Showing posts with label Tazkirah Sahabat :). Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Sahabat :). Show all posts

Thursday, 11 October 2012

Being Grateful ^^

-bismillah-

GRATITUDE - no, it's not graduation~


A is at the rooftop of a building while B is playing at the compound just in front of the building. 
A tries to call B, so, A cries for B loudly. However, B doesn’t hear it. Then, A throw down a newly-introduced 20 cents coin piece and it hit straight to B’s head (haha...take that!). 
B was surprised! but he is only attracted towards the shiny, golden brown newly-introduced coin. He becomes amazed and forgot to look upward to see who throws the coin... 
Without giving up, A then throws a big-sized boulder which once again hits B’s head. Only now, B looks upward and realized that A was trying to call him for many times.

Assalamu3alaikum wbt. :)

Well, the situation above symbolizes the reality of us, ungrateful creations of our Creator, Allah. 
Allah has granted us, humans with so many ni3mah; the ni3mah of breathing, seeing, talking, hearing, even facebook-ing :p , a normal physical body with physiologically complex with well-arranged functions...
But then, when we earn those fortunes, just a few of us, or maybe no one *na3uzubillah* will remember
Allah....


However, when Allah tests us with disaster, then only we will remember Him. How sad! How pathetic.

Actually, we have been reminded again and again to be grateful ALL THE TIME, not just SOMETIME.
Check this out -->
“Therefore remember Me, I will remember you, and be thankful to Me and do not be ungrateful to Me.” [ Al-Baqarah : 152]
“And when yout Lord made it known: If you are grateful, I would certainly give to you more, and if you are ungrateful, My chastisement is truly severy.” [Ibrahim : 7]
“Why should Allah chastise you if you are grateful and believe?...” [ An-Nisa’ : 147 ]
We managed to get good results, eating food that we want and earning things that we dreamed for, but does all that make us happy? Truly happy?

We often fear that what we already have is just not enough. We always want more and more and more!

Wanting a tablet pc after the smartphone,
Wanting old memories to be repeated while we have the present self..
Wanting one true companion after dozens of happy-go-lucky colleagues...
Wanting this after that..

Well, that’s just why we need to be grateful.

To whom? To Allah of course

So, express your gratitude to Allah by doing what’ve been asked and try to avoid what’ve been restricted.
:] being the real mu'minin, shouldn't we DOMErs?

What is simpler? Just say “Alhamdulillah” ^^ <- this worth as written in the Right-side Book :))
Alhamdu Lillah alaa kulli hal (:

p/s : thanks for reading. Hope this will benefit us all. Sorry for any grammar mistakes.^^

by : Cardiac
related info : [www.quran.com]
come on, hoping next time to read from YOU. :P

Sunday, 23 September 2012

Hello 2nd Year ^^

-bismillah-

HOI, JOM TUNTUT ILMU!

:D
haa, guane nak sebut nih?

Dari kecil lagi kita telah dihantar ke tadika untuk menuntut ilmu, sebelum itu lagi kita dah diajar oleh ibu bapa secara tidak formal. Kita pula sering dinasihati oleh ayah bonda "adik nanti belajar rajin-rajin tau" ungkapan yang sering kita dengar :')haruslah.

Tapi kenapa kita perlu untuk menuntut ilmu?
"eh, kalau tak menuntu ilmu, kau tak boleh jalan tau tak, nak makan pun tak boleh!"
Bukankah setiap perkara yang kita lakukan mestilah perlu dengan ilmu baru kita boleh lakukan. Makan, minum, berlari, hatta nak buang air pun kita perlukan ilmu tau tak! heh.

Menuntut ilmu bukan sahaja harapan ayah bonda kita, heh, tau tak, Allah suruh juga kita tuntu ilmu tau tak! Allah suruh kita berjihad dijalannya. Menuntu ilmu itu berjihad bukan?!
hoh, hosem gila, kita hanya perlu berduduk lenggang, sambil goyang kaki menelaah pelajaran dan itu sudah dipanggil jihad! 
wohohoo. kita setanding dengan Briged al-Qasam menentang Israel saban hari. cooool gila! kita juga laksana Sultan Muhammad al-fateh, Salahudin al-Ayyubi, dan juga para pejuang islam yang lain. *Tapi mereka jauh lebih hebat. eheh. jangan perasan lebih.

Tak percaya ?

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu pernah berkata bahawa, 
“Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)
 Dan yang paling penting, dengan ilmu jugalah kita dapat mengenali Allah dengan lebih dekat. 
Dan perasaan chenta kita kepada Allah juga akan semakin mendalam selepas kita semakin dekat dengan ALLah. Sebab itulah Allah memuliakan orang yang mempunyai ilmu ;)

“...niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Tak mahukah kita kembali kepada-Nya dengan kemuliaan?
Orang yang menuntut ilmu itu diangkat kemuliaanNya oleh Allah ^^
Ayuh kita menuntut ilmu dengan hati yang ikhlas demi menggapai cita-cita kita, dan yang paling penting, hadirkan diri kita untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah.

Siapa tahu buku ni angkat tangan! (^-^)/
Avicenna. Nama glamour Ibn Sina.

Para ilmuwan islam semakin ketandusan, teknologi dikuasai oleh Ilmuwan barat,
marilah kita menyedut roh-roh ilmuwan islam terdahulu seperti Ibnu Sina, Al-khowarizmi dan jutaan lagi ilmuwan islam yang dahulunya pernah gah di mata dunia.
HIDUPKAN KEMBALI ZAMAN KGEMILANGAN ISLAM DENGAN ILMU!
AYUH! YOSHHH!!

Akhir kalam, selamat kembali ke sekolah buat rakan-rakan Domers yang osem-osem sekahalian. Jangan sesekali pernah berputus asa, kita semua mahu kembali kepadaNya dengan kemulian :D Bukan keputusan yang dinilai, tapi usaha kita tu yang ALLah nilai tau ;)

sekian.

-by :
yang hengsem,
Umar al-Mujahid.


Sunday, 2 September 2012

Islam kamu... Automatik atau Manual?

-bismillah-


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sudah 19 tahun aku menghirup oxygen yang Allah bekalkan percuma, memastikan kontinuiti sistem pernafasan dapat berfungsi dengan baik. Dan setiap sedutan nafas adalah nafas sebagai seorang Muslim yang ditakrifkan secara 'automatik' sejak dilahirkan lagi.
Automatik?
Automatik?
Definitely.
Kita mendapat Islam secara percuma. Mewarisinya dari kedua ibu bapa kita sedangkan berjuta manusia lain bergelut dengan jiwa mereka sendiri dalam membenarkan hal-hal perihal keimanan kepada Allah s.w.t. Hidup mereka di'taburi' duri-duri ancaman dan tekanan apabila ingin melafazkan penyaksian kepada Tuhan setelah sinar hidayah mengisi rongga hati mereka atas tiket 'manual' untuk memeluk Islam.
Berbanding mereka, kita agak beruntung apabila tidak berhadapan dengan masalah sedemikian rupa.
Namun, rupanya tiket percuma ini bukanlah jaminan praktisan syumul sebagai seorang Islam. Ramai yang mendapat tiket ini masih lagi keliru dengan identiti dan entiti muslim mereka, masih ramai lagi yang ibadah mereka terumbang-ambing.
Mungkinkah kerana tiket 'automatik' ini yang menghalang jiwa kita men'devote' sepenuh cinta pada Allah?
Di mana bibir yang tak pernah kering meratib zikir padaNya tanda kesyukuran dan mata yang tak pernah kontang air mata keinsafan?
"........Dan sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba' : 13)
Mungkinkah kerananya juga yang menyekat sensitiviti kita apabila terangan musuh Islam melancarkan misi kehancuran serta oppresi berterusan terhadap umat Islam sedang kita lena mengulit mimpi dalam lena yang panjang tanpa nokhtah?

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda SAW: 
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” 
Jawab Rasulullah SAW, 
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
Apakah itu al-Wahn?Rasulullah SAW bersabda,Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Mungkinkah ini juga yang membarahkan gejala maksiat yang meladeni umat Islam tidak kira di barat, timur, utara dan selatan sehingga persepsi buruk tentang Islam 'menjelajah' minda al-kaafirun? 
"........Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai." ( al-A'raf : 179)

Jangan salah faham. Bukan saya maksudkan semua begitu. Mungkin saya hidup dalam atmosfera masyarakat yang begitu.

Umpamanya, saya pernah ke suatu program yang melibatkan pelbagai bangsa dan etnik. Sesuatu yang membuatkan saya kagum apabila mengenali X, seorang remaja berbangsa Cina. Dia menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mengenali Islam dalam perspektif yang lebih menyeluruh. Dia sering menguarkan pelbagai soalan perbandingan agama kepada saya dan juga rakan-rakan Islam yang lain. Adakalanya, kami sendiri terpaku dengan soalan-soalan yang diajukan. Ilmu kami masih cetek untuk memberikan jawapan yang meyakinkan kepadanya.
Saya yakin, dia sedang mendapatkan tiket 'manual' kepada Islam. Dan saya berdoa agar suatu hari, dia akan memeluk Islam walau bukan sedikit cuma tribulasi yang akan menguji kekentalan tekadnya itu.
Menyedihkan apabila ramai remaja Islam yang keislamannya secara 'automatik' kurang menunjukkan peribadi murni sebagai seorang Muslim. Ramai yang merokok, tidak menutup aurat, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Ya. Saya tahu diri ini bukanlah orang yang selayaknya menilai siapa mereka. Moga Allah memaafkan kesilapan saya. Cuma itulah apa yang saya perhatikan.

Mungkin ada yang akan berkata, implementasi sebagai seorang Islam bergantung kepada diri masing-masing. 
Dan saya tidak akan dapat nafikan. Cumanya, saya ingin membuka horizon pemikiran kita apabila kita mengenali Islam dalam metodologi yang berbeda.
Analoginya.
Perbandingan kita mendapat sesuatu secara percuma dan perlu bersusah payah untuk memperoleh sesuatu. Sudah tentu, kita akan lebih menghargai sesuatu yang kita dapat melalui usaha dan susah payah. Namun, tidak dinafikan juga, ada sahaja yang menghargai sesuatu apabila mendapatnya percuma.

Kholasah qaul, marilah bersama bermuhasabah. 
Adakah kita sudah menjalani kehidupan sebagai seorang yang benar-benar bersyahadah padaNya dengan sebenar-benar penyaksian?

Moga apabila kita sendiri sudah melazimi hidup sebagai seorang muslim, maka ramai lagi yang akan mendapat tiket 'manual' untuk kembali semula kepada islam. Ya, kembali semula. Welcome back to Islam!
Bukankah pada asalnya kita semua adalah Muslim? (:
Allah (a.w) berfirman: 
Dan saat Tuhanmu mengeluarkan anak cucu Adam dari tulang-tulang belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi atas Nafs (anfus) mereka : 'Bukankah Aku Tuhan kamu ?' ; Mereka berkata : 'Betul ! kami menyaksikan.' ; Hal ini agar kamu tidak dapat berkata dihari kiamat : 'Sungguh kami lalai dari perjanjian ini. (Al A'raf : 172)

by -Dr 1993-


Friday, 17 August 2012

Hormat; Tepuk Dada Tanya Hati

-bismillah-

Persoalan HORMAT. Hormat dan berkat itu berkait. Sungguh. Bagaimana ? Dengan hormat pada 'beliau', kita mendapat berkat dari 'Dia'. Dengan berkat dari-Nya itu, kita mampu mendapat hormat dari yang lain pula.
"Life is what you give. Give good services and you'll receive good services back." - Dr Jamnul Azhar on qualities of doctors.
Jom baca buah fikiran sahabat kita !

:: TEPUK DADA TANYA HATI <3 ::


“Fathi, cuba sambung ini. Satu, dua, tiga…,” cik Anis cuba menyoal anak saudaranya yang comel itu. Umurnya baru menjangkau setahun. Namun, subhanallah sangat pintar orangnya.

“empat, lima, enam, tu..juh, la..pan, shembilan, she..puluh!!!,” jawab Fathi sambil menepuk tangan.

Mulutnya herot-merot, menjawab soalan cik Anis dengan bersungguh-sungguh. Walaupun herot-merot mulutnya, tapi kepelatan dalam tuturannya masih kedengaran.

***************



“Eh, Qaseh dah pandai masak nasi ayam ke? Siapa yang ajar? Kalah akak dah ni,” seloroh Kak Mira kepada adiknya, Qaseh.

“Akak ni. Pandai-pandai je. Malulah Qaseh. Macam tak biasa je. Orang duduk oversea mestilah pandai masak. Kalau tak pandai kak, mati kitorang kebuluran. Hehe,” jawab Qaseh bersahaja.

    

***************
Hari ke hari, semakin ramai cerdik pandai yang wujud di alam fana ini. Tengok sahaja keputusan pepriksaan di Malaysia; UPSR, PMR mahupun SPM pasti akan meningkat setiap tahun.

“Menurut analisis Kementerian Pelajaran Malaysia, keputusan peperiksaan SPM pada tahun ini adalah yang terbaik sepanjang lima tahun ini!”


Memang seronok kan apabila dapat kuasai sesuatu bidang yang dahulunya kita tak tahu pun.

Tidak kisahlah ilmu apa sahaja pun; menjahit, memasak, baking, organic chemistry, biology, anatomy, histology, physics, ilmu hadith, ulum Al-Quran, tajwid dan lain-lain. Kerana ilmu itu luas, ilmu itu kita akan perolehi dari sesiapa sahaja, dari mana sahaja.

Namun, disebalik kejayaan kita menguasai ilmu itu, ada sesuatu yang kadangkala kita ambil remeh, dan enteng tentangnya.

Dan boleh jadi juga atas sebab inilah kejayaan kita hanyalah atas kertas; tiada makna, tiada berkat!

Eh! Mengapa begitu ??

Mungkin dalam fikiran anda sama dengan apa yang ada dalam fikiran saya, yakni menghormati guru^^
“Bagai lilin membakar diri,
Menerangi kegelapan hari,
Kau curahkan bakti dan budi,
Jasamu tiada pengganti”
Sebelum ini, pada saya perkataan ‘guru’ itu hanya layak untuk mereka yang mengajar saya di sekolah, universiti, atau mana-mana institusi pengajian.

Tetapi, baru saya tersedar bahawa ‘guru’ itu bukan setakat mereka tetapi orang yang mengajar kita sesuatu benda yang baru. Jom, dengar cerita imam syafie^^


Pada suatu hari, sedang Imam Shafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"



Hebatkan imam syafie? Sampaikan orang yang mengajar kepadanya tentang anjing pun, beliau sangat menghormatinya. Beliau juga sangat menghormati gurunya, Imam Malik walaupun Imam Malik sudah meninggal dunia.

Sebagai bukti, beliau tidak akan membaca qunut apabila sembahyang subuh di tepi makam Imam Malik. Hal ini kerana, bagi mazhab Imam Malik tiada doa qunut dalam subuh, tetapi bagi mazhab Syafie ada doa qunut dalam subuh. Selain itu, Imam Syafie juga tidak tidur dengan menghalakan kaki ke rumah Imam Malik!

Subhanallah, masyaAllah. Hormatnya Imam Syafie kepada guru-gurunya!
the truth kan

Namun, fenomena ini sangat berbeza sekarang. Hormati guru dianggap perkara enteng.
Guru dianggap orang-orang biasa sahaja. Sedangkan guru itu adalah yang menyampaikan ilmu kepada kita.

Fenomena pancitkan tayar kereta guru, calarkan kereta guru, mengumpat guru, memanggil guru dengan nama sahaja (tanpa ada gelaran cikgu, doktor dll) atau menggunakan panggilan yang buruk adalah sesuatu yang patut kita hindari.

Sahabat, 
kita semua adalah pemuda yang bakal mencorakkan masa depan Islam dan negara.
InsyaAllah, dengan izin dan kehendak Allah, kita semua adalah pemuda yang bakal dihormati masyarakat, bakal diberi sepenuh kepercayaan oleh masyarakat, bakal menegakkan Islam di muka bumi ini. 

Jadi, mari kita sama-sama memperbaiki diri, semoga jadi insan yang sentiasa diredhai Allah.
Sesungguhnya, Allah Itu Dekat (A.I.D)
[Al Baqarah: 186 ]

- by muslimahfavouriteAllah :)

Monday, 13 August 2012

Nota Cinta

-bismillah-
for every thought we make, for every step we take!

-nota cinta-

jangan mencintai orang yang tidak mencintai Allah SWT..
jika dia boleh meninggalkan Allah, tidak sukar untuk dia meninggalkan kita..

malulah dengan Allah SWT, jika hatimu mula mencintai makhluk melebihi cinta kepadaNya..

"Katakanlah:

"jika bapa-bapa,
anak-anak,
saudara-saudara,
isteri-isteri,
kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,
dan tempat tinggal yang kamu sukai, 

adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan-Nya,
maka TUNGGULAH sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." 

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."[QS;9:24]

jangan buat Allah SWT cemburu dengan kita..
:(
maha suci Allah.

- by Mukrim
taken from FB.


Friday, 22 June 2012

Hakikat Kejayaan Sebenar

-bismillah-

"People say I am successful. Wonder how cool I could be in His view... ?"


Semoga Allah Yang Maha Agung, mengurniakan kepada kita sifat berhati-hati atas kejayaan yang dimiliki.

kenapa perlu doa begitu pula?

kerana orang yang diuji dengan kegagalan ternyata lebih mendalam kesannya dibanding dengan mereka yang diuji dengan kejayaan.

Banyak orang yang bertahan menghadapi kesukaran,
tapi cuma segelintir yang tahan ketika menghadapi kemudahan dan kelapangan.

Ada orang yang bersabar ketika tidak mempunyai harta,
tapi ramai orang yang hilang kesabaran ketika hartanya melimpah.

Ternyata, harta, pangkat dan gelaran yang sering kali dijadikan sebagai alat ukur kejayaan, secara praktiknya sering membuat orang tergelincir dalam kesesatan dan kekeliruan.

Apakah sebenarnya makna kejayaan???
Setiap orang mungkin memiliki paradigma yang berbeza mengenai kejayaan.
Namun secara sederhana, kejayaan boleh dikatakan sebagai sebuah keberhasilan akan tercapainya sesuatu sasaran.

Pada dasarnya, dalam dimensi yang lebih luas, kejayaan adalah milik semua orang.

Tetapi persoalan yang sering terjadi adalah bahawa tidak semua orang tahu bagaimana cara mendapatkan kejayaan itu. 

Dalam paradigma Islam, kejayaan memang tidak hanya dilihat dari aspek duniawi, namun juga ukhrawi.
Untuk itu, kita inginkan suatu sistem atau pola kehidupan yang memungkinkan kita untuk dapat meraih kejayaan di dunia sekaligus di akhirat. Satu hal yang sejak awal harus direnungi bahawa kejayaan dunia jangan sampai menutup peluang kita untuk meraih kejayaan di akhirat.

Justeru kejayaan hakiki adalah saat kita berjumpa dengan Allah SWT nanti.

Apalah ertinya di dunia dipuji habis-habisan, segala kedudukan digenggam, harta berlipat ganda, namun ternyata semua itu tidak ada sekecil-kecil pun di sisi Allah SWT.

Orang yang berjaya sebenarnya, adalah orang yang mengenali Allah SWT, berani taat kepada Allah SWT dan berjaya menjauhi segala larangan-Nya. 
Orang yang benar-benar berjaya adalah orang terus-menerus berusaha membersihkan hati. 
Di sisi lain dia terus meningkatkan kemampuan untuk mempersembahkan pengabdian terbaik, di mana hal itu akan terlihat dari keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya. 
Kejayaan akhirat akan kita raih di samping kejayaan dunia yang didapati dengan tidak melakukan larangan Allah SWT.
Betapa bernilai ketika kejayaan dunia diperoleh seiring ketaatan kita kepada
Allah SWT!

Oleh kerana itu jangan merasakan kejayaan itu hanyalah pada saat mendapatkan sesuatu.
Luaskan skop pemikiran, bahawa kejayaan kita adalah ketika kita mampu mempersembahkan yang terbaik dari hidup ini untuk kemaslahatan manusia.
Itulah ‘rahmat lil alamin‘ – rahmat bagi seluruh alam. Itulah Islam.

Akhi, pakai dah smart tapi takkan kejar dunia saja?  ^^v
Begitu pula bila kita menyangka bahawa kejayaan itu adalah apabila kita telah memiliki rumah yang megah dan harta yang banyak.
Sementara itu, melihat orang yang tinggal di rumah murah sebagai tanda kegagalan mereka.
Walhal, kita bersikap sambil lewa untuk memenuhi itu semua. Bahkan boleh jadi untuk  mendapatkan perkara 'yang dianggap kejayaan besar' itu, akhlak sama sekali tidak kita perhatikan.

Na’uzubillah. Sebenarnya, siapa pun boleh menjadi orang mulia dan berjaya, tidak kiralah ia seorang pembantu rumah, guru, peniaga, atau sesiapa sahaja.
Selama orang itu bekerja dengan baik dan benar, taat beribadah dan akhlaknya mulia, dia boleh menjadi orang yang berjaya!

Kenapa saya berkata demikian??

Boleh jadi orang yang berjaya itu hanyalah seorang pembantu rumah...
Saat bekerja ia melakukannya sepenuh hati. Ia bekerja dengan baik. Dalam pekerjaannya itu ia menjaga solatnya, tidak berkata dusta dan ia benar-benar menjaga kelakuannya terhadap majikan.
Bukankah itu langkah menempa sebuah kejayaan yang besar?

Sebaliknya ada juga majikan yang kasar dan juga kaya, namun kekayaannya itu sendiri didapatkan dengan cara yang tidak halal. Bukankah lebih mulia pembantu rumah daripada majikan yang seperti itu?

Begitu juga boleh berjaya hanya bekerja sebagai guru... 
Ia tidak begitu dikenali. Ke sekolah pun mungkin dengan berjalan kaki. Tetapi dengan tulus ia tetap menjalankan pekerjaannya. Boleh jadi ia lebih mulia daripada rektor yang jarang mengenal sujud di hadapan Allah SWT. Sebab apalah erti gelaran professornya bila tidak memiliki kemampuan
mengenal Tuhannya sendiri!

Atau mungkin seorang penjual sayur... 
Dia jujur dan tidak pernah mengurangi timbangan. Untungnya juga tidak terlalu banyak. Tetapi ia tetap mulia dalam pandangan Allah SWT. Dibandingkan pengusaha besar yang licik, suka menyuap juga tamak.
Maka, demi Allah!
Kedua-duanya akan sampai kepada kematian. Adapun yang mulia di hadapan-Nya tetap orang yang jujur.
Maka berhati-hatilah, bukan gelaran yang membuatkan seseorang itu lebih
baik. 
Itu semua hanyalah ‘topeng’. Semuanya itu tidak beerti apa-apa jika peribadinya sendiri tidak berkualiti. Oleh kerana itu, jangan kita hormat kepada orang yang tidak menjadikan kemuliaannya untuk taat kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
taqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Al-Hujurat : 13)

Jadi, yang paling mulia bukanlah orang yang paling banyak gelarannya atau orang yang paling kaya dan dianggap paling berjaya!


Orang mulia dan berjaya adalah orang yang mengenal Allah SWT. Lalu dia taat pada-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Tegaknya Islam di zaman Rasul SAW juga bukan kerana pangkat, kedudukan dan gelaran. Islam tegak kerana kemuliaan akhlak kaum Muslimin saat itu.

Ekonomi negara hancur bukan disebabkan oleh kurangnya orang pintar, tapi lebih disebabkan oleh kurangnya orang yang berakhlak mulia.
Dunia politik hancur bukan disebabkan oleh kita yang tidak mengerti hal politik, tapi lebih disebabkan oleh orang-orang yang zalim, licik, tamak dan tidak bermoral.

Kita kembali kepada al-Quran 
bahawa orang yang berjaya 
adalah orang yang berjaya menjaga dirinya, 
menjaga fikirannya, menjaga matanya, menjaga mulutnya 
sehingga hidup ini ada di jalan yang tepat, 
jalan yang disukai Allah SWT. 
Posisi dan jawatan apa saja tidak mengapa, tidak harus menjadi orang yang paling tinggi status pada pandangan manusia, yang penting tinggi pada pandangan Allah SWT. 
Tidak semua orang dapat menjadi orang yang tinggi pangkatnya. Berjaya dalam pandangan Allah SWT tidak diukur oleh harta, melainkan dia taat kepada Allah SWT. Kejayaan adalah ketika dia mempunyai kedudukan, dia tetap taat, tetap tawaduk dan berakhlak mulia. Dia popular tetapi popularitinya boleh menjadi contoh yang mengajak orang lain taat.

Maka, percayalah,
orang yang berjaya,
 adalah orang yang tidak pernah merasakan dirinya berjaya, 
kecuali semua ini adalah amanah Allah SWT. 

Orang yang berjaya adalah, 
orang yang tidak merasa suci dan ingin dipuji. 

Orang yang berjaya,
 adalah orang yang selalu memuji Allah SWT dan bertaubat memohon ampun. 
Dia sedar bahawa apa pun yang diperolehnya adalah amanah yang dipersoalkan kelak. 

Insya’ Allah kita akan menghadapi saat kematian kita esok dengan mempersembahkan karya terbaik kita dalam kehidupan!

Ikhlas kerana Allah SWT. Itulah misi kehidupan kita, bukan mengumpul harta dunia yang akan kita tinggalkan. Dan itulah makna kejayaan yang sejati.
The real success is from the beginning!

- by Fakhruddin ArRazi

Thursday, 31 May 2012

Raikan Fitrah; Ilmu dan Kematangan

-bismillah-

cuti semester. masa untuk diri sendiri, masa untuk mencari semula kekuatan dan tenaga yang seakan kering dek berjuang dalam menuntut ilmu.
pernah terfikir bila pula masa yang perlu diluangkan untuk masa depan ? :)
ehem. tuned minda untuk kematangan. bukan suka suka post ini dikarang oleh sahabat kita. ada mesej penting buat bakal penggerak bahtera ummah sekalian.


K.A.H.W.I.N

(krik... krik... krikk...)
Bila sebut pasal ni,
Teringat zaman kecik-kecik dulu..
Masa tu, kakak sibuk solekkan saya, pakai baju cantik-cantik
Nak main kahwin-kahwin dengan jiran.
Waktu tu, untuk budak berusia 6 tahun,
Kahwin ni hanyalah pakai cantik-cantik dan duduk bersanding...

... krik3 ...

Aish, rupa-rupanya kahwin ni tak semudah tu... kan?

“Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? 
Nak suruh DOMErs kahwin awal ke?”
Eh, tak. Bukan semudah dan se-simple itu permikiran kita.

Tapi, bila tiba masa sahabat-sahabat saya nak kahwin, saya gembira ja.
Sebab masing-masing Allah dah tetapkan masa yang terbaik.
Betul kan?

Cuma, tulisan saya ini untuk saya berkongsi rasa.
Yelah, isu ni bermula semenjak menjejakkan kaki ke Bumi Urdun ni.
Entah mengapa 
tak henti-henti jadi perbualan, 
biarpun bukan seorang dua yang melarikan diri daripada memikirkannya... 
entah sampai bila mahu melarikan diri ya?


Pada saya, tak salah bila nak berbicara soal ni, 
cuma adakah cukup sekadar :

“ Kalau boleh aku nak engineer.. tak nak doctor,busy.Dentist tak pe..boleh tahan lagi..”

“bakal zaujah ana, mesti pandai buat kerja rumah, masak…”

“saya nak yang beriman, yang mampu jadi Imam saya sampai syurga…!”

“ nak kahwin awal lah, boleh jaga hati...”


Adakah cukup sekadar berbicara begini sahabat2ku ?
Sudah tentu tidak!
 


***

MATLAMAT HIDUP
Diciptakan manusia, bukan nya sia-sia. Allah s.w.t telah berfirman dalam Al Quran.
Saya yakin semua sahabat-sahabat saya tahu:
*Hamba
*Khalifah

Dan semua ini untuk capai MARDHATILLAH, 
atau dalam kata-kata yang lebih indah : CINTA ILAHI

Matlamat kita besar
Perjanan kita masih panjang
Tak salah kalau kita cuba luaskan skop pemikiran kita.

Kahwin
Adakah sekadar berlandaskan cinta antara dua insan?

***********************************************************************

Syukur, kagum, melihat sahabat-sahabat, yang sudah mula bercakap
Tentang Baitul Muslim : Rumahtangga Muslim

Cakap mereka bukanlah tin kosong!


Tapi,
Apa yang mereka fikirkan,
betapa pentingnya soal pendidikan anak-anak...
Untuk melahirkan generasi yang unggul...

Sahabat,
Mereka, bukan membicarakan soal cinta pada manusia yang bergelar Adam dan Hawa
Tapi cinta pada ISLAM itu sendiri
Mereka memikirkan masa depan Ummah!

Dan bila kita berbicara tentang isu ini, mari muhasabah diri kita kembali.

Sudah mampukah kita untuk mendidik generasi akan datang, 
andai diri kita sendiri pun masih lagi terkapai-kapai?
Cuba kita tengok balik solat kita?
Ilmu Fardhu ain kita? 
Mampu ke nak memikul tanggungjwab sebagai ketua keluarga?
Al-Quran kita?
Akhlak kita bagaimana? Pemarah? Merajuk?

Subhanallah, banyak lagi perkara yang kita perlu islahkan pada diri kita.

i may not get the most pious spouse, but i do all these to earn the Jannah^^
where i believe the promised pious spouse is waiting for me :)
check it out here :D [2:25]

Saya kagum bila melihat video yang DOMErs hasilkan
“Sebelum Aku Terima Nikahnya…”

Video ini menggambarkan, betapa pentingnya kita persiapakan diri, bermula dari sekarang.
Saya menanti kesinambungan video ini… ^^

Menjadi soleh dan solehah bukan sekadar untuk dapatkan yang solehah dan soleh
Tapi, untuk mendapatkan pandangan Allah swt, Cinta Ilahi
Dan daripada tu, insyaALLAH, Allah akan kurniakan insan yang terbaik untuk kalian.
Yang akan sama-sama memikul tanggungjawab sebagai ummah Islam.


Memetik kata-kata seorang sahabat,
"dua insan ini dalam perjalanan menuju ke syurga, pada satu titik kehidupan mereka akan bertemu, dan meneruskan perjalanan ke syurga... bukanlah apabila sudah bertemu baru berfikir memacu berlayar ke syurga, kerana jika ditakdirkan tidak bertemu maka tiadalah permulaan pelayaran ke syurga! nauzubillah..."
***

Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menulis dalam kitabnya Al-Usrah Kama Yuriduha Islam ,
Perkahwinan membawa matlamat meluaskan agama Islam. Maka, suatu rumahtangga perlu memiliki ciri-ciri Islam…”
Justeru, hiasilah diri kita dengan ciri-ciri Islam, bermulalah dari sekarang.
Bila disebut tentang perubahan, ia adalah satu proses,
Dan proses bukanlah mengambil masa yang singkat.
Proses bermula dengan ilmu dan istiqamah.
Bukan melarikan diri kerana takutkan bayangan kematangan dan tanggungjawab hari depan !

Akhirnya,
tak salah untuk berbual tentang isu ini,
Tapi biarlah ada kesan baik pada diri.
Kesan baik pada pendengar.


"Bukan sekadar menambahkan bunga di taman hati tapi turut berbuah keinsafan dan keimanan pada Ilahi."

“Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung” [5:35]

InsyaAllah, moga kita menjadi insan bertaqwa, tanpa mengira status ^^

-nukilan : Nurul Solehah
*Maaf jika ada kekhilafan pada tulisan ini, sekadar pandangan peribadi.


Thursday, 24 May 2012

Ini Baru Dinamakan Cuti Semester!

-bismillah-

editor's note:
jom lapangkan masa, bacalah perkongsian dan pesanan dari sahabat akhawat sebelum bercuti panjaang :)
bacalah sebelum hari pertama cuti kalian bermula, sebelum apa2 langkah ke luar rumah dijejak.
bacalah sebelum terlambat. moga diberi kesempatan dan keberkatan dalam setiap tindakan.

tika celik mengimpikan Syurga, maka tidur juga biar bermimpikan Syurga!
***

assalamualaikum..

alhamdulillah semua dah habes exam..

apapun keputusan percayalah itulah yang terbaik,

mungkin bukan hari ini rezeki kite,mungkin bukan waktunya sekarang..

Allah itu Maha Adil..

Allah bagi kepada yang betul-betul layak sekarang..

layak menerima ujian kejayaan dan kegagalan..


mungkin Allah tak bagi kite kejayaan sekarang sebab Allah nak tunjuk..
bila kita di bawah siapa yang menyokong kite,
bila kite jatuh sape yang tolong angkatkan,
bila tangan kite lemah sape yang tolong genggamkan,
bila kita gundah siapa yang menyenangkan..

dan mungkin juga kita tidak mampu menerima ujian kejayaan itu,
kerana Dia tahu Riak kita akan menjadi Tuhan,
kerana Dia juga Tahu Takbur kita akan menjadi Raja...
percayalah..Dia Maha Tahu..

jadi sempena cuti sem musim panas ini, sudah pasti ramai sahabat2 yang akan keluar melancong, berjaulah.. tak kurang jugak yang stay kat Irbid saja..

sahabat2 tahu tak ?

perkara yang kita kurang sedar betapa kita ini bertuah,, dikelilingi orang yang sentiasa akan bermsafir tatkala tiba musim cuti.. tahukah kalian apa peluang keemasan yang kita boleh dapat ?

hehe. bukan setakat ole-ole dari kawan2 kite,senior mahupun hadiah keychain dari Turkey, mahupun jubah dari Mekah..

tapi saya mahu menyeru kita semua sama-sama merebut peluang untuk meminta didoakan kepada sahabat2 atau teman2 yang kite kenali sepanjang kepemergian depa atau sepanjang permusafiran mereka..
kerana...
"..Doa orang musafir antara Doa yang mustajab.."

saya ade satu kisah benar. kisah bekas pelajar Muktah.

beliau tidak mempunyai sebarang sijil yang boleh melayakkan dia diterima ke Muktah. tetapi dia hanya mempunyai Ilmu yang dipelajarinya di pondok. kerana sistem pondok yang tidak menyediakan sebarang sijil yang boleh 'dipakai'... dia berazam walaupun dia kemungkinan tidak akan diterima oleh pihak universiiti. beliau sangat bertekad untuk memasuki Univ Muktah.

sepanjang perjalanan beliau ke bumi Jordan, dia tidak pernah berhenti berdoa dalam perjalanan. Beliau tidak tidur lena melainkan terlelap.

Berdoa dan terus berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
kerana dia yakin..."doa si musafir adalah doa yang mustajab.." ...
setelah menjalani ujian kemasukan, alhamdulillah. dia diterima masuk! sedangkan, beberapa sahabatnya yang lain yang memiliki 'sijil' tidak mendapat peluang tersebut. urusan kemasukan beliau berjalan lancar, dan alhamdulillah beliau sekarang telah pun lulus cemerlang dari Univ Muktah dengan satu tahun lebih awal daripada tarikh jangkaan pada awalnya...hebat kan ?

jadi, saya kira... lepas nie, kalau ada sahabat2 kite yang nak musafir, lebih-lebih lagi yang nak pi umrah... perkara pertama yang perlu kite mintak adalah doa...

mohonlah ape saja!
lulus exam, ade rezeki nak pi umrah macam depa jugak,
cepat kawen, jadi anak soleh/solehah, dapat grad dengan jayanya selama 5 / 6 tahun kat JUST, nak kumpul emas banyak2, nak jodoh yang soleh dan solehah... nak balek raye same2 tahun nie... dan banyak lagi kite boleh mintak sahabat2 kite doakan...

gunalah peluang ini, sahabat!

bukan hanya ole-ole, bukan buah-buahan, jaket kulit buatan turkey, bukan kicap malaysia (hehe), bukan sekadar budu(hihi)...

 tapi sertakan juga lah kiriman doa pada sahabat yang bermusafir :)

dan bagi yang tidak bermusafir...
manfaatkan cuti masing2... cuba kita muhasabah... cuba bayangkan... jika kita pulang ke malysia, apakah yang kite ingin bawakan untuk mak ayah kite?

cukupkah sekdar halawiyat ?
coklat Pak cik Zam Zam ? jubah balad? coklat Bon-bon dari Aqabah ?
kacang pestacio Mat3am Jmaiah...?
semestinya tidak... bukan itu sahaja.
jadi, manfaatkan cuti ini untuk perkara selain movie marathon dan aktiviti yang sewaktunya... dan saya kira time cutilah fatrah terbaik untuk memantapkan skill masakan syabab-akowat... dan tak kurang juga skill photoshop dan sewaktu dengannya... skill tajwid bagi yang masih berkesempatan ke markaz hafsah untuk marathon "tahsin Tajwid'...
ilmu apa nak ajar anak2 generasi baru nanti, wahai ibu, wahai ayah ??? sekadar ilmu histology, ilmu organic chemistry, anak lari!!!
nauzubillah. :)
jom pastikan masa yang tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum kebanyakkan kite pulang ke Malysia... membawa sesuatu yang baru pada diri kita... itulah yang lebih menyejukkan mata serta hati ibu dan ayah kite... perubahan dari segi ibadah dan kematangan sebagai anak... bukan niat menunjuk tetapi sebagai tiket kepercayan kepada ibu dan ayah kite bahawa dento ataupun medico students dari middle eat adalah berbeda sekali dengan yang lain !!
so manfaatkan cuti ini sebaik mungkin untuk cuba memenuhi 'lists' kite yang kite telah listkan semasa awal2 kite sampai dulu... kerana ape? kerana ini adalah cuti terakhir untuk kite grab sedikit sebanyak added values (x-factors / nilai tambah)  kat sini sebelum kite kembali disibukkan dengan urusan exam dan pelajaran musim panas yang 'warm'... hehe..

sempena permusafiran saya kali ini, akhir kata saya mohon maaf jika ada salah silap sepanjang menjadi sebahgian daripada yang bernaung di bawah "kubah' ini. saya manusia biasa. dan sahabat2 juga manusia biasa. sama-sama kita maafkan satu sama lain. dan smaa2 kita mendoakan satu sama lain. halalkan segala tunjuk ajar.
insyaAllah we are the dento/medico to-be for the sake of Allah!
ameen.
 "...YA Allah lapangkan dada kami seperti mana Engkau lapangkan, bukakanlah bagi kami pintu fahaman nabi2 serta hafalan para rasul..dan tunjukkilah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai..ameen ya Rabb!.."
***
i'm among one of you under this DOME.
let's make our DOME stronger for our UMMAH.
InsyaAllah : ) ameen ya Rabb..
- by 3A

Wednesday, 16 May 2012

Jom Bina Jiwa Bahagia ^^

-bismillah-

Peaceful states of mind.


ALLAH itu Maha Hebat. ALLAH itu Maha Memahami.

Perjalanan hidup kita sehari-hari, pasti dilalui dengan bermacam-macam perkara yang menuntut komitmen kita untuk dilakukan. Segala kerja yang memerlukan komitmen itu adalah sebagai seorang hamba ALLAH, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat, seorang kawan mahupun seorang manusia.

Dalam melakukan segala pekerjaan itu ... 

Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun sudah kita mencuba dengan sedaya upaya. 
Selain tu, ada natijah yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.
Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang dijangkakan tidak berlaku. 

Dari situ, timbul sapaan dari hati sendiri dan mempersoalkan kebolehan serta pertolongan Allah.
Lalu, monolog dalam hati, 
“Apakah aku tidak layak untuk mendapat pandangan dari ALLAH ?”
“Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?!”
“Kenapa aku macam ni? Aku teruk sangatkah sehingga natijah semuanya seperti ini?!”

Jom Hiburkan Diri Dari Rasa Putus Asa !! 


Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain.


Dan kehidupan ini dicipta oleh Allah S.W.T untuk menguji siapa di antara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala ujian dari-NYA.

Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH S.W.T, satu perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. Allah tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja terhadap hamba-Nya. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan! 
Percayalah sahabat ^^ 

Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita di saat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan. 
  
Persoalannya, mengapa? 
Kerana ia sekadar menyapa. 
Ya, ujian datang sekadar menyapa.
Namun awas,jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda!

Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda. 
Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan Allah S.W.T.

Sahabat,
Fikirkan... Renungkan... Sematkan...

ALLAH yang mencipta kehidupan ini.
Allah jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jua lah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. 
Justeru, mengapa Allah memberi kegagalan? 
Kerana ALLAH lebih tahu. Jadi, serahkan saja semuanya pada ALLAH!

Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu, tanpa kita berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga Allah berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui!

Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa. 

Siapa yang tidak pernah hampir berputus asa? Saya sendiri pernah kecewa semasa ingin menduduki peperiksaan dahulu. Namun, selepas peristiwa itu, ALLAH hadirkan pula anugerah yang sangat-sangat tiada tandingannya. Alhamdulillah!

Saya merenung semasa berdiri. Lalu mengaitkan kebahagiaan yang muncul itu dengan ujian dari Allah. Terduduk melutut saya dibuatnya. Tiba-tiba sahaja lutut menjadi longlai. Sangat bergetar, mengakui kebesaran ALLAH. Subhanallah!
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [23:115]

Sifat berputus asa ini bukanlah sesuatu yang baik. 

Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan ALLAH S.W.T dan rahmatnya. Mungkin ada rajuk dihati. Jika anda perhatikan, sejurus menerima kegagalan, manusia akan cepat gopoh dan tidak menerima qada’ dan qadar yang ditentukan olehnya.

Malah di dalam kalamullah sendiri Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin itu. 
Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada dan qadar pasti percaya dan yakin dengan perancangan ALLAH S.W.T.

Percayalah, Allah S.W.T Tidak Pernah Zalim.....
Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNYA. Malah, ALLAH
Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu yang ditakdirkanNYA. Namun begitu,
begitu ramai manusia yang memilih untuk tidak ingin melihat himah
disebalik kegagalan. Jarang sekali kita sebagai manusia menghadapi
qada dan qadar Allah dengan menyerahkan segalanya kepadaNYA.
Sebaliknya, kita sandarkan ketentuan Allah itu dengan perasaan yang
kesal dan tidak redha.

Gagal beberapa kali tidak bermakna kegagalan itu adalah untuk
selama-lamanya. Yang menjadi persoalan utama selepas kegagalan itu
adalah bagaimana anda sebagai seorang hamba Allah berhadapan dan
mengendalikan perasaan berhadapan dengan situasi kegagalan tersebut.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” [29:2-3]

Sentiasalah positif. Bersangka baik dengan Allah.


Akhirul kalam, peringatan buat diri sendiri lebih-lebihnya.. 
Kegagalan itu, pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T selagi mana kita berusaha
dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah. 
ALLAH Tuhan kita, kita milik Allah. Maka, Allah lebih tahu akan keadaan selepas,
sebelum dan sedang kita lalui.

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?" 

Wallahu’alam.
Semoga Allah merahmati.
- by Fakhruddin Arrazi

Salam Imtihan, Sahabat!

-bismillah-

Salam Imtihan :) 


Dalam menempuh fatrah imtihan yang kini sedang dibelenggu sahabat sekalian, pasti semuanya sedang bertungkus lumus menelaah setiap mata pelajaran di saat akhir ini.Dan yang paling penting, pasti semuanya sedang menambah amalan ibadah dan doa untuk menjamin kejayaan yang ingin di kecapi.

Sesungguhnya tawakal itu sangat diperlukan oleh kita setelah berusaha sehabis baik,
"..maka setelah engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkalah kepada Allah."[3:159]
untuk ikhwah

Allah sendiri yang menyuruh kita bertawakal kerana Dia tahu kita itu lemah, 
walau hebat manapun seorang manusia itu dalam pelajaran, dia masih memerlukan sesuatu sebagai tempat bergantung, dan dalam kaedah aqidah sendiri, manusia apa pun hatta manusia yang tidak menganuti agama, apabila dia berada dalam fatrah ketakutan, pasti dia inginkan sesuatu untuk bergantung yakni Tuhan :)

Dan cara untuk memohon kepada Allah bukanlah hanya dengan doa semata,

"Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. "[2:45]
Solat semestinya perlu kita lakukan dan setelah itu sabar sangatlah diperlukan kerana pertolongan Allah itu mungkin tidak diberikan secara terus menerus dan mungkin dalam keadaan kita tidak perasan yakni dalam bentuk yang kita tidak sedar dan sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah ^^
cc: kisah Nabi Musa (search sendiri)

Namun, janganlah kita lalai, tawakkal kepada Allah itu bukanlah hanya di fatrah imtihan sahaja, akan tetapi tawakkal itu adalah suatu yang kita perlu lakukan berterusan.
"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon(pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali(taat) kepadaNya; akan tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa(akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan(manusia) dari jalanNya. Katakanlah, "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka." " [39:8]

untuk akhawat
Ingatan untuk semua,
selepas habis fatrah imtihan nanti, janganlah kita berhenti dalam beribadah kepada Allah.

Terus istiqamah dengan apa yang telah kita mulakan sekarang.
Movie, game,fesbuk atau apa-apa sekalipun yang ingin kita lakukan selepas selesai imtihan, lakukanlah ia sekadar untuk merehatkan minda, tapi janganlah sehingga lalai untuk beribadah kepada Allah, subuh hilang di masjid, al-quran hanya dipandang. 

Jadikanlah ibadah yang kita lakukan di saat imtihan ini sebagai satu titik permulaan untuk kita melangkah ke arah yang lebih baik, dan terus menerus mengejar Sorga Ilahi :D

InsyaAllah.

-by Dr Iz yang ohsem XD

Sunday, 13 May 2012

ingatan sebelum habis final exam ~

-bismillah-
assalamualaikum.
sedikit perkongsian menghadapi exam,, 

moga dapat menanam kembali semangat dan menajamkan matlamat asal yang kita bina sebelum ini.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabda:

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

eh? >< nauzubillah.


kesimpulannya ?

wajib bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu dan beribadah.
so, jom jadi ikhlas sebelum terlambat.

*** jangan lupa Islam adil, tak syadid ***


tapi, bagaimana mahu menanam ikhlas ? 
bukankah susah ? 
tipulah kalau tak letak harapan nak markah tinggi, monolog separa sedar.

:)

Allah sayang semua hamba-Nya.
Allah suka kita berdoa kepada Allah. Jangan lupa fakta ni.
Jom doa :
"ya Allah, rezekikan kepada aku ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan.
"ya Allah, ajarkan aku bagaimana untuk ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan."
manusia makhluk, mana mungkin mampu menjadi Khaliq (pencipta).
see, ask sincerity from Allah! and He'll show us the way :)
insyaAllah.
"ya Allah, peliharalah aku daripada perkara yang merosakkan ikhlas, dalam setiap kata-kata dan amalan."
 amiin 3x.
doakan juga untuk semua sahabat!

***


moga Allah lindungi kita. moga Allah berkati.
- by Farhana Khalid