuba sambung ini. Satu, dua, tiga…,” cik Anis cuba menyoal anak saudaranya yang comel itu. Umurnya baru menjangkau setahun. Namun, subhanallah sangat pintar orangnya.

“empat, lima, enam, tu..juh, la..pan, shembilan, she..puluh!!!,” jawab Fathi sambil menepuk tangan.

Mulutnya herot-merot, menjawab soalan cik Anis dengan bersungguh-sungguh. Walaupun herot-merot mulutnya, tapi kepelatan dalam tuturannya masih kedengaran.

***************



“Eh, Qaseh dah pandai masak nasi ayam ke? Siapa yang ajar? Kalah akak dah ni,” seloroh Kak Mira kepada adiknya, Qaseh.

“Akak ni. Pandai-pandai je. Malulah Qaseh. Macam tak biasa je. Orang duduk oversea mestilah pandai masak. Kalau tak pandai kak, mati kitorang kebuluran. Hehe,” jawab Qaseh bersahaja.

    

***************
Hari ke hari, semakin ramai cerdik pandai yang wujud di alam fana ini. Tengok sahaja keputusan pepriksaan di Malaysia; UPSR, PMR mahupun SPM pasti akan meningkat setiap tahun.

“Menurut analisis Kementerian Pelajaran Malaysia, keputusan peperiksaan SPM pada tahun ini adalah yang terbaik sepanjang lima tahun ini!”


Memang seronok kan apabila dapat kuasai sesuatu bidang yang dahulunya kita tak tahu pun.

Tidak kisahlah ilmu apa sahaja pun; menjahit, memasak, baking, organic chemistry, biology, anatomy, histology, physics, ilmu hadith, ulum Al-Quran, tajwid dan lain-lain. Kerana ilmu itu luas, ilmu itu kita akan perolehi dari sesiapa sahaja, dari mana sahaja.

Namun, disebalik kejayaan kita menguasai ilmu itu, ada sesuatu yang kadangkala kita ambil remeh, dan enteng tentangnya.

Dan boleh jadi juga atas sebab inilah kejayaan kita hanyalah atas kertas; tiada makna, tiada berkat!

Eh! Mengapa begitu ??

Mungkin dalam fikiran anda sama dengan apa yang ada dalam fikiran saya, yakni menghormati guru^^
“Bagai lilin membakar diri,
Menerangi kegelapan hari,
Kau curahkan bakti dan budi,
Jasamu tiada pengganti”
Sebelum ini, pada saya perkataan ‘guru’ itu hanya layak untuk mereka yang mengajar saya di sekolah, universiti, atau mana-mana institusi pengajian.

Tetapi, baru saya tersedar bahawa ‘guru’ itu bukan setakat mereka tetapi orang yang mengajar kita sesuatu benda yang baru. Jom, dengar cerita imam syafie^^


Pada suatu hari, sedang Imam Shafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"



Hebatkan imam syafie? Sampaikan orang yang mengajar kepadanya tentang anjing pun, beliau sangat menghormatinya. Beliau juga sangat menghormati gurunya, Imam Malik walaupun Imam Malik sudah meninggal dunia.

Sebagai bukti, beliau tidak akan membaca qunut apabila sembahyang subuh di tepi makam Imam Malik. Hal ini kerana, bagi mazhab Imam Malik tiada doa qunut dalam subuh, tetapi bagi mazhab Syafie ada doa qunut dalam subuh. Selain itu, Imam Syafie juga tidak tidur dengan menghalakan kaki ke rumah Imam Malik!

Subhanallah, masyaAllah. Hormatnya Imam Syafie kepada guru-gurunya!
the truth kan

Namun, fenomena ini sangat berbeza sekarang. Hormati guru dianggap perkara enteng.
Guru dianggap orang-orang biasa sahaja. Sedangkan guru itu adalah yang menyampaikan ilmu kepada kita.

Fenomena pancitkan tayar kereta guru, calarkan kereta guru, mengumpat guru, memanggil guru dengan nama sahaja (tanpa ada gelaran cikgu, doktor dll) atau menggunakan panggilan yang buruk adalah sesuatu yang patut kita hindari.

Sahabat, 
kita semua adalah pemuda yang bakal mencorakkan masa depan Islam dan negara.
InsyaAllah, dengan izin dan kehendak Allah, kita semua adalah pemuda yang bakal dihormati masyarakat, bakal diberi sepenuh kepercayaan oleh masyarakat, bakal menegakkan Islam di muka bumi ini. 

Jadi, mari kita sama-sama memperbaiki diri, semoga jadi insan yang sentiasa diredhai Allah.
Sesungguhnya, Allah Itu Dekat (A.I.D)
[Al Baqarah: 186 ]

- by muslimahfavouriteAllah :)