Thursday, 30 August 2012

Perkahwinan...Sudah Bersediakah Kita?

Bismillah..


Seringkali diri ini terdengar ungkapan apabila bertemu remaja dengan masa lapang akan tertunaslah bibit-bibit kemaksiatan.. Sifat keremajaan yang sentiasa sukakan cabaran dan benda baru (merujuk kepada yang negatif) menipiskan pendirian agama yang menjadikan mereka immune dari bakteria dan virus hati..

Masa yang lapang merupakan ujian yang sangat besar kepada umat islam.. Ramai di antara mereka terleka dan mula  bergelumang dengan perkara yang sia-sia.. Tak kurang juga yang tergelincir ke dalam lembah kehinaan.. Terpesong dari jalan yang lurus.. Sesat dalam arus kemaksiatan yang durjana..


Adapun mereka golongan yang celik akalnya melihat ini sebagai peluang meningkatkan ilmu dan akhlak islaminya.. Kukuh pasaknya di atas jalan yang benar.. Dia sedar bahawa masyarakat di sekeliling amat butuh khidmatnya kelak bukan setakat menagih bantuan professionnya tetapi memerlukan renjisan kesegaran untuk rohaninya yang tidak bermaya.. Bekalan untuk menongkah arus "permodenanisasi" yang kian hari kian mencabar..

Apakah kita sudah mengisi masa kita dengan baik? Tepuk dada dan bertanya. Ya! Kita sendiri yang tahu!

Umur begini kita sibuk berbicara tentang cinta dan perkahwinan.. Adakah kita sudah menyediakan ilmu yang sufficient untuk melayari bahtera perkahwinan? Sudah pasti alam perkahwinan akan dipenuhi dengan ketenangan laut yang membiru ibarat bumbung langit dihiasi dengan kicauan Sterna Bernsteini memutihkan lagi awan-awan di lautan..

Namun, ada juga kalanya ombak-ombak keras akan menerajang bahtera... Seandainya tidak ditangani dengan baik akan mengaramkan bahtera perkahwinan menjadi serpihan-serpihan kekecewaan dan kesedihan..

Di sini ada peluang yang baik! Pada 6 Oktober 2012 akan diadakan Seminar Baitul Muslim bertempat di Dewan Kristal, Menara TM, Petaling Jaya.. Jangan lepaskan peluang ini! Berikut adalah detail seminar:


[ SEMINAR BAITUL MUSLIM ] Bismillah..Dengan ini kami dengan rasminya membuka pendaftaran untuk seminar ini. 

Mohon baca dan teliti maklumat dalam poster. Untuk pendaftaran dan detail seminar boleh layarihttp://rkurl.com/baitulmuslim

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi cik Karimah di 013 250 8818 atau boleh emelkan ke event@oneheartsolution.com 

Mohon sebarkan pada rakan yang lain. BarakAllah fikum! :)

~Sebelum Aku Bernikah..~

#Kredit poster kepada One Heart Printing & Design



 From the page  http://www.facebook.com/oneheartsolution

Jangan lupa mendaftar! ^^,

Wednesday, 29 August 2012

Setelah Ku Dipaling


Kekadang hakikat ujian yang Allah berikan bukanlah kerana ingin menghukum hamba-hambanya,

Bukanlah kerana Dia ingin melihat hambanya terseksa dengan berat ujian yang dikirimkan,

Tetapi, di saat gelap mata hambanya terleka dengan permainan dunia,

Terlupa pada asal tujuan ditiupkan ruh ke dalam jasadnya yang tidak bernyawa,

Dititikkan setitis ujian ke dalam bongkah kehidupannya agar terbebas dari sangkar kemaksiatan,

Kemudian, hamba yang hina ini dicalitkan hidayah dan kembali cerah pandangan hatinya yang asalnya kelam,

Kembali semula kepada Tuhannya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.




Saturday, 18 August 2012

Selamat Tinggal Cinta ~ ♥

Hampir sebulan menahan diri,
Kini tiba saat dinanti,
Tinggalkan cinta setahun sekali
Melayar rindu di dalam hati.



Cinta bakal membawa diri,
Menguji kesetiaan diri ini,
Sibuk beribadat berhari-hari,
menjadi hamba si Ramadhani.



Ayuh bersiap menghadapi hari graduasi,
Yang benar-benar menguji kesetiaan cinta di hati,
Cabaran sebenar adalah selepas ini,
Menjadi insan tulus rabbani.


Selamat Hari Graduasi
Semoga Profession sebagai hamba selepas ini
Menemui matlamat yang diimpi
Maaf dipinta mewakili diri :)


by: Ariff Solihin

credit: http://www.facebook.com/RamadanPhotography