Monday, 13 August 2012

Nota Cinta

-bismillah-
for every thought we make, for every step we take!

-nota cinta-

jangan mencintai orang yang tidak mencintai Allah SWT..
jika dia boleh meninggalkan Allah, tidak sukar untuk dia meninggalkan kita..

malulah dengan Allah SWT, jika hatimu mula mencintai makhluk melebihi cinta kepadaNya..

"Katakanlah:

"jika bapa-bapa,
anak-anak,
saudara-saudara,
isteri-isteri,
kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,
dan tempat tinggal yang kamu sukai, 

adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan-Nya,
maka TUNGGULAH sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." 

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."[QS;9:24]

jangan buat Allah SWT cemburu dengan kita..
:(
maha suci Allah.

- by Mukrim
taken from FB.


Sunday, 12 August 2012

Friday, 13 July 2012

Hidupku Sebagai Encik Hemoglobin,, 120 hari je ~

-bismillah-
Hey! mu Globin kann? <-- orang selalu tanya aku.. jadi ni rupa asal aku :3

Hidupku Sebagai Encik Hemoglobin,, 120 hari je~

  • Tahukah anda,
    masa hidup, aku berbakti hanya dengan cara menghantar oksigen ke seluruh badan!
    Kita maklum bahawa tanpa oksigen, tidak boleh ‘survive’.

  • Tahukah anda,
    selepas mati, beberapa komponennya akan digunakan semula untuk memproses ‘substance’ yang lain.
    Contohnya, ‘amino acid’ akan digunakan untuk menghasilkan ‘protein’ baru, manakala ‘iron’ pula akan digunakan untuk menghasilkan species 'aku yang baru'.

  • Hah! Aku tahu hayatku singkat... Tiada masa untuk berlewa. Tiada masa untuk berlengah. Kehadiranku penting. Kegunaanku perlu. Lalu, semaksimum mungkin, aku si Hemoglobin laksanakan tugas dan amanahku!
Hendaknya, kita sebagai ‘abid ni pun gitulah..^^
Takkan nak tunggu 120 hari tinggal baru nak behempas pulas siapkan bekalan akhirat? kan? kan?
MALAH, kita mungkin memiliki kurang dari 120 hari itu...

Mulalah dari sekarang. Tidak pernah terlambat untuk berubah, sayang…

haruslah amalan kita OPTIMUM seperti encik Hemoglobin yang sihat ^^
 - by 26payung